Saturday, 19 February 2011

IfLA Tersayang

Assalamualaikum

Ini post saya yang kedua untuk hari ini, malah tak sampai 3 jam daripada post sebelum ini. Pertama kali ku buat begini, wah haha.. ^_^

Tahukah anda kenapa saya update post kali ini pula? Post kali ini khas saya tujukan buat kepada mereka, rakan-rakan saya yang pernah menyertai IfLA bersama saya ketika di Universti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dahulu.

Kumpulan saya, Ruhul Tajdid
^__^

Mighty Mighty Group 3

(Maaf. Ada group yang tiada gambar di sini. Saya tiada gambar anda.
Jika ingin menyumbang, beritahu lah ya?)

Rakan-rakan!
Tahukah anda tarikh hari ini berapa hari bulan? (Andaikan anda sekarang ketika 19 Februari 2011) Sekarang, teka pula, esok berapa hari bulan? Jawab cepat! Jangan diam sahaja.. Hmm, anda memang senyap sahaja. Tak nak bercakap pun. Baiklah saya akan tolong anda. Ini talian hayat anda. Jawapannya, 20 Februari 2011!

Betul kan? Lebih baik anda angguk *nada ugutan*. Agak-agak, anda semua tahu tak ada apa dengan cinta? What's going on with the date? Hmm.. Saya akan bantu anda (sekali lagi..)

20 Februari 2010

Ada bunyi loceng apa-apa tak? (baca : ring any bell) Rakan-rakan, tarikh tersebut ialah tarikh pertama kali kita berjumpa dey! Di UIA Petaling Jaya dey! Pada hari Sabtu dey! Ingat lagi tak?

Happy anniversary rakan-rakan!
Sudah setahun persahabatan kita, wee~
Rakan-rakan dari English Communicative Camp

Saya amat bersyukur dengan persahabatan kali ini, oh yeah! Alhamdulillah. Sampai setahun juga kan? Yalah, takut-takut akan ada yang mahu putuskan persahabatan (moga dijauhkan, amiin..)

Kasihan yang di depan. Penat sangat gamaknya

Saya masih ingat lagi, pertama kali saya datang ke kem ini, orang yang saya ajak untuk datang ke kem ini ialah Luqman Hambali.. Kawan baik saya daripada sekolah bintang dahulu. Saya sendiri pun di ajak oleh ibu saudara saya, yang di mana anak nya ialah sahabat/sepupu saya dari SASER (tetapi beliau keding je. Tak bertubuh Saser pun, haha)

Aiman Amri dan Luqman Hambali
Jejaka dari Bintang
^_____^

Mesyuarat di bilik, letak barang-barang semua. Alamak, memang tak boleh lupa! Ahaha..

Tetapi, saya tak mahulah cerita dari A-Z, dari 1 hingga infiniti, dari hitam ke putih, dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah, dari depan ke belakang, dari pencuri ke polis, dari sepak ke tumbuk, dari siku ke lutut, dari tangan ke kaki, dari telinga ke telinga (lain bahagian), dari misai ke janggut, dari tulang ke kulit, dari pintu ke tingkap... *Fuh fuh.. Ambil nafas sekejap* ok..

dari lantai ke siling, dari positif ke negatif, dari bulat ke petak, dari Jepun ke Amerika, dari Perlis ke Johor, dari Semenanjung ke bukan Semenanjung, dari sempoa ke kalkulator, dari gambar ke video, dari hina ke mulia, dari sakit ke sihat, dari lemah ke kuat, dari......

Argh. Sudah la.. Semput saya.
Peluh besar!

Walawey~
Lentik habis badan saya

Saya rasa anda faham apa yang saya cuba untuk katakan. Pendek kata, saya tak nak lah bercerita mengenai setiap tentatif kem yang wujud tahun lepas. Faham? Wah haha.. Saya mahu mengembalikan kenangan sahaja. Hehe..

Saya sangat gembira dan bersyukur kerana telah menyertai kem ini! Yahoooo!!! Google! Facebook! Seronok! Dapat kawan yang kekal ke hari ini. Malah hingga ke masa depan insha allah. Semoga berkekalan ke akhirat insha allah..

Tidak akan ku lupa pada Bro Din Lokman

Bertemu, bersama dan berpisah kerana Allah,
antara golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah
di Padang Masyar kelak
insha allah..

Banyak benda yang mengubah saya selepas saya menjalani kem ini (maksud saya menyertai) Salah satunya, dapat membina keyakinan saya. Memang saya bersyukur sangat dapat hadiri kem sebegini. Apatah lagi dapat berkenalan dengan anda semua, lelaki yang kacak-kacak belaka dan perempuan yang cun cantik serta cun belaka. Wah, itu baru paras rupa. Agak-agak kalau saya tebuk dada, lihat hati pula. Wah! Saya berani jamin, indah semuanya! Semestinya darah-darah di hati berjalan lancar, ototnya gagah-gagah dan sungguh merah jambu sekali! Wah hahaha..

Saya syukur, dapat bertemu dan bersama anda sepanjang kem ini. Jika dahulu saya hanya bercakap omputeh ketika kelas Inggeris di sekolah bintang, dan ketika ujian oral untuk memenuhi kehendak Inche SPM, dan juga ketika bertemu dan berkata-kata dengan guru-guru Inggeris dan EST saya di sekolah bintang, ketika kem ini pula saya bercakap omputeh sepanjang kelas ini berlangsung. Agak seronok, walaupun saya akui saya ini jenis sedikit pemalu *uhuk, merah muka. blush-blush* Saya bukanlah hebat sangat dengan Inggeris ini (tetapi sangat hebat, wah haha.. takdo eh. Tak hebat mana pun) Anda semua banyak mengajar saya sepanjang kem ini.

Fulamak! Cun nya! Putih nya..
(perhatikan whiteboard di belakang itu)

Seronok apabila mengimbas kembali suasana kem ini. Huhu. Malah di situ juga saya menemui cinta hati saya. Haha.. Cinta pandang pertama memang indah. Selama ini saya hanya memperlekeh sahaja cinta pandang pertama ini. Rasa seperti tidak logik jika seseorang itu jatuh cinta hanya pada pandangan pertamanya. Nampak sangat beliau hanya melihat rupa kan? Namun, setelah mengalaminya sendiri, baru saya sedar banyak lagi aspek lain yang akan membuatkan kita jatuh cinta pada seseorang itu. (Sudah, jangan nak gosip. Maksud saya ketika malam terakhir kita di sana, saya nampak ada peserta yang pakai DSLR Nikon D90. Haha)

Kan dah kata. Cun! Coklat matang gebu!
(perhatikan kayu di bumbung)

Saya tidak akan lupa rakan sebilik saya, 3 ekor manusia bertuah itu, dan juga rakan-rakan daripada kumpulan saya, The Ruhul Tajdid. Juga ofkoslah tidak lupa kepada The Silent Prodigy dan juga The Mighy Mighty Group 3. Mereka memang batu! (baca : You guys rock) Namun ada satu lagi kumpulan, tetapi saya tak dapat panggil semula (baca : recall)

Terasa rindu pula apabila mengingati semua ini. Jika saya mampu memutar masa, maka pasti akan saya kembali ke saat ini. Sungguh! Tak tipu. Namun, Allah sendiri pun bersumpah atas nama masa (demi masa, wal asr) jadi tak mungkin saya mampu melawan Nya bukan? Tak gitu? ^__^

Fasilitator yang hebat! Tahniah!
(walaupun gambar tengah nak makan)

Saat paling best, serentak juga saat yang tak best, apabila tiba hari penutup. Best sebab akan bertanding. Tak best sebab akan berpisah. Namun, setiap dahan akan patah, setiap jarum akan patah, setiap hati akan patah, setiap rambut akan patah (eh?). Setiap pertemuan ada perpisahan. Kita kena terima la kan. Tak kan anda nak lihat saya meraung dan berteriak di atas pentas pada saat itu? Atau tak boleh juga saya jerit kegembiraan pada saat itu juga. Nak buat bagaimana, redha~

Bercakap tentang syaitan (baca : speaking of the devil) berkenaan dengan choral speaking, saya masih ingat dengan kumpulan-kumpulan yang bertanding.. Ada yang berbunyi DAMN SYAITAN ! ada juga yang berbunyi TING TONG TING TONG. Malah ada juga yang siap menyanyi HOW DOES SHE KNOW.... Ada juga yang siap pergi cat muka. Guna Dulox Wheather Shield atau Nippon Paint pun saya tak tahu.. Haha.. Fuuh! Banyak lagi lah! Kenangan semua itu. Rindu lah.

Laporan autopsi arwah dalam gambar : Mati kerana tidak pernah jumpa perempuan

Apa-apa pun, saya benar-benar bersyukur. Alhamdulillah. Seronok sangat! Harap ukhwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat, insha allah...

Terima kasih sebab sudi baca post kali ini. Ini hanya sedikit perkongsian daripada saya untuk anda semua. Terima kasih! ^__^

Tidak lupa juga kepada guru-guru kami spanjang kami berada di sana! Thanks a lot teacher! We will never forget about your teachings. Everything you taught us, everything you said to us, will forever carved in deep of our heart :)


p/s :
Ada orang yang cadangkan untuk buat reunion,
lepas mereka-mereka yang buat asasi dan matrik
tamat pengajian sebelum sambung ke degree.
Amacam? Berminat? Hehe..

-Aiman Amri-

Nota Ringkas Aiman Amri
Post kali saya tujukan buat sahabat-sahabat saya ketika saya menyertai sebuah kem di UIA Gombak. Maaf ia tiada kaitan dengan anda. Namun jika berminat untuk mengilatkan gigi, mambasahkan gusi, dipersilakan sahaja untuk membaca nya. Huhu.. (RM5 untuk satu patah perkataan. Kad kredit juga diterima. Terima kasih :)

18 comments:

  1. oh yeah~ hha

    sori bro, aku tak nak masukkan nama ko dalam ni. haha

    ReplyDelete
  2. Buat lah . aku balik mesir balik 5/3/2011-hazim

    ReplyDelete
  3. ohh sama kem ngn quek i mean tqa. ohh

    ReplyDelete
  4. hazim : adoi.. xleh lor.. Dorang kate nak buat maybe dalam bulan 5-6.. time dorang dah habis blaja.. senang, sume free..

    ReplyDelete
  5. aeisyah : haha... kat situ ler aku kenal dia. haha

    ReplyDelete
  6. *applause*

    wah wah wah ! terharu mmbace entry kao :')
    sebab banyk gmbr mighty² group three AHHA

    ohh reunion ? okay je ape² inform !
    inshaallah boleh join :))

    *btw , i miss all of you byk²

    ReplyDelete
  7. IFLA <3

    -zatil syakira-

    ReplyDelete
  8. mira : haha.. thanks :)

    byk sebab korang byk letak dalam group.. aku amik dari group :)

    haha.. aku pun rindu dorang sume ='(

    ReplyDelete
  9. anonymous syakira : haha... love jugak ah kat dorang ^__^

    ReplyDelete
  10. kamu dah tak di uia ye dik? hihihi akak masih di sini..:P

    meh ke rumah,
    ~damia dan selsema~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  11. kak, saya tak masuk pun UIA.. ni cuma kem je =)

    skrg belajar kat miat (tapi ade dapat offer asasi UIA dulu, tapi x pegi)

    ReplyDelete
  12. hmm.. asal sume rindu aku eh haha

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts