Monday, 20 December 2010

Majlis Pelancaran Bantuan Kewangan dan Geran Akademik 1MDB

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian..
Dan juga salam satu Malaysia!

Hah? Pelik kan? Aiman Amri yang terkenal dengan kurang berminat dengan 1Malaysia ini tiba-tiba memberi salam sebegitu. Haha, soalan sama yang saya sering tanya pada diri saya. Namun, semuanya bersebab, ada hikmahnya, ada alasannya. Nak tahu tak? Baiklah, saya minta anda semua angguk apabila saya tanya..

Nak tahu tak pasal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ?
*Sila angguk*


Baiklah, saya telah kalah dengan pujuk rayu anda semua ^_~
Anda semua comel-comel belaka!

20 Disember 2010
4.00 petang
Auditorium JPA Putrajaya

Seperti sedia maklum, saya pernah memberitahu dalam post sebelum ini mengenai keterpilihan saya untuk dianugerahkan bantuan kewangan oleh pihak JPA. Jika anda masih blur dan bingung serta sepatah haram tak faham apa saya kata, sila baca post sebelum ini

Saya tiba di auditorium tersebut bersama keluarga saya tepat jam 2.30 lebih-lebih. (Kot?) Di meja pendaftaran, saya lihat nama saya telah dihighlightkan atau digelapkan. Rupanya tempat pendaftaran saya spesel sedikit. Sedikit je lah, sebab meja sebelah tu je pun :P Ketika daftar di 'meja saya', saya telah diserahkan cek Am Bank yang bernilai ...............

(Saya beritahu nanti ya? Malulah ~)

Ada raptai sebentar, sementara menunggu jarum jam merangkak ke angka 4. Nama saya, terakhir. Wahaha.. Tidak ku sangka. Nombor 46 daripada 46. Yang lebih mengejutkan, apabila saya duduk di tempat yang tercatat nama saya yang unik itu, bahu saya ditepuk oleh orang belakang. Saya apalagi, bengang la, terus pusing belakang nak tumbuk sekuat hati dan jantung.

Giliran terakhir
^.^'


Hehe, gurau sajalah. Saya hanya menoleh ke belakang untuk melihat siapa, dengan jelingan ayu. Namun, semua itu sia-sia sahaja, kerana apabila saya menoleh ke belakang, lembaga yang menepuk bahu saya tadi, YA ALLAH! Terkojut den!

Zikran budak IKAN !
^_^
(Sesat eh budak UM?)


Haha, dua-dua langsung tak sangka akan bertemu di sini. Mungkin ini takdir kita? Siapa yang tahu, kalau jodoh panjang, jika dikau masih single sehingga habis ijazah pertama? Mungkin kita boleh? Hehe.. Apa-apa pun ,saya gembira sangat dapat berjumpa kembali dengan kawan lama saya yang saya hanya bersama selama seminggu. Wahaha !

Si Os ini dapat juga anugerah bantuan kewangan, cuma saya tidak tahu. Yang saya tahu hanya seorang, itu pun beliau tidak menghadirkan diri. Merajuk dengan Abe Najib barangkali? :)

Pakaian saya hari ini, semuanya FREE, percuma. Hehe.

Baju jenama NEXT angah belanja UK dulu
(Ada cuff link woo :)
Seluar slack hitam kecoklatan, kawan angah bagi hadiah
Tali leher, pinjam angah punya
Kasut hitam, tingkatan 5 di STAR dulu
^_^

Kumpulan koir yang bersuara sedap sangat!

Abe Najib bersama koroni beliau

Berkenaan dengan majlis ini, 300 pelajar telah dipilih dari kalangan SPM 2009 dan 30 pelajar dari kalangan STPM 2009. Namun, bukanlah kesemuanya akan naik pentas. Penatlah Abe Najib kalau begitu. Nak salam setiap lelaki yang ada. Yang naik pentas, hanya mereka yang sudah mula memasuki peringkat Diploma atau Degree. Jadi, mereka yang masih di peringkat persediaan seperti Asasi atau Matrikulasi, mereka hanya akan jadi tukang tepuk tangan di bawah. Kami-kami yang lain akan naik ke pentas untuk bersalam dan menerima sijil daripada Abe Najib. Yang naik ke atas pentas, bagi STPM 30 orang kesemuanya naik dan bagi SPM, hanya 16 orang sahaja termasuk saya, sebagai giliran terakhir.

Ucapan daripada Perdana Menteri Malaysia

Penyampaian anugerah ini dibuat setelah tamat ucapan daripada Abe Najib sendiri di hadapan mikrofonnya. Kemudian, selepas orang terakhir (saya lah orangnya :), kami berkumpul beramai-ramai di atas pentas bagi sesi bergambar dengan Abe Najib dan konco-konco beliau seperti Abe Muhyiddin.

Aiman Amri dan Najib Razak ;P

Abe Najib dan kami semua turun ke bawah, dan beramai-ramai melaungkan satu Malaysia sementara abang-abang kameraman kesemuanya naik ke atas pentas untuk mengambil gambar kami semua (bersama hadirin yang lain juga, yang tak naik pentas)

Sesi bergambar beramai-ramai di atas pentas

Itu dia, Aiman Amri di belakang
^_~

Bergambar di hadapan pentas pula

Satu Malaysia !

Abe Najib dan sekutu beliau terus pulang meninggalkan auditorium dan hadirin yang lain duduk semula di atas kerusi masing-masing (tidak dibenarkan duduk di bawah kerusi) kerana ada taklimat sebentar mengenai penerangan bantuan kewangan yang kami terima ini. Info mengenai bantuan ini, akan saya masukkan dalam blog saya dalam masa yang terdekat, iaitu penerangan terhadap segala yang berkaitan dengan Bantuan Kewangan dan Geran Akademik ini.

Majlis tamat dan para hadirin dipersilakan untuk ke Aras 2 (sekarang Aras 4) bagi menikmati jamuan ringan. Saya dan keluarga saya, bergambar di atas pentas berlatar belakangkan projektor punya poster ^_^

Bersama separuh keluarga tercinta
(of course la, tak cukup seorang sebab dia kameraman)


Bintang dan Ikan :P

Bersama rakan baru, Luqman

Sesudah itu, kami bergerak berkawad beramai-ramai (tak da lah ramai pun. Cuma saya, Ummi, Angah, Adikya dan Adikna) ke jamuan ringan dan berusaha sedaya upaya untuk tidak membazirkan makanan yang ada, atau erti kata lain, makan seberapa banyak yang boleh :P

Krew-krew majlis daripada JPA
(termasuk saya dan Ummi :)

Setelah kenyang, apa lagi. Alhamdulillah lah, baru lah pulang.. Sendawa dibuatnya, hehe. Kami ke tempat letak kereta dan terus menuju ke surau terdekat untuk solat asar. Kami berhenti di Taman Seri Empangan, sambil menunggu untuk solat maghrib memandangkan beberapa minit sahaja lagi masuk waktu.

Suasana senja di Taman Seri Empangan

Untuk hari ini, setelah segala aktiviti yang berlaku di Putrajaya, saya bermonolog dalam hati,

Terima kasih, ya Allah!

4 comments:

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts