Thursday, 20 February 2014

Antara Fatimah Syarha dan Solat Isyak

Assalamualaikum dan salam iman!


Seusai habis Konvensyen Bidadari dan Bengkel Suami Mithali, iaitu slot terakhir ialah daripada Syeikh Yawar Baig, tajuk Bringing Up A Muslim Child. Serius sangat best, especially doa penutup daripada beliau. Mengalirkan air mata dan satu dewan teresak-esak menangis dengan doa itu T.T

Turun bawah, nak pergi solat Isyak dahulu sebelum pulang, sebab tak nak lambatkan solat. On the way, lalu sebelah Ustazah Fatimah Syarha, Dr Farhan Hadi dan anak-anak. Wah! Satu family! Pertama kali jumpa sebegini!

Ketika itu tak ramai lagi sedar. Kemudian lama kelamaan makin ramai berhenti untuk bergambar, minta sign dan sebagainya. Hajat aku nak bergambar satu family itu terkubur.

Time tu cakap kat kawan baik aku ini.

"Kita ni dah la on the way nak pergi surau nak solat.
Delay cenggini sebab nampak orang terkenal di dunia,
padahal kita nak ke arah urusan akhirat ni."

Pergh. Dua-dua tersentap. Terus kami bla, pergi surau. Solat seperti biasa, jemaah alhamdulillah. Kemudian terdetik dalam hati selepas solat itu. Kalau lah on the way lalu sebentar lagi, keluarga bahagia itu masih ada..

Kami keluar surau, berjalan menuju ke lif. Kebetulan, sambil berjalan, ketika aku sibuk baca Facebook Mobile, sahabatku ini berdehem beberapa kali. Aku hairan. Apabila diangkat pandangan aku daripada skrin telefon,

"Eh? Mereka ada lagi?"

Ketika ini dua-dua excited betul. Dengan ruang yang kosong, ramai dah balik, tinggal kami je! Tak bersesak langsung. Ya Allah. Doa diterima :')

"Jika kita tunaikan hak Allah, maka Allah tunaikan hak kita."
Kemudian, terhasil la gambar seperti ini. Alhamdulillah. Tercapai cita-cita untuk bergambar dan bertemu lengkap satu keluarga Ustazah Fatimah Syarha ini, bersama suami dan anak-anak. Pasangan yang seringkali menjadi inspirasi buat anak-anak muda di luar sana, dan merupakan rujukan Fiqh. Terbaik la Ustazah dan Doktor!

Dan syukur ustazah dan doktor masih ingat pada saya :')
Alhamdulillah, happy!

Nota Kaki AA :

Teringin nak jadi seperti mereka.
Pasangan yang mengejar keimanan, insha Allah.

Suatu hari nanti nak jumpa ustazah dan doktor,
kemudian kenalkan mereka pada isteri aku (lambat lagi kot)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts