Saturday, 19 February 2011

Siapa Yang Keseratus?

Assalamualaikum

Malam ini saya atas tarikh (baca : update) belog saya untuk memberitahu sedikit informasi. Well, bukanlah informasi apa sangat pun. Yalah, belog yang tak popular serta not famous (tak sama eh. Ejaan lain) ini, bukanlah ramai nak baca. Tetapi, saya tetap semangat nak update! Oh yeah! Kongsi ilmu itu best woo~

Bercakap tentang syaitan ini (baca : speaking of the devil) saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang ikut belog ini. Saya betul-betul bersyukur kepada Allah kerana memberi saya kekuatan untuk terus memicit-micit butang papan kekunci selama saya membuat belog ini. Alhamdulillah, syukur!

Saya tahu, saya cukup pemalas untuk update belog murahan ini (Sebab tak beli domain, jadi dipanggil murahan, haha) Namun, biarlah kan? Bukannya ada yang marah kalau saya tak update sekalipun. Malah jika saya tutup belog ini, agak-agak la kan, ada ke yang akan buat rusuhan macam kat Mesir baru-baru ini? Semua marah, tension, stress, geram kerana Aiman Amri sudah tutup belog dia. Ada tak? Ada tak? Takkan ada punyalah!

Adoi. Jauh sungguh saya melencong. Haha. Sudah tulis berpuluh-puluh perenggan, barulah nak masuk ke topik sebenar. What kind of song to do (baca : nak buat lagu mano) saya rajin sangat nak tulis panjang-panjang. Wah haha..

Sebenarnya, saya menulis post kali ini kerana ingin mencari pengikut yang keseratus. Mencari-cari juga. Sekarang sudah 99. Siapa agaknya yang ke 100? Huhu.

Sebelum ini sudah ada post mengenai post yang ke seratus. Sekarang, untuk pengikut atau pengawal peribadi saya yang ke seratus pula. Apa-apa pun, doakan sahajalah agar saya berjaya cecah 100. Haha.. Mana lah tahu kan, semua nak boikot, sengaja buat saya tertunggu-tunggu untuk mencapai seratus, namun tak capai-capai juga. Malah sehingga Abe Najib dah turun, Muhyiddin pula dah turun dan dah ada Perdana Menteri yang ke 99 sekalipun, belog saya tetap 99 pengikut. Yalah, mana lah tahu kan, anda ada yang dendam dengan saya. Haha..

Apa-apapun, terima kasih buat semua yang sering mengikut belog saya.

Alfu Syukran
Syukran Jazilan
Terima Kasih
Thank You
Xie Xie
Merci Beacoup

Timasih!
(semua bahasa di atas ditulis tanpa bantuan Syeikh Google Al-Transletari. Ini kerana sememangnya saya mempelajari bahasa-bahasa tersebut :)


-Aiman Amri-

Nota Ringkas Aiman Amri
Selepas sahaja saya tulis post ini, rakan saya daripada MIAT telah follow dan beliau menjadi orang yang keseratus. Wah haha.. Tahniah Zahid!

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts