Tuesday, 11 February 2014

Nafas Baru Blog

Assalamualaikum, dan salam iman!


Baru beberapa hari buang sawang blog,
tengok pagereviews dah mencecah 1000++

Allahu. Tak pernah perasan seefektif begitu sampaikan informasi melalui blog. Biasanya update something informational ini melalui post Facebook je. Dan dah terbiasa update kat dalam Facebook je.

Lebih 2 tahun aktif menulis di FB sahaja
Dulu blog tak dibaca pun. Hanya dibuka oleh adik-adik junior yang nak masuk MIAT, dan juga junior JPA 1MDB punya bantuan kewangan tu. Dan zaman mentah dulu, kawan-kawan pun sama mentah. So saling posting budak-budak. Haha. Update, bukan orang baca sangat pun.

Sekarang mungkin budak lagi, tapi harapnya pemikiran dah membesar la juga, walaupun tak matang mana pun. Sekurang-kurangnya matang daripada dulu. Kawan-kawan pun semakin bertambah, ramai mula matang. Dan ada friends baru yang terdiri daripada golongan professional macam Tuan Amin Idris, Tuan Hezry Yasin, Tuan Syaari, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Shamsuddin dan raaamai lagi yang saya kagumi.

So, kena jaga prestasi la juga, takkan nak post :

"arini bosan nak buat ape eh?"

kat dalam FB ni? Keluar status begitu kat News Feed kawan-kawan, buat jatuh air muka jah. Student universiti, bukannya adik KAFA.

Syukur alhamdulillah diberi kekuatan juga akhirnya untuk buang sawang blog, dan aktifkan balik mana yang patut. Dan tukar design template supaya nampak lebih matang, bukan lagi gambar kartun, muzik budak-budak dan sebagainya. Dan mula raikan jari yang semakin ligat menari atas keyboard, salurkan masuk dalam blog.

Dulu menaip banyak nak shortform, sekarang mula banyak menggunakan bahasa penuh. Supaya insha Allah nampak lebih professional ^_^

So, pendek kata nak cakap, dulu update tak ramai layan sangat. Sekarang? Semakin banyak mata-mata yang menilai diri, yang automatik buat diri perlu jaga kelakukan, perkataan dan perspektif opinion. Semakin perlu untuk sentiasa update kematangan diri, dan sentiasa muhasabah diri bab-bab posting. Dan juga yang Maha Melihat sentiasa memerhatikan apa yang ditulis dan juga niat menulis. He knows what hidden. :')

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak jemu untuk baca tulisan saya yang tak seberapa mana pun, sekadar pandangan seorang pelajar mentah dalam keduniaan, apatah lagi bab akhirat. Mohon maaf bagi siapa yang bosan melihat post FB saya asyik memenuhi News Feed anda. Maaf .


Teringat seorang kata-kata seorang sahabat,
"Nama blog ko ni buat aku susah nak lupa tarikh birthday ko."


"Aiman yang dulu bukanlah Aiman yang sekarang, insha Allah."
- Seorang guru kesayangan -


Nota Kaki AA :

Astaghfirullah, maafkan saya segala salah silap. Bukan sesiapa pun. Malah, kalau semakin besar pengaruh/jawatan/nama, semakin lama la dihisab kelak. 

4 comments:

  1. assalamualaikum , Aiman !
    Semoga terus gigih dalam menulis di blog eventhough FB , whatsapp and etc yang menjadi pilihan rakan-rakan kita sekarang .

    Rakan blogger , AIMA aka aishasoleha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insha Allah. Terima kasih :)

      Good luck juga! Bersihkan niat, sucikan hati ^_^

      Delete
    2. Assalammualaikum Aiman.. How wonder im here to see my super duper senior. Glad to know you. We Are UniKL MIAT.

      Delete
    3. Waalaikumussalam.. Alhamdulillah, welcome! :)

      Delete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts