Monday, 10 February 2014

Tutorial - Mari Kecek Kelate

Assalamualaikum dan salam iman!


Pernah kah anda bertentang mata dan bergendang telinga dengan orang Kelantan?

And you're like, what?
Susah untuk memahami bahasa Kelantan?
Pening memikirkan dialek pekat mereka?

Jangan risau, bahasa Kelantan merupakan bahasa yang agak mudah untuk dipelajari, sekiranya anda tahu basic principle bahasa itu :) Dalam dialek Kelantan, kebanyakan perkataan pada suku kata yang awal tidak berubah, dan hanya yang hujung sahaja yang berubah. 

(tetapi bukan semua, tetapi kebanyakan)


1. The E-Rule / Hukum E

Bunyi vocal E yang kita tahu ada dua jenis. E taling dan E pepet.
Senang cerita. E taling, bunyi dalam perkataan ‘Emak’, ‘Engkau’
E pepet pula, bunyi E dalam perkataan ‘Ekor’, ‘Epal’

sumber asal
Faham setakat ini?

Seterusnya, tahu kan, setiap perkataan ada suku kata nya, seperti A Yam, Mi Nyak, Ka Ki, Na Jib, Lom Pat, Bu Dak dan seterusnya.. Jadi apakah yang cuba dikaitkan dengan Hukum E?  

Di sini la E bermain peranan, dan E yang saya maksudkan adalah E pepet, seperti bunyi dalam perkataan ‘Ekor’, ‘Elok’ dan sebagainya.

Suku kata terakhir biasanya akan bertukar sebutannya, menjadi E pepet tadi. Tetapi bukan semua! Biasanya hanya perkataan yang berakhir dengan huruf AM, AN, ANG.

Mari saya bagi contoh bagi senang faham.

Contohnya :

Perkataan yang berakhir dengan AN. TAMAN. Bunyi TA MAN. Suku pertama tetap sama, TA. Tetapi suku kata terakhir, MAN akan bertukar menjadi ME (E pepet). So TAMAN dalam Kelantan adalah TA ME.

Contoh kedua, perkataan yang berakhir dengan AM, AYAM.
A tetap sama, tetapi YAM akan bertukar menjadi..
YE! So Ayam dalam Kelantan adalah AYE.

Contoh ketiga, perkataan yang berakhir dengan ANG, iaitu TULANG.
Tu tetap sama, tetapi Lang akan menjadi??
LE! So, tulang dalam Kelantan adalah TULE!

Mari buat latihan sikit, test Kelantan :

Ketam? Kete!
Telan? Tele!
Hutang? Hute!
Makan? Make!
Petang? Pete!
Aiman? Aime!
Ikan? Ike!

Jadi insha Allah anda dah mula faham hukum pertama ini ^_^

My name is Aye

2. Double Vowels / Vokal Berdua

Dalam bahasa Melayu, ada banyak perkataan yang berakhir dengan dua vokal seperti Pulau (A dan U), Kuala Krai (A dan I), Sungai (A dan I). Jadi? Bagaimana nak translate dalam bunyi Kelantan? Google Translate tak ada bahasa Kelantan!

Jadi, biasanya, apabila ada dua vokal serentak, maka kita cancel vokal yang terakhir itu.

Pulau, kita cancel U, maka jadi la PULA
Sungai, kita cancel I, maka SUNGA

So kita test sikit.

Pisau? Pisa!
Kuala Krai? Kuala Kra!

(kuala sepatutnya bertukar menjadi KOLO,
tetapi itu dah masuk stage lain dah :)


3. Huruf A Tunggal

Kita dah belajar sekiranya ada vokal bersama konsonan. Dan juga sekiranya ada dua vokal. Bagaimana pula kalau hanya satu je vokal. Sebagai contoh, A je kat hujung? Ada banyak perkataan yang berakhir dengan huruf A semata-mata, tanpa ada vokal lain.

Contohnya, Kuala. Hanya satu vokal A di hujung selepas Konsonan L.
So, untuk beberapa perkataan sebegini, A akan diganti dengan O.

Kuala menjadi? Kualo! Tetapi sebab sebut laju biasanya orang sebut Kolo je :)

Nasi goreng patayo?
Nasi Goreng Pataya? Nasi goreng patayo. 
Teettt, salah. Haha. Bukan semua guna hukum sama.


4. Sebutan T dan R

Dalam perkataan yang menggunakan T di hujungnya,
bunyi T akan berubah seperti bunyi K. Contohnya, Lompat menjadi Lopak.

Ketat menjadi ketak.
Tamat menjadi? Tamak

Bagaimana pula dengan R?

R dalam Kelantan tak berbunyi R. Tetapi lebih kepada ‘Agh’. Iaitu sebutan seperti pelat R. Tetapi bukan melampau seperti ARRGGHHH. Sikit je. Agh.

Marah menjadi MaGHoh
Goreng menjadi GoGHeng

Perasan R bunyinya macam sedikit pelat? :)


5. Bonus - Kata Ganda Berirama Dalam Kelantan

Dialek Kelantan merupakan salah satu antara dialek indah di Malaysia. Setiap negeri ada keindahan dan keunikan tersendiri. Maka, dialek Kelantan pun ada keunikannya, especially dalam perihal kata ganda nya. 

Kata ganda ada banyak. Ada kata ganda tunggal, yang merujuk kepada kata berganda, tapi tak menunjukkan banyak pun. Seperti kanak-kanak. Seorang pun tetap dipanggil kanak-kanak. Bukan Kanak. Lam wau lam.

Ada kata ganda jamak, seperti minyak-minyak, menteri-menteri, basikal-basikal. Ini semua merujuk kepada bilangan yang jamak.

Kata ganda berirama pula merujuk kepada beberapa perkataan yang ada irama pada kata gandanya, seperti bukit bukau, lemah gemalai, putih melepak dan seterusnya.

Dalam dialek Kelantan, kami ada juga untuk ini, malah boleh memeningkan kepala bagi sesiapa yang kurang memahami. Saya tak boleh terangkan, tetapi hanya boleh bagi contoh. Saksikan..


Hodoh - Huduh Banga
Comel – Comey Lote
Putih – Putih Sepo
Panas – Panah Nguak
Lembik – Lembik Lotet
Habis – Habih Reng
Mampus – Mapuh Kering
Pahit – Pahit Lepey
Masin – Masing Perak
Manis – Manih Neting
Tawar – Tawar Air Bey
Bersepah – Kubey Koksey
Kucar kacir – Kucar Lana
Keras – Kerah kekong
Senyap – Senyak Tupah
Basah – Basoh Jeruk
Kurus – Kuruh Kekek
Koyak – Soyok Rabok


Dan baaaanyak lagi! Terlalu banyak untuk dikongsikan lagi. Jadi setakat ini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Tak cover semua, tapi yang basic-basic sikit tu boleh lah. Kalau nak penuh, buat kamus la kan. Haha.

Jadi, apa pendapat anda? Apa hukum lain yang saya terlepas pandang? Sekiranya ada salah silap saya dalam perkongsian kali ini, saya mohon maaf. Astaghfirullah saya manusia biasa.

Walau apa pun, orang Kelantan atau tidak, negeri mana pun anda, jangan lupa kita tak boleh berkaum-kaum. Jangan jadi assabiyyah. Perbezaan dialek itu satu keindahan. Kalau mat saleh pun boleh berbangga dengan perbezaan dialek mereka walaupun semua cakap bahasa Inggeris, kenapa tidak kita?

Mereka ada British accent, North American accent, Scottish accent, Australian Accent dan banyak lagi. Jadi kita pun perlu bangga dengan banyak accent kita.

Kita ada Utagha accent, Pantai Timur accent, Kay-El accent dan seterusnya. Maka kita pun perlu berbangga lah kan? Kepelbagaian itu satu keunikan. Bosanlah kalau kita main chess tapi semua piece Queen kan? ^_^


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu).”

Al Hujurat : 13

It’s not about how different we are,
But what differences can we make.


Differences can make us stronger!
^_^


No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts