Friday, 14 February 2014

Pesanan Kepada Sahabat UK Eire

Assalamualaikum dan salam iman!

Sekadar perkongsian buat tatapan sahabat :

1. Walaupun dengar macam seronok sebab salji mula turun di beberapa tempat di UK, hakikatnya agak pedih dan seksa kerana badan kesejukan. Dan bil gas akan menaik la rasanya macam ni, serta selalu sakit dada sekiranya keluar rumah.


Salji itu seronok, tetapi ada bayarannya juga. Apa-apa pun, worth it la kot.
Super happy plus super seksa. Adil saksama ekuasi matematik itu.

2. Keadaan cuaca yang semakin membahayakan, iaitu angin kuat. Mengikut weather forecast, UK dan Ireland bakal mengalami tiupan angin kencang dan akan flood warning mula keluar. Walaupun tidak seteruk Pantai Timur pada masa dulu, tetapi ianya tetap berbahaya, lagi-lagi di musim winter. Tak pasal-pasal ada kes Jack dalam Titanic pula.


3. Walaupun sini sejuk tak seteruk Canada dan US, atau angin kencang tak seteruk Netherland, namun diingatkan dan berhati-hati la sahabat semua. Angin kuat boleh goyangkan pokok, juga boleh melontarkan badan jatuh tersungkur.

Hati-hati semua, dan selamat beramal. Insha Allah :)

"There are no bad weather. Only a bad clothing."

Nota Kaki AA :

Suhu semakin negatif bukan alasan untuk tidak mandi sehari. :P

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts