Wednesday, 12 January 2011

100,000 Like Aiman Amri On Facebook

Assalamualaikum

Kah kah kah. Rasanya itulah bunyi yang bakal kedengaran dalam kalangan pembaca-pembaca semua. Paling tidak pun, mungkin tergelak kecil, hihihi, yang terkeluar dari kerongkong serta trakea anda semua. Tak percaya? Cuba anda baca semula tajuk post kali ini. Baca semula cepat!

Tengok! Tengok! Tengok!
Anda tersenyum!
^_^

Rakan-rakan, rileks laa. Sekadar bersenda gurau sebagai mukadimah kali ini. Mungkin ada pembaca yang pertama kali menjenguk belog saya yang tidak seberapa ini. Pendatang asing yang singgah sebentar di dunia maya Aiman Amri ini.

*Mari-mari jemput masuk. Jangan malu-malu ye? Buat macam belog sendiri je*

Tajuk kali ini betul-betul menimbulkan kontroversi. Saya yakin ramai pembaca yang rasa loya serta mungkin sudah muntah barangkali. Yalah..

100 000 like Aiman Amri?
Haha, laku sangat ke budak kecik nih?

Janganlah ada yang berkata begitu ye. Sedih saya, selaku tauke belog ini. Sepatutnya post kali ini, saya nak cerita pasal kejayaan Maher Zain Malaysia Fan Club, yang telah memperoleh lima ringgit sumbangan daripada Wassim... Eh, bukan.. Atas kejayaan mereka memperoleh

100,000 peminat di Facebook

Bukan calang-calang yang dapat rezeki macam ini tau? Saya rasa, dulu Brother Maher pun meronta-ronta menangis, nak tunggu peminat nya mencapai 100,000 orang. Wah haha..

"Gurau je bang! Jangan koyak tiket konsert yang saya baru beli tuh!"

Baiklah, sebelum terus melencong dan terbabas daripada tajuk sebenar saya nak cerita kali ini, saya nak ucapkan dahulu ucapan jutaan ringgit dan tahniah kepada 3 manusia yang saya rasa, saya tak nak sebut nama mereka di sini. Hmm.. Sedih pula. Kasihan insan-insan ini. Mereka nak nama mereka naik dalam belog ini.


Ingat baik-baik tau. Bukan senang nama anda nak muncul dalam post saya. Anda perlulah mempunyai kriteria-kriteria tertentu barulah anda layak dibicarakan untuk dimunculkan nama anda dalam post saya. Wah haha. Mengalahkan belog Abe Najib pula =P

Oleh sebab saya tidak dapat menahan panahan mata dan wajah comel 3 manusia ini. Kecomelan mereka bagaikan 3 ekor anak kucing yang memandang anda penuh berkaca-kaca, nak minta ikan. Bayangkanlah ! Woh, kalah jua jiwa nurani saya yang suci ini.

Baiklah kalau begitu! Mereka bertiga ialah, tak lain tak bukan...

Mohd Fairuz bin Abu
Trainer di Raudhatul Sakinah Master Training and Consultancy

Firuz Akhtar binti Bohari
Pelajar Master di St Louis USA

Nur Shahidat
Kursus Ukur Bahan
Mahasiswi UIAM Gombak

Mereka manusia yang comel-comel belaka. Cantik pula begitu. Hehe..

"Allah itu cantik, dan Dia sukakan pada kecantikan"

Sekali lagi, saya mahu ucapkan ribuan tahniah, malah juta-juta rupiah punya tahniah kepada mereka. Untuk informasi anda (FYI), mereka ini ialah Administrator kepada Fan Page di Facebook, yang diberi nama

dilahirkan pada Ogos 2010
atau Ramadan 1434


Saya bersyukur, kerana Muka Surat Kipas (Fan Page) ini bukan lah terlalu taksub dan obses kepada Maher Zain. Malah mereka membuka mata peminat-peminat bahawa, meminati Maher Zain bukanlah sekadar mendengar lagu-lagu beliau sepanjang masa. Apa guna mendengar lagu MZ berbelas jam sehari, tetapi kitab suci Al-Quran langsung tidak disentuh dalam sehari?

Ya, memang rugi mereka sebegini. Itu telah lari dari konsep berhibur dalam Islam. Kita disuruh berhibur berpada-pada. Tidak membatasi hukum agama. Dan juga tidak berhibur sehingga lupa tanggungjawab kita pada Allah. Mahu jadikan Maher Zain sebagai idola? Ambil lah sifat-sifat baik daripada beliau. Contohi beliau. Beliau sendiri sedaya-upaya untuk mencontohi Rasulullah SAW.

Alhamdulillah saya bersyukur wujudnya artis Islam seperti beliau. Itu baru Maher Zain, salah seorang artis daripada Awakening Records. Bayangkan anda hidup di zaman Rasulullah SAW. Apa perasaan anda dapat berjumpa, berjabat tangan, malah dapat menjawab salam daripada Baginda? Seronok bukan?

Sambutan Raya Aidil Adha sebelum ini

Seharusnya nilai sebegini yang patut kita terapkan dalam diri kita. Dan saya amat-amat berterima kasih malah bersyukur kerana Admin Fan Page berkenaan, bukanlah mereka yang terlampau obses dan sangap kepada Maher Zain. Pegangan menjadikan Allah dan Rasul sebagai 2 perkara pertama dalam hidup kita, diikuti dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Saya bersyukur, saya dapat mengenali artis sebegitu. Lagu beliau, Ya Nabi Salam Alayka. Saya sendiri pernah melihat beliau mengalirkan air mata (bukan air liur) ketika mengalunkan lagu ini. Tanpa muzik. Alhamdulillah.

"Sesungguhnya mereka yang paling hampir kepadaku di padang Masyar kelak,
ialah mereka yang paling banyak berselawat kepadaku"

'Hot' betul ko ni..

Kita lihat pula lagu The Chosen One. Lagu kegemaran saya. Malah adik comel kesayangan saya, Adikya menjadikan lagu ini sebagai Tona Jaga-jaga Utusan (Message Alert Tone) telefon beliau. Lagu yang menggambarkan kehidupan Rasulullah, kedatangan Baginda ke dunia ini membawa rahmat sekalian alam.

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah's Chosen One

Marilah kita mengikut sunnah Baginda, agar hidup kita lebih dirahmati dan diberkati Allah.

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me..
T_T


Subhanallah.. Terima kasih Maher Zain kerana banyak mengajak kita ke arah kebaikan. Terima kasih pula kepada Admins daripada MZM-FC kerana banyak membantu kami semua untuk mengenali beliau.

* * * * * * * * * * * * * *

Alamak~ dah macam karangan pemahaman bahasa Melayu pula karya-karya saya di atas. Jangan jual ya? Hehe.. Kalaulah saya pelajar UPSR, BM mesti dah dapat lagi tinggi daripada 'A'. Malah mungkin Abe Muhyiddin menelefon saya, dan akan mengumukan kepada rakyat jelata untuk memperkenalkan gred baru, yang lebih hebat daripada A+, haha..

* Marilah kita bersama-sama, MUNTAH beramai-ramai ! *
bluek~


Apa-apapun, sekali lagi, ucapan tahniah buat mereka bertiga! Syukur alhamdulillah. Fan Club kita dah berjaya mencapai angka 100,000. Wee~ Siapalah agaknya manusia yang ke 100,000 itu ya? Saya ingat nak belanja beliau tikat percuma berharga RM297 kepada insan bertuah tersebut.

Namun saya tidak ingin langsung mencari serta menyiasat siapa insan itu, kerana saya teramat sayangkan tiket saya itu. Mana boleh bagi kat sembarangan insan! Mahal woo~ Haha, maknanya memang tak nak bagi pun tiket itu kepada insan ke 100,000 itu. Cakap memang sedap kan? Lebih sedap daripada makan chicken chop dan ayam Napeleon dari Restoran Murni ,SS2 Petaling Jaya.

(Alamak, terjumpa pula Akhi letak link beliau. Buat-buat tak kenal la kalau gini, ku sayang tiketku)

Saya masih ingat lagi kali pertama saya berjumpa dengan Mohd Fairuz ini, atau dengan nama manja beliau yang selalu dipanggil, Akhi Fairuz yang bermaksud Abang Fairuz dalam Arab. Malah nama dalam Facebook pun begitu. Kali pertama sepatutnya jumpa beliau di KLIA untuk menjemput kedatangan kali pertama Maher Zain ke Malaysia, tetapi ketika itu saya sedang menghadiri kelas di UniKL MIAT ini.

Al-maklumlah, pelajar contoh, perlulah ikut prioriti kan. Utamakan pelajaran dahulu.. Hihi !

(Haha, saya selaku tukang taip itu ayat pun boleh terserdak. Inikan pula anda yang mampu termuntah)

Namun, Akhi Fairuz kalah dengan Maher Zain. Kerana Maher lebih bertuah, beliau yang pertama dahulu jumpa dan berkenalan dengan saya, barulah Akhi berpeluang berkenalan dengan saya. Bertuah kan Maher kerana dapat berkenalan dengan saya? Hihihi..

Maher Zain ketemu sama gue, tika kami di rancangen Nasik Lemak Kopi O


Akhi Fairuz ialah seorang manusia yang sangat baik pada pandangan saya *eleh, akhi blushing la tu* Bukan apa, beliau juga sangat berkaliber dan memang sesuai sangatlah jadi Admin MZM-FC. Lihatlah sendiri betapa efisiennya status-status di MZM-FC. Tiket yang baru sahaja dilancarkan pun, sudah keluar langkah-langkah untuk membelinya, sejak hari pertama tiket dijual lagi! Malah, pagi-pagi buta pula tu. Memang mamat yang suka tidur lambat. Haha. Harap pergi kerja awal lah ye? Subuh pun jangan lupa bangun tau.

Kita beralih pula pada Admin yang meng'control' fan Page menggunakan remote. Jauh.. Di negara Barack Obama nun.. Entah-entah peminat setia Obama pun saya tak tahu. Haha, gurau saja kak.

Jangan banned saya daripada Fan Page. Tau! Tau!

Kali pertama saya jumpa beliau, iaitu Miss Firuz Akhtar, fulamak.. Tak pernah jumpa! Memang hebat! Tetapi jauh di sudut hati saya, agak kenal juga dengan beliau. Yang saya konfem lagi yakin serta penuh kepastian, beliau ialah seorang perempuan. Berpandukan jantina yang terpapar di Facebook, saya menyimpulkan hipotesis yang boleh diterima umum.

Janganlah salahkan saya, kami hanya berkenalan di Facebook. Tetapi, anda semua jangan lupa bahawa beliaulah yang mencadangkan untuk menjalankan projek Voices of Heart for Maher Zain. Dan dengan buku itulah Akhi dapat peluk Maher Zain. Akhi patut belanja Firuz makan!

Saya masih ingat, setiap bait perkataan yang saya lahirkan dari minda saya, untuk diukir dalam buku tersebut untuk diberi kepada Maher Zain. Terima kasih pada kak Firuz, kerana beliau cadangkan idea tersebut, saya dapat luahkan sesuatu pada Maher Zain. Malah ketika kedatangan beliau ke Malaysia baru-baru ini juga, beliau sudah kenal dengan saya. Sempat juga berborak panjang ketika di Press Conference KL Tower. Saat perkenalan pertama kami pada 10.10.10 juga beliau tidak lupa. Terima kasih Maher Zain :) Paling penting, terima kasih Miss Firuz Akhtar !

Admin yang lagi satu ini. Nama diberi Nur Shahidat. Beliau merupakan pelajar kursus Ukur Bahan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Kali pertama saya berjumpa beliau, dalam mimpi pun tak jumpa. Belum pernah bersua muka. Dia ini tak macam Akhi, Akhi dah bosan tengok muka saya. Akak Shahidat lebih bersifat penyayang. Tengok gaya penulisan beliau di facebook pun boleh kenal. Haha. Lembut je penulisan~ (silap, maksud saya, penaipan)

Walau mereka semua ini jauh daripada saya, seorang di RS, seorang di USA, seorang lagi di UIAM Gombak, saya pula di tengah-tengah hutan MIAT ini, saya tetap sayangkan mereka! Bukan dari segi cinta, tapi sebab merekalah, saya berpeluang jadi adik kesayangan Maher Zain. Kalau tiada mereka, Maher Zain ternampak saya, takkan dipanggilnya 'My Brother' atau 'Hey, You!' atau paling menyedihkan, tiada lagi 'Assalamualaikum, how are you Aiman?'


Sekali lagi, saya nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada mereka kerana mewujudkan Fan Page ini. Dan saya pun tumpang gembira serta bangga lagi tersengih biri-biri di atas kejayaan mereka ini. Malah, 'di bawah, kiri dan kanan kejayaan' juga! Kerana mereka telah mencapai 100,000 peminat di Facebook! Mereka telah menubuhkan kelab peminat Maher Zain di Malaysia yang rasmi. Lebih 100,000 orang sudah klik LIKE. Anda sudah?

Mereka bagi kita kek ini untuk kita kongsi seramai 100,00 orang.
Pandai-pandai la potong 100,000 bahagian

Ini bukan tipu-tipu. Cerita benar dan akan sentiasa benar melainkan yang benar-benar belaka. Serius tak tipu! Aiman Amri manusia yang boleh dipercayai, wah haha :)

Sekali lagi, (tak bosan betul saya ini) TAHNIAH kakak-kakak dan abang admin ! Terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan dan sumbangan serta titikpeluhan anda selama anda semua mengendali Fan Page ini. Saya rasa bertuah dapat mengenali anda ^_^

Dan of course lah, anda semua lebih bertuah kerana dapat mengenali adik Maher Zain ini. Wah haha..

* Kali ini, satu dunia pakat-pakat lah serentak, muntah beramai-ramai. Kasi banjir muntah! *


-Aiman Amri-

Nota ringkas Aiman Amri
Ini post paling panjang saya pernah buat. Dan saya sedekahkan isi kandungan ini kepada kelab ini, Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) :)

5 comments:

  1. aduh terkejut beruk melihat nama sendiri dlm blog ni. hehe~ terima kasih ye Aiman. Tapi rasanya admin lagi 2 org yang lebih banyak berjasa. Akak di sini guna 'remote control' je. Tak le nak menyumbangkan tenaga sangat. Dan terima kasih banyak2 sbb jadi orang kuat MZM-FC :) Good luck!

    ReplyDelete
  2. hahahaa. terkejut beruk ye... jangan kena tangkap masuk zoo sudah :)

    eleh kak, don worry lah... jangan ingat orang jauh xleh bejasa? projek voices of heart tu pun dah berjasa besar tau.. melalui situ ramai mula kenal nama fan page tuh time show case.
    time tu juga mz tau kelab die :)

    paling penting, sy pun dpt join projek buku tuh hehe.. ^_^

    btw, thanks!

    ReplyDelete
  3. sekali mak aii panjang nye..menangis cg kamariah tgk entri kau ni aiman..hehe

    ReplyDelete
  4. nasib baik x termuntah.. haha..

    ReplyDelete
  5. imanshah : haha.. terbaru beliau~

    kak nad : alamak, saya x sponsor baldi tau..

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts