Wednesday, 26 February 2014

Lelaki Menunduk, Perempuan Melabuh!

Assalamualaikum dan salam iman!


Memang kita tak boleh asyik salahkan wanita dalam hal-hal macam ini. Memang kadang-kadang puas wanita itu 'menyorok' dalam hijab mereka, mata lelaki tetap memandang mereka.

Saya akui itu, sebab saya sendiri pun seorang lelaki.
Lihatlah apabila pergi program-program Islam.

Wanita berpakaian muslimah itu terlalu ramai,
sehingga ayat-ayat yang ditakuti telah mula keluar daripada mulut lelaki-lelaki soleh ini.

"Awek cun bro! Awek cun!"

Itu ayat dulu-dulu.
Ayat lelaki soleh sekarang?

"Subhanallah. Solehahnya awak."
"Perhiasan dunia, masya Allah!"
"Tu bro. Calon isteri tu."

Semanis mana pun ayat seorang lelaki itu pada seorang wanita, sama ada dalam Facebook atau dalam perbualan kalangan lelaki, tetap tak manis kalau kita perhatikan daripada perspektif Islam. Kan?

But you gotta admit, kadang-kadang ada kes di mana wanita itu sendiri 'mempamerkan' kesolehahhan mereka dalam Facebook sebagai contohnya. Well, saya tak persalahkan perempuan dalam hal ini. Cuma meminta setiap daripada kita, lelaki atau perempuan, untuk muhasabah balik diri kita.

Perlukah post gambar kita berpakaian begitu?
Dan perlukah kita tayang soleh/solehah kita?
Apa niat kita?

Sekiranya benar untuk dakwah, is it the only way?
Kadang-kadang, kita perlu guna teknik probability of balance.

"Manfaat lagi banyak atau mudarat lagi banyak,
dalam sesuatu tindakan kita itu?"

Memang Allah suruh lelaki dulu tundukkan pandangan, tapi tak bermakna perempuan tak perlu labuhkan pakaian hanya sebab lelaki dah tundukkan pandangan. Kan?

Both sides need to take action!

Astaghfirullah. Wallahualam..


Nota Kaki AA :

It's kinda harsh words. But you gotta admit.
These are happening. Right?

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts