Wednesday, 12 February 2014

Mata Wanita + Telinga Lelaki

Assalamualaikum dan salam iman!


Perempuan itu kekuatannya pada mulut.

Sebab itu dia suka benar apabila orang mendengar celotehnya, dan setia mendengar masalahnya. Bagi orang perempuan, especially seorang isteri, meluahkan masalah hariannya didengari oleh suaminya dengan penuh perhatian. Kadang-kadang, ada suami pernah cakap, isteri nya meluahkan masalahnya dengan penuh emosi, dan didengari suami je. Lepas selesai bercakap, isterinya rasa better. Sebab ada orang sudi mendengar :)

Lelaki itu kekuatannya pada bahasa badan.

Mungkin mereka senyap, tidak memberi apa-apa jawapan, dan kadangkala hanya respons dengan tindakan. Percayalah, kasih sayang lelaki itu terletak pada actionnya pada orang tersayang. Sebab itu seorang suami atau ayah, mereka sudi menyumbangkan tenaga badan mereka untuk mencari rezeki keluarga, dan melalui perbuatan itu la kasih sayang mereka diluahkan. Melalui tindakan juga mereka sampaikan sesuatu mesej.


Si perempuan perlu hebat matanya MELIHAT kasih sayang lelaki.

Si lelaki perlu hebat telinganya MENDENGAR kasih sayang perempuan.

Pentingnya kita perlu aware perkara-perkara basic sebegini. Ye lah, yang perempuan akan berkahwin dengan lelaki. Yang lelaki pun sama. Even belum berkahwin pun, pasti ada adik beradik lain jantina, atau ibubapa sendiri. Even kawan-kawan sendiri pun.

Aware pada yang basic. Cautious pada yang minor.
Biar tindakan kecil, tetapi impaknya besar.
^_^

Nota Kaki AA :

Memang hanya mampu tulis teori. Tetapi tak salah berkongsi kan? :)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts