Wednesday, 5 February 2014

Miracle Of The CenturieS. Yes, with an S!

Assalamualaikum. Bismillah. Salam iman!

Menjenguk sejarah lama. Alhamdulillah diizinkan Allah untuk melihat kembali post-post lama, status, gambar dan komen bertahun dahulu. Alangkah terasa 'mudanya' dan 'ketidakmatangannya'.

Tak percaya? Try la baca balik status dan komen anda di Facebook yang bertahun dahulu. Rasa macam, ah! Aku kah yang tulis sebegini? Langsung tidak matang! Macam kanak-kanak!

Itu lah manusia. Perkembangan ilmu dan pengetahuan serta persepktif kita terhadap dunia ini semakin hari semakin matang. Jika diambil karangan Bahasa Melayu kita ketika zaman UPSR dahulu, jika dibaca kembali, pasti terasa lucunya bahasa kita dahulu.

Dibandingkan dengan zaman 'remaja hampir dewasa' sekarang, sudah mampu untuk mengarang karangan beribu patah perkataan untuk essay universiti, malah mampu menganalisa sesuatu maklumat. Ah! Terasa besarnya perubahan itu! Terasa jurangnya sangat jauh evolusinya. Kan? :)

My point?

Simple. Ada satu naskhah, sejak daripada awal penulisannya sehingga ke hujung penulisannya, gaya penulisannya konstant sahaja. Teramat indah dan teramat tinggi bahasanya. Sejak ayat pertama yang dituliskan, sehingga ayat terakhir, gaya bahasanya tetap satu karya yang sangat hebat.

Berbeza sekali dengan kita kan? Itu lah salah satu keajaiban Al-Quran. Gaya bahasanya constant, dan tetap tinggi seperti tingginya ia ketika mula-mula turun.

Dan sangat mustahillah sekiranya ditulis oleh manusia, sedangkan baru sahaja tadi saya beri contoh bahasa manusia ini berkembang mengikut masa. Berbeza dengan Al-Quran itu, sangat berbeza ^_^

So rugi teramatlah bagi mereka yang mempunyai Al-Quran, tetapi disimpan di tempat yang tinggi sehingga berhabuk 1 inci. Respect terlebih barangkali. Kan lebih baik dibaca hari-hari, sekurang-kurangnya 1 ayat satu hari ;)

Jadi, anda yang mana satu?
Baca berhari-hari atau pengumpul debu seinci?

"Tiada hari tanpa Al-Quran,
Tiada hati tanpa Al-Quran."


7 Buah Fikiran AA :
  1. Membaca Al-Quran, jangan lah sekadar literally 'membaca'. If you know what I mean.
  2. Al-Quran itu miracle of the centuries. Grab the chance and never let it go.
  3. Kata-kata pujangga kita agungkan. Tak salah. Tapi salah sekiranya it's the only yang kita agungkan. Know our priorities :)
  4. Yang share ini tak semestinya bagus, tapi semestinya yang bagus itu sedang membaca ini, anda lah orang nya. Insha Allah ^_^
  5. Kadangkala, boleh kat baca Al-Quran itu membosankan. Well sebenarnya bukanlah Al-Quran itu membosankan, tapi cara kita approach itu salah. Siapa kata kita tidak boleh 'kaji' kisah-kisah dalam Al-Quran?
  6. Mengambil ibrah daripada Al-Quran itu sangat best, sebab banyak kisah dalam nya. Siapa kata kita tidak boleh beri ibrah daripada pengalaman kita sendiri, dan share di media? Sudah tentu rakan kita yang melihat newsfeed mereka turut mendapat ibrahnya :)
  7. I highly recommend books from Ustaz Hasrizal. Pemikirannya yang kritikal banyak mengambil ibrah daripada kisah Al-Quran dan kisah hidupnya juga ^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts