Monday, 6 December 2010

Mimpi Umar Al-Khattab

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pengikut yang disayangi kesayangan. Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan sebuah cerita yang akan diceritakan oleh saya yang akan saya ceritakan sekejap lagi (sila jangan pening)

Anda nak dengar tak kisah saya? (sila angguk) Tak naklah.. Saya banyak kerja (sila angguk-anguk lagi) Yalah, yalah. Saya ceritakan segalanya, okay? Jangan sedih, anda semua kan peminat setia saya. Saya jenis yang tidak akan hampakan peminat-peminat saya :P

Baru-baru ini, bertarikh 2 Disember 2010, iaitu Khamis malam Jumaat, saya telah mengalami sebuah pengalaman yang saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa.. Susah untuk digambarkan. Saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Saya cuba bertanya kepada kawan-kawan saya, mereka semua memberi jawapan yang kurang memuaskan saya. Jadi, kalau boleh, saya nak minta pendapat anda semua pula. Anda semua kan kacak bergaya, lagi cool~

2 Disember 2010, Khamis
Seperti biasa, saya belajar dan mengulangkaji, kerana peperiksaan yang sedang dihadapi. Pada malam tersebut, setelah merasakan otak saya penuh dengan ilmu-ilmu aviasi (baca : aviation) ilmu tersebut telah memberatkan mata dan kepala saya. Jadi, untuk meringankan segalanya, saya pun mengambil langkah mudah. Tidur.

Setelah mengemas segala perkakasan ilmu saya, saya pun membaringkan diri, dan membaca ayat Kursi seperti biasa. Kemudian, bermulalah proses pendengkuran (walaupun saya tak berdengkur)

Nak cerita semua, saya tak pasti sangat. Yalah, mimpi kan? Bukannya semua ingat. Ditakdirkan Allah, saya telah bermimpi, berjumpa dengan Saidina Umar Al-Khattab. Ya, saya tahu. Saya sendiri pun terkejut. Sampai sekarang masih boleh mempercayainya. Saya pun bingung, kenapa saya berjumpa dengan nya.

Kenapa saya yang dipilih?
Benarkah itu Umar?
Atau adakah ini mainan syaitan?
Bisikan syaitan?
Saya sendiri pun tak mampu untuk tafsirkan nya
Wallahu alam

Namun, wajah beliau saya tak dapat ingat. Saya pun tak tahu kenapa. Seolah-olah macam ingatan mengenai rupa parasnya, telah dipadamkan daripada ingatan saya. Tetapi kata-kata beliau, saya ingat sampai sekarang..

Perkataan yang paling saya ingat, ialah ketika beliau mengucapkan sesuatu pada saya..
Beliau ada menulis sebuah wasiat 10 hari sebelum beliau meninggal dunia..

Setakat yang saya tahu, saya tak pernah dengar mengenai wasiat tersebut. Tak pernah belajar pula. Malah dalam buku-buku yang saya baca, tak pernah saya terbaca mengenai ini. Wallahu alam.. Saya hanya mampu serahkan segalanya kepada Allah..

Semoga Allah jauhkan saya daripada tipu daya syaitan.
tetapi bagaimana kalau benar itu Saidina Umar?
T_T

6 comments:

  1. kimi pn tengah baca buku sirah umar.

    ReplyDelete
  2. ada citer pape tak pasal wasiat 10 hari sebelum mati?? xde kan??

    ReplyDelete
  3. apape pun, iA mesti ada hikmah n sebab :)
    besnyeeeee

    ReplyDelete
  4. rasa tu real kot,
    sonok kot

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts