Tuesday, 4 February 2014

Sanah Helwah, my kaunselor!

Apabila saya beritahu seseorang saya ambil course Psychology :

"Psikologi? Baca orang la eh?"
"Try baca fikiran aku cepat."
"Laku ke course tu kat Malaysia?"
"Oh, jadi cikgu Kaunseling la kan?"

Dan banyak lagi 'tuduhan' serta 'judgement' yang diberikan. Tiada masalah pun. Semua ini berlaku sebab kurangnya pendedahan rakyat Malaysia terhadap isu psikologi. Berbeza dengan rakyat di UK, mereka mengiktiraf tinggi ilmu psikologi malah terlalu banyak peluang pekerjaan berkaitan dengan psikologi di sini. Jujur saya cakap, saya dulu fikir macam itu juga. Sebab itu tak jadi nak sambung Psikologi selepas SPM dulu. Saya pergi masuk dunia Engineering di UniKL MIAT, kerana memikirkan saya minat Fizik.

Semua itu berubah apabila di UniKL MIAT, Allah dedahkan saya dengan ilmu serta pengetahuan mengenai Psikologi melalui beberapa kaunselor saya seperti Kak Yana dan Kak Ziha, serta kaunselor-kaunselor praktikal di UniKL MIAT. Kemudian, saya mula mempelajari mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP), konsep-konsep kaunseling daripada seorang yang berlesen dan sebagainya.

Baru lah saya sedar, jahilnya saya dalam 'judgement' terhadap ilmu psikologi. Maka dengan itu, baru saya tekad untuk meninggalkan dunia Engineering dan terjun ke dunia Psikologi ni Nottingham ini, alhamdulillah.

Salah seorang kaunselor saya, dengan nama mesra dalam kalangan pelajar UniKL MIAT sebagai Kak Yana, beliau antara yang banyak mendedahkan saya dengan pemahaman sebenar mengenai psikologi. Bukan lagi sebagai 'typical minded' mengenai psikologi seperti biasa kita fikirkan. Melalui beliau, saya mula memahami sedikit sebanyak basic psikologi, dan lama kelamaan, cinta saya pada psikologi timbul kembali, setelah 3 tahun dipendamkan setelah keluar sekolah menengah.

Alhamdulillah, kini saya dapat masuk ke dunia psikologi, setelah pelbagai ujian dan dugaan yang dilalui. Sekadar nak cerita, hari ini 3 Februari 2013 adalah hari ulang tahun kelahiran Kak Yana.

Jadi post ini saya tulis khas untuk beliau, semoga Allah merahmati dan memberkati Kak Yana sekeluarga, bersama dengan Abang Lan (suaminya), dan 3 orang anak mereka. Selamat hari jadi! ^_^



Nota Kaki AA :
Walaupun peluang pekerjaan psikologi di UK ini sangat luas dan sangat menggiurkan hati, insha Allah saya tekad juga untuk pulang ke Malaysia, berbakti pada ummah di sana. Tambahan pula, target saya untuk 'mendidik' rakyat Malaysia mengenai pemahaman sebenar psikologi. ^_^

2 comments:

  1. kak yana memang best.lemah lembut je tutur katenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Learn a lot from her, selagi masa masih ada :)

      Delete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts