Assalamualaikum. Bismillah.
Salam iman!
Rasanya sudah berapa ratus kali telinga ini mendengar muzik piano FB A Look Back itu. Semuanya video sahabat-sahabat. Seronok melihatnya, semua ada kenangan masing-masing.
Ada yang gambar viralnya adalah gambar kahwin,
Ada yang gambar mendapat anak pertama,
Ada juga yang pasal tawaran sambung belajar ke universiti.
Malah ada juga mengenai status yang kena 'hack' oleh kawan!
Seronok kan melihat kenangan sendiri?
Rasa sebak ada, rasa sedih ada, rasa happy pun ada.
Itu lah otak manusia. Antara benda yang boleh trigger memory lama kita adalah melalui visual yang bermakna (penglihatan), muzik yang pernah menjadi memori (pendengaran), malah kadang-kadang bau pun boleh trigger memory kita.
Itu yang dikatakan Cognitive Psychology.
And that's only a part of it.
Banyak lagi cabang lain dalam Psychology.
^_^
So do you still think that Psychology is all about 'baca orang' ?
Nota Kaki AA :
Belajar Psychology, sekiranya pandai mengarahtujukan destinasi pelajaran, insha Allah boleh membawa lebih dekat dengan Islam. Malah banyak boleh kaitkan dengan peristiwa-peristiwa Rasulullah berkomunikasi dengan sahabat, keluarga dan musuh, yang banyak boleh diambil ibrah melalui perspektif psikologi ^_^
Ilmu psikologi amat berguna tuk manusia. .inshaAllah jika da expert ilmu ni. .boleh tolong org lain. .
ReplyDeleteYup memang sangat berguna. insha Allah :)
Delete