Thursday, 16 December 2010

Saya Sayang JPA !

29 OKTOBER 2010

Sedang sibuk saya 'membantu' menguruskan Aerocarnival di MIAT yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2010 nanti, saya mendapat panggilan daripada pihak JPA. Terkejut juga. Si pemanggil memperkenalkan diri, dan menyatakan bahawa pihak JPA ingin atas tarikh (update) mengenai status saya sekarang.. Belajar apa, di mana, jurusan apa dan sebagainya. Saya yakin itu JPA, sebab tahu sangat nombor mereka ^_^

Jadi, info-info tersebut saya berikan kepada mereka,

Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance
UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology
3 tahun


2 DISEMBER 2010

Sedang seronok saya dan rakan-rakan sebilikku, Amir Buntat dan Anas Botak mengulangkaji dengan membaca nota-nota dan berbincang sesuatu tajuk, saya menerima panggilan sekali lagi daripada JPA. Sekali lagi, saya terkejut beruk malah segala binatang-binatang lain yang ada sifat macam beruk. Namun, secara kool nya saya bercakap dengan pihak sana. Lelaki pula untuk kali ini. Lebih sporting pula. Selamba sahaja kami berbual, dan kali ini beliau ingin mengetahui status saya setakat ini. Belajar kat mana, jurusan apa, berapa lama.. Aik? Tanya lagi? Namun dengan kool nya saya menjawab semua soalannya dengan tenang, seolah-olah tiada rasa terkejut langsung dalam diri saya.. Hehe, Aiman Amri pelakon terhebat.

Agak-agak boleh menang tak?
=P

Saya menggunakan peluang ini untuk bertanya pula kepada mereka, semua yang saya nak tanya. Kebanyakannya lebih memfokuskan dari segi biasiswa mereka lah. Saya ingat nak minta biasiswa dengan mereka untuk sambung dalam peringkat ijazah nanti. Insha allah, kalau dapat. Beliau pun menyoal saya macam-macam dari segi perancangan saya untuk masa sekarang. Jadi, dengan rasa yakinnya saya menceritakan betapa inginnya saya menyambung ijazah dalam bidang kejuruteraan penerbangan di University of Wales, United Kingdom :)

Dah jadi macam interview pula. Beliau memberitahu, itu boleh dirancang, dengan syarat lihat keputusan peperiksaan saya nanti, dan juga atas dasar universiti saya sendiri. UniKL tidak 'serasi' dengan JPA, dalam erti kata lain, hubungan diplomatik itu kurang. Tetapi tak mengapa, boleh dibawa berbincang katanya. Yang penting sekarang, keputusan peperiksaan keseluruhan dahulu nanti.

Jabatan Perkhidmatan Awam


13 DISEMBER 2010

Saya sedang mengikuti Kem Perhimpunan Siswa Siswa Pertahanan Awam yang diadakan di UiTM Shah Alam, 12-16 Disember 2010. Ketika ini, saya sedang menghadiri kawad kawalan untuk majlis perasmian. Oleh itu, sedang saya berdiri tegak dalam keadaan senang diri, saya dapat merasakan paha saya berdendang-dendang. Oh! Telefon saya bergetar. Ada insan membuat panggilan masuk. Hmm.. Sedang kawad, macam mana saya nak angkat? Hati rasa macam suruh saya angkat, itu panggilan penting. Namun, apa mampu saya buat? Terpaksa buat-buat macam orang tiada telefon.

Petang tersebut, abah datang ke UiTM Shah Alam untuk menghantar isteri kesayangan saya, Siti Nurdinaiti kepada saya. Saat kem beginilah nak bergambar kan? Abah turut menceritakan pagi tadi pihak JPA menghubungi telefon rumah untuk menghubungi saya. Alamak! Patutlah hati cakap suruh angkat. Nasib baik Ummi angkat telefon rumah pagi tadi. Selepas saya tidak menjawab panggilan mereka, mereka menghubungi rumah pula. Mujur Ummi ada :)

Isteri kesayangan saya!
^_^

Saya menelefon Ummi, bertanyakan apa yang dikatakan oleh JPA. Rupanya, saya telah dipilih untuk menerima Anugerah Bantuan Kewangan daripada pihak JPA yang akan diadakan dalam satu majlis 20 Disember nanti. WAH! Biar benar? Ummi takkan menipu. Jadi, benarlah ya? Alhamdulillah..

Ummi memberitahu info-info mengenai majlis itu secara mendalam, dari segi pakaian, tarikh, waktu, tempat dan sebagainya. Jumlah wang tidak diketahui pula. Kata JPA, datang untuk tahu. Apa-apapun, saya bersyukur sangat. Alhamdulillah...


16 DISEMBER 2010

Hari ini merupakan tarikh terakhir aku menyertai Perhimpunan SISPA 2010. Hari ini juga diadakan majlis penutup Perhimpunan SISPA 2010, sekaligus dengan Majlis Pentauliahan Pegawai SISPA. Ketika majlis sedang berlangsung, sekali lagi paha saya menari-nari seperti mengikut rentak ucapan daripada Mejar di hadapan. Mujurlah dalam mode 'getar'. Saya pun melihat siapa yang kenaa.... JPA telefon lagi? Dengan kadar yang segera, kelajuan lebih daripada 5 meter sesaat, saya terus menekan punat 'angkat' dan terus memberi salam.

Lelaki yang telefon, mewakili pihak JPA. Kali ini, beliau menelefon untuk mengesahkan kehadiran saya, dan untuk memberitahu format pakaian untuk majlis itu pada Isnin nanti.

Kemeja Putih
Tali leher bebas

Seluar slack gelap

Kasut gelap

(kalau boleh kulit)


'Uniform' saya interview dahulu
Agak kacak kan?
Wah haha

Saya sempat juga menyiasat mengenai anugerah ini dengan bertanyakan soalan-soalan yang bernas pada beliau. Seolah-olah beliau lah talian hayat saya ketika sedang bermain Who Wants To Be A Millionaire. Bermula saat itu, saya mengetahui bahawa penerima anugerah ini dipilih berdasarkan keputusan SPM 2009 dan mereka hanyalah bekas 'mangsa reject' JPA. Pendek kata, yang tidak menerima biasiswa JPA pada satu masa yang lampau dahulu, namun masih dalam tahun 2010. 300 pelajar SPM 2009 dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Dan penerima anugerah ini, ada dua kategori. Pertama, hanya dijemput datang ke majlis dan mendapat cek ketika di sana. Kedua, dijemput datang ke majlis dan naik pentas menerima cek tersebut daripada Perdana Menteri sendiri, abang kita Najib Abdul Razak.

* Gambar hiasan *

Bersykur sangat-sangat kerana dipilih untuk menerima anugerah ini nanti. Terima kasih ya Allah. Sekurang-kurangnya, dahulu permohonan JPA ditolak, sekarang dapatlah juga penghargaan daripada mereka kan?


Dear Allah,
Thank you Allah!

6 comments:

  1. alhamdullilah , a very good news utk kao kan man ? congrats ye sebab menjadi antare 300 tuu !


    *and comel gila nama ISTERI kao tuu HAHA ;p

    ReplyDelete
  2. huhu...
    syukur.. :)

    and memang nama dia comel..
    jangan cakap kuat-kuat, nanti die prasan lebih2

    ReplyDelete
  3. aiman join pertahanan awam kat uitm ke??wah baru tau ooh! kalu tau,bole ja jumpe,dah la ari2 dok tgk org2 berbaju oren tuh,haha :D btw tahniah tau!

    ReplyDelete
  4. lah, blaja kat uitm shah alam ka???
    xtau la pulak... haha.. xde rezeki..

    anyway, thanks! :)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts