Thursday, 30 December 2010

Maher Zain, Welcome To Malaysia, again..

Assalamualaikum !

Baca tajuk pun sudah tahu kan? Apa yang nak diperceritakan. Wah, saya tahu post saya ini agak basi. Maher sekarang sudah pun hampir habis program-program beliau. Dah ready nak balik dah pun. Saya agak la kan, Maher tengah angkat baju-baju baru basuh, nak lipat masuk beg. Haha..

NAMUN ! Tetap saya nak cerita juga, situasi yang berlaku ketika mula-mula Maher sampai ke KLIA baru-baru ini.. Nak buat bagaimana, peminat-peminat blog saya ini, tak sabar-sabar nak berita daripada saya. Malah saya yakin, populariti saya akan jauh memotong Bro Maher. Ya, saya yakin ! Sebelum saya melalut lebih jauh, takut juga saya kalau-kalau Bro Maher baca sama ini belog, kantoi saya. Marah beliau pada adiknya, yang cuba nak makan abang. Jadi, saya rasa lebih baik saya terus ke isi sebenar. Kita buang yang kulit-kulit dan biji. Ya, terus ke isi..

* tepuk * tepuk * tepuk *

Mengumumkan, ketibaan Aiman Zain ke Kuala Lumpur International Airport tepat jam berapa entah. Dah lupa. Jam bawa, tetapi anda rasa la kan, adakah saya akan pandang jam sepanjang masa? Konpom-konpom saya akan terlanggar tiang elektrik. Paling busuk pun, tiang karen. Eh? Sama la tu. Jadi, boleh kata saya pandang ke depan ketika berjalan, dan bukannya ke arah jam tangan saya.

Berbalik kepada situasi tadi, saya dan adik kesayangan, Adikya telah ke KLIA pada tengah hari 25 Disember 2010, ketika mana Santa Claus sedang tidur nyenyak kerana keletihan selesai menghantar hadiah-hadiah kepada kanak-kanak di dunia ini. Saya memandu Wira Aeroback berwarna emas dari Sungai Buloh terus ke KLIA. Sampai sahaja, kira-kira lebih-lebih pukul 2 lah gamaknya, saya terus ke bahagian Ketibaan Antarabangsa. Akhi kata, mereka semua di sana.

Lama menunggu ya?

Wow, ramai juga ya. Saya nampak Akhi, Fadz, Fauzee dan yang lain-lain lah. Senang cerita. Nak cerita seorang-seorang, memang habis lah dakwat belog saya. Bersalaman, berteguran, serta berkasih sayang dengan teman-teman lama. Lama juga tak jumpa. Rindu betul pada Akhi, (nak usap kepala botaknya hihi). Katanya, Maher sudah sampai, cuma sedang uruskan luggage dan imigresen.

Adikya berkenalan dengan teman-teman Maher Zain Malaysian Fan Club yang lain. Komen yang diterimanya? Comelnya adik ni~ (Macam abang dia kot) Namun, saya menafikannya, kerana sifat ego itu boleh terpercik ketika ini, Wahaha.. Namun, susah untuk dinafikan fakta sebenar kan?

Saya tanya, mampukah anda nafikan yang bola yang anda sepak, akan jatuh ke tanah jua? Susah bukan? Kerana anda tahu wujudnya tarikan graviti. Jadi, ini lah dilema saya ketika ini, haha.

Sambung kepada episod tadi, saya lihat ramai yang pegang poster Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain. Wah! Nak juga! Sedih betul.. Tak mengapalah, bukannya mati pun. Namun jika mati sekalipun, mati hanya sekali seumur hidup kan? Tidak mengapa~

Sedang mereka-mereka (okay, siapa guru BM, sila tegur :) menunggu ketibaan abang saya di pintu itu, Akhi dan Fauzee rileks sahaja berehat duduk-duduk di belakang. Almaklumlah, situasi sekarang macam nak jumpa kawan lama je pun, kan? Maher dah macam kawan dah, so tak kisah sangat. Saya memang kena tunggu di depan ini juga, sebab Adikya kat sini. Saya dah janji sama itu Ummi yang saya akan jaga Adikya elok-elok. Jadi, di sinilah berdirinya saya selama menunggu ketibaan Bro Maher.

Ceh, salah orang..
Pakcik dia kot?

Akhirnya, jejaka bermata kelabu dan berkulit putih serta berkepala licin muncul jua. Dari kejauhan, jelas ku nampak beliau berbaju belang bersama Manager beliau.

Baru keluar penjara kah Maher?
Atas kesalahan membuat orang jadi selalu dengar lagu anda?
^_^


Orang pertama yang sambut beliau, Akhi sendiri. (Selepas Zie) Salam, kemudian peluk Brother Maher. Sejurus itu, Fadzul pula yang memeluk beliau. Suam rasanya kot? Saya merakam detik-detik tersebut. Saya menyuruh Adikya pergi bersalaman dengannya. Maher sambut tangan Adikya dan pegang kepalanya. Hehe.. Malah, daripada pihak yang di belakang Akhi pula, mereka menyanyikan korus Insha Allah sepanjang Brother Maher berjalan ke arah mereka. Ramai yang bersalam. Aku pula sambil merakam dengan kamera kesayangan saya ini, ketika bersalaman dengannya, sempat pula beliau berkata,

Hey you!

Aku membalas kepadanya,

"Wow, you remember me? Haha.."

Adikya di hadapan aku mengambil gambar Maher yang sedang berjalan di hadapannya. Maher rileks sahaja. Ayat yang diucapkan kepada kami semua,

"Apa khabar?"

Sempat juga aku berkata pada nya,

"Ahlan wasahlan"

Brother Maher ingin lalu, jadi kami semua diminta membuat laluan. We have to move. He need to pass away! Haha.. *Pass by, i mean* Sepanjang beliau berjalan ke arah pintu keluar KLIA, ramai yang berebut-rebut untuk berjalan di sebelahnya dan mengambil gambar. Maka, Zie lah yang dipertanggungjawab untuk mengambil gambar mereka tersebut. Saya daripada awal merakam sahaja. Sebab selalu tak dapat rakam. Gambar dengan beliau sudah ada, jadi sekarang nak rakaman pula. Hehe. Saya menyuruh Adikya meminta tandatangan Brother Maher pada buku yang saya berikan. Adikya tergamam di hadapan beliau, jadi saya terus meluru ke hadapannya, dan ketika beliau bersama Adikya, saya memberitahunya,

Adikya : Acik, mana buku??!!

A : That is for my sister
M : Yeah? What's her name?
A : Amalina. A-M-A-L-I-N-A
M : Okay, right. Here you go!
Dalam buku tersebut, ditulisnya

To Amalina
M. Zain


Saya berasa seronok ketika ini, kerana kebanyakan yang meminta tandatangan daripadanya, semuanya mendapat tandatangan sahaja. Namun untuk saya, beliau ada menulis sekali nama untuk siapa. Malah, si Asma' juga mendapat peluang ini, apabila Brother Maher menulis "To Asma' Husna" pada poster beliau. Nampak gaya Brother Maher masih ingat kepada kami. Bagi Asma, mestilah beliau ingat, kerana pernah memberi beliau sepersalinan lengkap Baju Melayu Kelabu siap berbutang. Malah disertakan sekali gelang untuk isterinya. Anda tak tahu pasal Asma' beri baju itu? Bagi sesiapa yang mukanya penuh tanda soal dan agak buat-buat tak nak faham, anda boleh membaca kisah Asma' dan MZ ketika di Maju Junction.

Setelah saya menyimpan buku tersebut, saya pun terfikir idea yang agak best. Mesti punya lah! Idea daripada Aiman Amri. Lalu, saya pun bergerak ke arahnya sambil merakam dengan kamera.

A : Hmm, Maher. Maher!
M : Oh, salam brother.
A : Are you sure you remember me?
M : Of course, man
A : Well, where did you saw me?
M : Huh? Come on, you give me the hat
A : Yeah!! Hahaha..
M : Hahaha

Maher, saya perasan beliau macam kurang senang apabila saya tanya soalan tersebut kepadanya. Maaf brother. Saya tahu seolah-olah saya saya mempersoal pula. (Seolah-olah mempersoal hubungan darah daging kita, hahaha) Tetapi part gelak itu, ramai yang gelak sekali, jadi beliau pun tertawa sekali. Hilang semula rupa kurang senang beliau tadi. Fuh, mujurlah!

Menerima proposal daripada seorang peminat
Good luck, brother!

Setelah itu, Brother Maher keluar dan bergerak menuju ke kereta beliau. Saya mengajak Adikya berjalan ke arahnya (di belakang Brother Maher) Adikya bersalaman dengan dia sekali lagi. Sempat juga patik ambil gambar persalaman berikut woo... Kemudian, Brother Maher pun masuk ke dalam keretanya. Sejurus, kereta tersebut berlalu pergi.

Salam, adikya

Cium tangan

^_^

Kami yang lain-lain terus masuk semula ke dalam. Akhi meminta sesiapa yang percuma (free) untuk berkumpul di Mahkamah Makanan (food court) kerana ada perkara perlu dibincangkan. Saya dan Adikya pergi ke surau dahulu untuk menunaikan solat Zuhur. Setelah selesai, kami bergerak ke tempat mereka berkumpul untuk mesyuarat tersebut.

Bagilah beliau masuk kereta

Perkara yang dibincangkan ialah pertandingan yang akan diadakan tidak lama lagi,

Sing Like Maher Zain Contest

Setelah selesai perbincangan tersebut, semua sepakat untuk ke Alamanda menonton wayang dan berlepak sana. Sekadar bersenang-lenang. Saya dan Adikya bergerak ke Kajang untuk bersama dengan keluarga bahgia~

Oh ya, ketika di Mahkamah Makanan tersebut, Aryn junior mencipta sebuah Tragedi Oktober! Eh, Tragedi Disember! Jangan marah yeh~

GEDEBUSH !

-Aiman Amri-

Nota Ringkas Aiman Amri
Maaf, untuk kali ini kurang gambar. Kerana saya lebih banyak merakam ketika ini. Mahu jadikan bukti segala peristiwa yang berlaku antara saya dan abang Sweden saya itu ^_^

6 comments:

  1. oh tidak! laen kali ckp ATIQAH A-T-I-Q-A-H!
    haha jeles2

    ReplyDelete
  2. huhu okay , jeles dgn adikya ! hehe :P
    siap dpt sign maher ! wuuuwuuu :( haha
    kim salam kt adikya ! ckp aku jeles HAHA ;p

    ReplyDelete
  3. tiqa : ahahaha... xde maknenye...=P

    kalo nak, nanti la bile ko balik :)

    ReplyDelete
  4. mira : eh, jangan salah faham..

    tu Amalina adik aku yang form 4.. die kirim buku suh sain...

    adikya cuma dapat salam je time ni..
    tapi ade time aku kat KL Tower, Press Conference, MZ ada bagi dikya jugak sign..
    tapi siap dengan sedikit ucapan... jangan main2 weh.. haha.

    nantikan post lepas ni plak ;)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts