Thursday, 3 February 2011

Bill Gates Atau Steve Job?

Assalamualaikum

Saolam sejahtera buat semua! Tidak kira anda sakit atau sihat, mahupun walafiat atau tenat, saya doakan anda semua selamat, insha allah...

Tahukah anda semua, bahawa Bill Gates ialah pencipta Microsoft? dan Steve Job pula ialah pesaing beliau, iaitu pencipta Apple. Apa-apa pun saya tak mahu mengulas lebih panjang mengenai mereka, kerana nama belog ini ialah Aiman-Kisah. Bukan Bill-Gates-Kisah atau Steve-Job-Kisah. Hehe..

Kita lihat siapa yang menang!

Berbalik kepada diri saya yang kacak bergaya ini (uwek~), untuk pengetahuan anda, saya menggunakan atas riba (baca : laptop) yang percuma sahaja. Khas daripada TMNet. Mereka sangat-sangat sayangkan saya. Kontrak lah. Saya beli internet daripada mereka, jadi mereka beri percuma kepada saya.

Hewlet Parkett (HP)
Atom 450
1GB DDR3 Ram
250GB Hard Disk

Agak kureng sikitlah. Tetapi syukur sahaja lah kan? Dah dapat percuma. Jaring Buku (baca : Netbook) ini bersaiz 10.6 inchi. Kalau nak cerita pasal sangkut-sangkut atau masalah, rasanya tak perlulah. Silap-silap akan terkeluar sekali equation yang akan membawa kepada jawapan infiniti.

Baru-baru ini, 'permata' saya itu telah mengalami kerosakan pada hard Disk beliau. Tak dapat On pun beliau itu. Sebenarnya, selepas SPM abah telah berjanji untuk membelikan Atas Riba pilihan saya. Sama seperti adik-beradik yang lain. Tetapi memandangkan TMNet telah mununjukkan kasih sayang mereka kepada saya, jadi abah telah menangguhkan rancangan beliau. Aduh, sedih betul beta!

Jaring Buku HP saya yang telah rosak beberapa kali itu, akhirnya telah jatuh tenat namun belum masuk nyawa-nyawa ikan. Boleh baiki lagi. Ada warranty gitu. Ummi dan Adikya serta Adikna menginginkan sangat Jaring Buku saya itu. Kerana bersaiz kecil mudah dibawa dan comel, sama seperti tuan asalnya ^_^

Oleh itu, kami semua sepakat untuk membelikan saya Atas Riba yang baru. Oh yeah, alhamdulillah.. Syukur. Dapat juga saya menggunakan Atas Riba ke tahap maksimum untuk mengedit gambar dan video, kerana itu merupakan hobi abadi saya. Saya ini merupakan manusia yang berguna tau. Bukannya hidup melepak semata-mata. Wah haha..

Oleh itu, saya telah meninjau-ninjau dan akhirnya beberapa model telah berjaya mencuri hati saya, untuk saya cintai :) Mereka tersebut ialah,

Lenovo V470
i7 Processor
8GB DDR3 Ram
Intel Hd Graphic 3000
14.1" LED Screen
500GB Hard Disk
RM2849

atau

Macbook Pro
13" Back Light LED Screen
Core 2 Duo
250GB Hard Disk
4GB DDR3 Ram
5400 RPM
RM3899

*sigh*

Saya tahu jauh beza harga kedua Atas Riba tersebut. Namun, memang impian saya dari kecil ingin menggunakan Macbook, kerana saya memang peminat setia Apple. Dahulu, saya menggunakan iPod Touch 16GB, angah pula mempunyai iPod Classic 30GB dan iPod Touch 32GB. Abey sendiri pernah menggunakan iPod Touch 32GB. Semua ini bukan beli baru. Tetapi, tangan kedua (baca : Second Hand) sahaja lah, memang murah.

Saya nak pilih Lenovo, kerana i7 dan 8GB DDR3 Ram. Woah! Laju beb! Then, dah la skrin nya, LED dan 3D serta High Definiton! Wah! Nikmat dunia~ Saya pernah ke Low Yat, untuk melihat sendiri Atas Riba ini. Memang sangat-sangat-sangat-sangat cantik skrin nya. Memang best kalau dapat.

Namun begitu, jika saya memilih Macbook pula, kelajuannya biasa sahaja. 4GB Ram. Processor pula Core 2 Duo sahaja. Processor zaman dinasour gamaknya. Tetapi, jangan dipandang rendah. Atas Riba ini sangat-sangat berkualiti dan tahan lama serta lasak. Jangan dipandang enteng sih! Puas hati guna produk Apple ini. Kerana Manisnya Apple :)

Abah memberi wang sebanyak RM3000. Kalau harga lebih, perlu tambah sendiri. Jika saya ingin menggunakan Macbook Pro, saya boleh tambah wang tersebut, dengan menggunakan wang JPA.

Anda bingung macam mana saya dapat duit JPA? Sila baca pengalaman saya di sini. Atau segala info mengenainya di sini

Kerana terlalu lama memikirkan Atas Riba mana yang hendak dibeli, saya mengambil masa seminggu untuk memilih. Insha allah minggu hadapan saya akan mendapat ilham dari langit, Atas Riba mana yang hendak dijadikan isteri kedua saya selepas Nikon D90 saya.

Ada juga yang terkejut apabila saya memberitahu semua ini. Kata mereka, "Laptop je pun. Lama gila ko nak pilih?" Tetapi kan, semua ini untuk masa depan saya tau. Saya akan menggunakannya sampailah saya memasuki alam pekerjaan. Jadi, kalau boleh, mestilah saya mahu pilih yang betul-betul memuaskan hati saya. Lagipun abah bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga.

Harap lah dengan solat istikharah saya mampu untuk memilih mana satu yang berkenan di hati. Doakan saya ya? ^_^

-Aiman Amri-

Nota Ringkas Aiman Amri
Maaflah post kali agak kurang ke'lawak'an nya. Kerana post ini saya tulis ketika berada di Langkawi. Agak kekurangan masa untuk buat post yang best. Sorry ya? :) Apa-apa pun doakan keselamatan kami di Langkawi loni.. (Loni = Sekarang, dalam bahasa Kelantan)

10 comments:

  1. salam aiman

    zaman cikgu dulu tak merasa lah ye..sekarang pun berfikir tujuh lapan kali nak beli ke tak..eh haha

    ipod touch 2nd hand mana jual ek??huhu

    aiman, belilah apple, macam best je, cg juliana peminat setia aple..

    ReplyDelete
  2. wassalam....

    tu lah. dulu ayah saya pun pelik kalao pakai hp, skrg laptop sume nak..

    ipod tu, beli kat ebay...
    try cari kat mudah ade, lelong pun ada..

    tu lah. masih memilih. tpa sebab macam x cukup power.. core 2duo je.. xpe. masih memilih :)

    ReplyDelete
  3. pilih yang terbaik okie? :D
    senang cerita bak satu kat aq
    lagi bagusss :p

    ReplyDelete
  4. akhiran : memang awesome. tapi kureng power. adoyai...

    ReplyDelete
  5. nedd : insha allah.. memang itu yang sedang diusahakan :)

    eh, ko ni. ipad nak, laptop pun nak? tamak.

    ReplyDelete
  6. man...nak berbaloi baik beli Lenovo...lagipun lenovo pun elok...best 2...Macbook 2 nak jage susah..nak repair mahal..haha xmampu aku..tapi puas la pakai..

    ReplyDelete
  7. ummi : hmm. masih memikirkan. thanks pendapat! :)

    ReplyDelete
  8. erm.. lenovo best gak.. lenovo antara pengeluar mula2 komputer.. dulu nama dia IBM.. skrg nama baru.. tu yg org pikir lenovo menda baru tp dia dah lama dah dalam dunia komp neyh.. tgk ang nak pakai untuk apa.. kalau ko duk men graphic n nak load picture nyak2 suggest lenovo tu pun dah ok.. x sangkut kan.. HD tu.. haha..

    ReplyDelete
  9. IBM still ada sampai skrg.. lenovo tu syarikat kecik IBM buat, khas untuk laptop2 remaja :)

    huhu.. mmg HD, tapi xde graphic card.. mudah sangkut2 skit.. xpe2.. terima kasih nasihat :)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts