Tuesday, 8 February 2011

Di Mana, Kan Ku Cari Ganti?

Assalamualaikum

Apa khabar buat semua. Semoga semuanya sihat hendaknya. Saya mengharap sangat begitu. Saya tidaklah mahu peminat-peminat saya sakit-sakit dan tenat-tenat belaka. Nanti tak dapat lah anda semua yang semat-semat dan beyutiful belaka, nak baca blog saya kan? Wah haha..

Untuk segmen kita kali ini, saya ingin berkongsi dan bershay dengan anda semua mengenai kisah sedih dari UniKL MIAT, iaitu universiti saya. Malah bertempat di bilik 04-01-04. Bilik saya sendiri!

* * * * * *

Ingatkah anda mengenai kes Atas Jaring (Baca : Netbook) saya yang telah mengalami sakit jiwa dan raga? Malah tidak boleh membuka mata lagi? Kesinambungan daripada kes itu, saya telah mengalami sakit jiwa dan raga serta bakul juga. Nak tahu apa?


Untuk lebih pemahaman, kita akan belajar matematik kali ini. Saya akan bagi satu equation untuk anda semua. Okay, mari kita mulakan..

Netbook rosak = Kerana hard disk rosak = Hilang segala barang digital

Anda sudah nampak bukan? Betapa berharganya segala barang-barang saya dalam cakera keras tersebut.. Hanya Allah yang tahu betapa pilunya, sedihnya, sayunya hati ini. Seperti kehilangan seorang isteri yang disayangi. Saya tak tahu nak kata apa mengenai ini. Tiada apa yang mampu saya lakukan untuk dapatkan semula semua barang-barang tersebut.

Untuk pengetahuan anda, cakera keras saya itu telah rosak dalaman. Bukan setakat tak boleh buka, malah tak boleh baca. Kalau tak boleh buka, etlis saya boleh ambil semua fail yang ada dalamnya. Namun, perancangan Allah lebih besar. Cakera itu telah rosak dan hanya boleh dibaiki di kedai. Apabila baiki di kedai, salah satu perkara yang konfem dan konfidennya, ialah semua fail dalamnya akan hilang. Perkara inilah yang paling ditakuti oleh saya.

Anda tahu tak apa fail yang ada di dalamnya? Okay, saya akan listkan semua yang saya ingat. Dan anda akan saksikan malah akan rasai kesedihan saya..

Kenangan yang pernah wujud sepanjang pertemuan saya dengan Maher
dari kali pertama jumpa sehingga ke kali terakhir tahun baru ini.

Nasi Lemak Kopi O
Maher Zain Meet The Fans in Maju Junction
Fund Raising Dinner di SACC Mall
Maher Zain's Show Case di MBSA
Send Off Maher Zain di KLIA

Greet Maher Zain di KLIA
Malam Amal Setulus Kaseh di Summit Hotel
Maher Zain Live In Concert Conference di KL Tower
Lawatan Maher Zain ke Anda Bijak Jauhi Zina

Kenangan saya bersama Maher Zain Malaysian Fan Club
sepanjang saya bersama dengan mereka.

MZM-FC Gathering di Pak Su Corner
Bukit Broga
Birthday Fauzee

Gambar-gambar bersama kawan-kawan saya pula?

Berkelah di Bagan Lalang
Kenduri di rumah Anas
Mendaki Bukit Broga bersama kelas 1AERO
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina

Anda bayangkanlah. Semua gambar dan foto (sama lah tu) yang menggambarkan kenangan ini telah hilang. Saya tak mampu untuk jalani ujian ini. Allah menguji hamba-Nya dari segi kesusahan dan juga kesenangan.

Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini.
Kuatkan hati ku untuk menempuh ujian daripada-Mu ya Allah

Itu baru mengenai gambar. Saya belum masukkan mengenai dokumen serta nota-nota universiti saya. Tak termampu saya nak tulis kesemuanya. Biarlah cukup sekadar itu. Malah lebih menyebabkan saya lebih sedih. Apa-apapun, harap doalah untuk saya agar saya menemui cara untuk mendapatkan semula semua fail itu, insha allah...


-Aiman Amri-

Nota Ringkas Aiman Amri
Ini merupakan kisah benar. Saya benar-benar sedih kerana menjalani ujian ini. Apa yang saya lakukan sekarang, hanyalah bersabar dan berdoa. Insha allah. Doakan saya kuat T_T

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts