Thursday, 13 February 2014

Teaser Snow di Bumi Nottingham

Assalamualaikum dan salam iman!

Pagi tadi, gempar sebentar dalam kalangan freshers 1st year, kerana bumi UK dituruni salji. Light snow shower, bak kata BBC Weather. Kami di Nottingham tidak terkecuali 


Pemandangan salji (dulu) di Old Market Square, Nottingham City Centre


Semua excited, bergambar, merakam video dan menjenguk-jenguk ke langit, melihat betapa indahnya ciptaan Allah. Tetapi sebentar sahaja. Puas la sekejap. Kemudian berhenti dah, sebab baru start. Bumi masih suam, so terus cair. Bak kata senior,


"Ini baru teaser brother!"

Teaser? Yes. Teaser, atau sebagai intro. Suatu titik masa untuk merujuk kepada perkara yang berlaku selepas ini bakal lebih hebat. Kalau kita lihat sejarah balik, banyak 'teaser' berlaku sebelum munculnya sesuatu perkara yang besar kepada dunia.

Peristiwa Rasulullah didatangi oleh Jibril dalam gua itu merupakan 'teaser' kepada dunia bahawa Islam is coming. Bacalah! Itu sebagai intro sebelum bermulanya era Islam mula naik di dunia ini. Selepas itu, mula lah kita lihat peristiwa-peristiwa pengorbanan umat Islam dalam mempertahankan akidah, sehingga ke pembentukan Madinah, negara Islam pertama di dunia.

Malah kalau kita undur ke belakang lagi, kelahiran Rasulullah itu pun seperti 'teaser' kepada dunia yang bakal menerima 'rahmat seluruh alam' bermula saat itu.

Peristiwa pembukaan kota Konstatinople? Teasernya telah wujud pada tika Rasulullah mengeluarkan hadis 'percikan api di batu besar' ketika penggalian parit itu. Sejurus selepas hadis itu keluar, bukankah umat Islam berlumba-lumba untuk menakhluk Konstatinople? Lebih kurang 12 kali Islam menghantar tentera nya, sehinggalah yang terakhir daripada Sultan Mehmed II (orang kita panggil sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh).

Penciptaan Adam dan Hawa juga merupakan teaser, kepada perang pasif yang berlaku antara kaum Iblis dan kaum Manusia. Dan kita boleh keep going on and on, banyak sangat contoh lain.

So apa tujuan nya saya tulis ini? Tak lain tak bukan, hanya nak tunjuk yang dalam timeline sesuatu sejarah, pasti ada 'teaser' nya. Dan peranan kita nak biarkan ianya kekal sebagai teaser, atau nak buka cerita itu, supaya boleh naik ke peringkat klimaks.

Pentingnya kita melihat sesuatu perkara itu secara 'seeing the big picture' rather than just looking at the tiny details. Tetapi, semua ada pendapat masing-masing. Ada orang prefer lihat sesuatu secara spesifik, ada juga yang lihat secara big picture.

Lain orang, lain pendapatnya, lain preferencenya.
Pentingnya kita untuk stabilkan antara being a general dan detail person.

Wallahualam. Astaghfirullah, moga bermanfaat.

- Adaptasi daripada Metaprogram of Neuro Linguistic Programming (NLP) -


Nota Kaki AA :

Setiap perkara ada ibrah. Semua benda kita boleh ambil ibrah. Semuanya bergantung pada kita nak ambil atau tidak, dan nak amalkan dalam hidup atau tidak. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts