Tuesday, 4 January 2011

Malam Amal Setulus Kaseh Bersama Maher Zain

Assalamualaikum

Pergh, lama gila saya tak update belog kan? Kesian anda semua, peminat-peminat setia Aiman-kisah ini. Saban hari merintih, Inche Aiman masih belum atas tarikh (baca : update). Hampir setiap detik, membuka laman web ini, untuk melihat kalau-kalau sudah update. Namun, pengharapan hanya tinggal cebisan kenangan.

Ewah ewah, gelinya saya. Wahaha.. Seorang rakan saya yang sebaya dengan saya, baru sahaja beritahu tadi yang saya ialah seorang sahabat yang cukup P.E.R.A.S.A.N. Membuatku tertanya, kenapa ya beliau berkata begitu? ^_~

Apa-apapun, kembali kepada alam yang nyata lagi real, berkenaan dengan tajuk post kali ini. Nak soal sikit, ada bau busuk tak? Bau macam benda basi? Kalau tiada, maka pendek umurlah tu (dalam nada Seniman Bujang Lapok) Jika ada, tahniah! Haha, tetapi jangan percaya pula, syirik jadinya. Berbalik pada tadi, bau busuk..

Adoi, apalah Inche Aiman cuba katakan ini? Mana ada bau apa-apa kan? Ekceli, ada! Bau post kali ini! Busuk, sudah basi. Wahaha.. Nak buat macam mana, Aiman Amri seorang yang pemalas untuk update belog beliau yang gemilang ini. Dan benar, post kali ini sudah basi. Maher Zain dah balik Sweden dah wei ! Tetapi, atas dasar nak kongsi pengalaman, dan juga nak abadikan memori ini, saya tekad, nak tulis juga dalam belog kesayangan ini..

Semuanya bermula beberapa hari yang lalu....

* * * * * * * * *

Saya mendapat jemputan untuk ke Malam Amal Setulus Kaseh Bersama Maher Zain di Hotel Summit Subang Jaya. Biar benar? Wah ! Seronoknya ! Saya bawa bersama adik busuk saya itu, yang diberi nama Adikya. Terima kasih Kak Nuriz kerana sudi mengambil kami di Stesen KTM Sungai Buloh, untuk dibawa lari ke majlis tersebut diadakan.

Comel adikya ini :)

Kalau bukan kerana kakak, rasanya memang kecewa la hadirin hadirat di sana kerana ketidakmunculan saya. *muntah beramai-ramai jom* Kira-kira selepas Asar, agak-agak pukul 6.30, kami selamat tiba di Hotel Summit. Bergerak ke dewan berkenaan, ternampak la pula lembaga yang berkilat bahagian atas nya, siapa lagi jika bukan Akhi Fairuz sendiri. Hehe, jangan marah, abang hensem kan?

Lihatlah anggota mana yang berkilat
XP


Sementara menunggu Maghrib
^_^

Kami duduk-duduk di sofa berdekatan, sementara menunggu majlis yang akan bermula pukul 8 nanti. Sempat la jua berbual-bual dan apabila masuk waktu maghrib, kami ke surau untuk menunaikan kewajipan. Rasanya bacaan dan pergerakan solat tidak perlulah saya tulis di sini, ye dak? Atau nak juga? Hehe..

Adikya bersama krew majlis

Selepas itu, kami bersedia untuk masuk ke majlis ini. Setelah mendaftar nama dan syukur alhamdulillah, saya dapat tag MEDIA, hehe. Kalah si Poji yang dapat tag Crew. Huhuhu. Dapat meja hadapan sekali, tetapi kat tepi. Tak mengapalah, syukur kan? ^_^ Tetapi kak Nuriz terpaksa duduk di belakang bersama Asma' kerana kehabisan tempat duduk setelah tempat terakhir diambil oleh si Poji. Jadi, salahkan dia..

Tempat pendaftaran

Budak MEDIA =P

Fauzee, setiap malam datang

Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Pergh, memang sedap beliau baca. Rugi tak rakam, sebab ketika ini, kamera ada dalam beg. Asyik sangat mendengar sampai lupa nak keluarkan kamera :(

Bacaan ayat suci Al-Quran

Seterusnya, sedikit ucapan daripada pihak Rumah Titian Kaseh sendiri dan juga Muslim Aid, selaku salah satu penganjur majlis ini. Pakar Majlis (Master of Ceremony) kali ini memang best. 'Sukan'ning (sporting) sungguh ! Sering kali patik tergelak.

Dr Zamri, antara VIP yang hadir

Slot seterusnya ialah lelongan hasil karya untuk sumbangan Rumah Titian Kaseh. Koleksi-koleksi gambar yang dilukis yang sangat-sangat-sangat-sangat cantik dan kreatif. Wah ! Ramai yang berminat untuk membelinya!

Tak ingat harga berapa,
tetapi ribu-ribu lah


Yang ini pun beribu-ribu

Akhirnya, setelah selesai segala percakapan dan ucapan serta jualan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap hadirin dan hadirat, MC pun mengumumkan aktiviti seterusnya.. Iaitu,

Maaaaaa.......
(Semua dengan mata yang bulat,
bibir yang besar dan mulut yang ternganga,
menyambung ayat MC di atas dengan menyebut 'Her Zain')

MC menyambung ayat beliau,

Maaaaaaaaaa kan !


Adoi, memang kami semua tergelak besar apabila beliau berkata begitu. Semua dah bajet beliau nak sebut Maher Zain, haha.. Apa-apa pun, kami semua layan sahaja. MAKAN TIME ! Oleh sebab saya dan adikya serta Fairuz bersama Fauzee duduk di meja platinum, iaitu berharga RM10,000 setiap meja, maka pemakanan kami pada malam itu sangat-sangatlah WOW. 3 Course Meal.

Makanan untuk kameraman

Dimulai dengan pembuka selera, sup ayam. Kemudian masuk ke bahagian makanan utama, yang saya tak mampu nak ceritakan jenis-jenis lauknya ! (Padahal tak ingat apa lauknya, sebab dah lama dah majlis ini) Kemudian, pencuci mulut dengan kehadiran abang-abang tembikai, kakak-kakak ceri, adik-adik epal dan golongan-golongan yang sewaktu dengannya.

Sambil kami mengunyah makanan tersebut, kami dihidangkan juga dengan persembahan Dikir Barat daripada kanak-kanak Rumah Titian Kaseh dan juga nyanyian 'pasukan' Rabbani. Sempat juga saya mengambil sedikit gambar-gambar mereka. Nampak sedikit suasana majlis. Paling penting, nampak sedikit yang saya ini MEDIA, hehe.. MC tadi, sambil kami makan, beliau berjalan-jalan di merata tempat, mencari mangsa. Adalah beberapa yang ditanya pelbagai soalan dan disuruhnya nyanyi lagu Maher Zain. Hehe.

Cun betul

Rabbani, oh yeah !

Maka, setelah selesai aktiviti memenuhkan perut masing-masing, hidangan terakhir lah yang ditunggu-tunggu oleh setiap manusia serta nyamuk-nyamuk berterbangan, yang hadir ke majlis ini. Kami menanti kehadiran bakal bapak daripada Sweden yang bermata kelabu, berhidung mancung dan berbibir yang bentuknya sebiji macam bibir manusia. Siapa lagi kalau bukan abang kesayangan saya!

Maher Zain
^_^

Seperti biasa, muzik yang berdendangan ialah Allahi Yallah Kiya Karo. Dah kenal sangat dah dengan mamat ini. Tiada idea lain melainkan idea yang sama-sama belaka. Dengan kemunculan beliau, maka bersesaklah manusia-manusia yang hadir, dengan duduk bersila di hadapan pentas untuk melihat beliau dengan lebih dekat. Bak kata orang, lagi dekat dengan seseorang itu, lagi kurang jauh kita dengan beliau. Wahaha..

Saya dengan selamba katak juga, pergi duduk di hadapan pentas, betul-betul di hadapan tangga. Kiranya kalau Brother Maher turun je tangga, akan automatik beliau pijak paha saya. Ahaha. Dan, seperti biasalah. Saya rakam~ Hehe.. Semua lagu yang dinyanyikan ,saya rakam.

Masih ingat mereka?

Ketika lagu pertama, Allahi Yallah Kiya Karo, ada seorang budak lelaki naik sekali. Kemudian, mulalah budak-budak lain naik bersama, termasuk Adikya! Ahaha. Saya yang suruh dia naik juga. Kawan saya Asma' ambil gambar, saya pula merakam sahaja. Nanti tukar-tukarlah kan? Seronok tengok budak-budak menyanyi bersama lagu Hindustan, hehe.

Allahi yallah kiya karo
Dukhna kisi koliya karo..

Waktu lagu Ya Nabi Salam Alayka, sementara Brother Maher sedang menyanyi, saya sempat melambai padanya. Dan cuba teka apa reaksinya? Wahaha, rasanya anda sudah tahu, atau boleh agak. Beliau tersenyum, dan melambai kembali. Sambil mouthing,

Hey, you!

Dan ofkos lah, beliau buat ketika perantaraan lirik. Takkan sambil nyanyi boleh bercakap pula? Hehe. Rekod ini disimpan dalam kamera saya, sebagai bukti. Sebagai memori dalam otak, kali ini simpan dalam kad ingatan (memory card).

Brother Maher dah nampak dah penat. Sewaktu nyanyi For The Rest Of My Life, tiba-tiba nada nyanyi jadi mendatar. Memang penat habis lah! Kesian brother.. :(


Lagu Barakallah, ada kejutan juga rupanya. Brother Maher memberitahu bahawa dia diberitahu yang ada peminat kecil yang meminati beliau. Serentak itu juga, seorang kanak-kanak perempuan kecil naik ke pentas, bernama Betty.


Beliau menyanyi Barakallah bersama-sama dengan Brother Maher. Wohoho, bertuah sungguh budak ini. Adikya macam jeles je, hehe.. Setelah habis lagu-lagu beliau, yang terakhir The Chosen One (seronok dengar, sebab tak pakai muzik sangat), beliau mengatakan bahawa sudah tiba ke akhir nyanyian nya. Sudah mahu pulang. Ramai yang kecewa, sedih dah nak habis. Waaaa..

Namun, sempat beliau melawak pula. Tambahnya,

"You think I'm gonna go without the Insha Allah?"

Ahaha, adoi brother. Sempat lagi kau eh? :) Lalu, bermulalah muzik terakhir beliau, menyanyikan lagu Insha Allah, lagu beliau yang paling famous dan popular. Sambil beliau menyanyikan lagu ini, beliau turun daripada pentas dan berjalan sekeliling majlis sambil menyanyikan lagu. Wah, nasib baik la hang pakai mikrofon tanpa wayar. Kalau yang jenis ada wayar, memang terguling lah sorang-sorang terjerut leher sekali. Wahaha.

Maher : Jangan tolak-tolak aku la wei

Akhirnya, tamatlah persembahan daripada beliau untuk malam ini. Maka, bermulalah episod sedih dan sayu. Ramai lah yang mula menangis kepiluan, tak kurang juga ada yang meraung menghantuk-hantuk kepala pada gelas kaca yang disediakan. Malah turut disediakan kayu baseball di tepi dewan bagi sesiapa yang berminat untuk mengetuk-ngetuk kepala dan anggota lain.

*Abaikan perenggan di atas*
Auta belaka

Brother Maher pun mula bergerak meninggalkan dewan dan menuju ke bilik VIP untuk mengambil gambar secara private dengan golongan-golongan tertentu. Saya, Fauzee, Nuriz, Asma', Fairuz serta Adikya melepak di luar, sambil bergambar serta bergelak tawa. Sempat juga Hassan Awakening lalu dan bersembang sebentar dengan kami :)

Hanya yang terpilih sahaja mampu melepasi halangan ini !

Kemudian, setelah selesai penggambaran di dalam bilik tersebut, Maher Zain pun berjalan keluar dan menuju keluar bangungan. Kami hanya melihat dengan perasaan yang biasa. Balik lah kau! Haha :)

Wah, tinggi betul saya !
=P

-Aiman Amri-

Nota Ringkas Aiman Amri
Post kali ini, memang betul-betul basi lah ! Maher Zain dah balik Sweden dah Inche Aiman wei~ Ahaha..

7 comments:

  1. Aiman... Menarik ler... x la basi sgt... klau ada Microwave bole hangatkan lg nih... :P

    ReplyDelete
  2. fauzee : wah, sampai dua ^_^

    haha.. agak basi jugak, sebab post lama, tapi aku x update2 lagi.. haha.. nak yang betul2 hangat, mestilah time aku sampai je rumah malam tuh, terus update blog.. itu baru hangat.. haha

    ReplyDelete
  3. haha. kire bes la hari kedua nie, dpt g betol2 depan stage. depan tgge tuh. hehe. untung aaa~ :D

    ReplyDelete
  4. hehe.. agak untung la tuh :)

    3rd day pun best jugak..
    dapat sembang ngan wassim
    ^_^

    ReplyDelete
  5. salam

    Semalam ur father called me..saja bercerita..hehe kami ngumpat kau pasal fanatik giles pada maher zain..hehe tentang topi yg dibeli di london..

    ReplyDelete
  6. wassalam warahmatullah..
    Wah. haha.. sedap ngumpat kan..
    ^_^

    fanatik yang tidak membawa ke lagha dan benda2 haram xpo.. suka MZ sebab die suke ISLAM, hehe :)
    best ape ade artis yang x serik sebar dakwah, n betul2 jaga solat dan imannya ^_^

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts