Tuesday, 21 December 2010

Bantuan Kewangan dan Geran Akademik 1MDB

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, saya sudah berjanji dengan janji saya bahawa saya berjanji yang mengenai janji saya untuk berjanji (sila jangan gila) pada anda semua untuk menceritakan serba ringkas mengenai maklumat yang perlu anda ketahui berkenaan Bantuan Kewangan dan Geran Akademik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Jika anda rasa anda ketinggalan dengan apa yang saya ingin katakan, malah ini kali pertama mendengar perkataan 1MDB, sehingga nampak jelas muka anda kebiruan dan penuh tanda soal di pipi dan dahi anda, maka anda wajib membaca post ini dahulu demi keselamatan manusia sejagat.

1 Malaysia Development Berhad
(1MDB)


Berkenaan 1 Malaysia Development Berhad atau dengan nama manja mereka, 1MDB anda boleh membaca segalanya mengenai mereka di laman web 1MDB

Seramai 300 pelajar lepasan SPM 2009 dan 30 pelajar lepasan STPM 2009 dipilih untuk menerima bantuan kewangan ini. Namun untuk tahun seterusnya, saya tidak pasti sama ada projek ini akan berterusan atau tidak. Malah, jika berterusan sekali pun, jumlah yang dipilih saya tidak tahu menahu. Wallahu alam..

Sekarang, saya ingin menceritakan serba ringkas mengenai projek Pelancaran Bantuan Kewangan dan Geran Akademik ini. Mula-mula, perlu tahu bahawa ini ialah projek di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam. Anugerah ini diasaskan di bawah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Dan anugerah ini hanya diberikan kepada golongan tertentu, iaitu :-

1. Pernah memohon JPA untuk PILN

Masih ingat Program Ijazah Luar Negara (PILN) dahulu? Bagi sesiapa yang memohon JPA dahulu (dan bukannya MARA), dia layak untuk menerima anugerah ini. Namun begitu, beliau mestilah seorang bekas mangsa JPA dahulu, maksudnya yang telah ditolak permohonannya dahulu. Contoh terbaik ialah seperti saya. Saya dahulu memohon di bawah JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (PILN) iaitu Perancis, namun ditolak permohonan saya. Malah, PIDN pun tak dapat (dalam negara). Jadi barulah saya layak untuk dibicarakan di 'mahkamah JPA' sama ada saya layak atau tidak menerima anugerah ini :)

Jabatan Perkhidmatan Awam

2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 10A dalam SPM

Untuk melayakkan diri untuk dipilih menerima anugerah ini, anda perlulah mendapat paling sedikit 10A dalam SPM. Tidak kiralah berapa banyak A+, A mahupun A-. Janji jika anda kira ada 10 kali huruf 'A' dalam slip SPM anda, maka anda layak untuk dibicarakan. Malah, jika anda mendapat 10A-, mahupun 10A+, anda tetap layak menerimanya. Namun jika anda mendapat 9A+ sekalipun, anda tetap tidak layak untuk menerimanya, kerana tidak cukup satu lagi 'A'. Rasanya, boleh lah anda tulis sendiri pakai pen hitam dalam slip SPM anda, tambah lagi satu 'A'. Hahaha.. Tetapi saya tak jamin JPA akan percaya atau tidak.
3. Kehidupan yang sederhana

Alhamdulillah saya dapat. Walaupun keluarga saya bukanlah boleh duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan Bill Gates mahupun Steve Jobb, namun saya tetap bahagia dengan keluarga saya. Kasih sayang yang diberikan Abah dan Ummi, tersangatlah cukup. Jika anda rasa-rasa mak anda ke pasar naik Lamborghini, ayah pula bersenam menunggang basikal titanium dengan tayar hidrogen, dan anda sendiri ke kampus dengan Aston Martin, rasanya boleh saya katakan, jangan mimpilah yang anda akan dapat anugerah ini. Anugerah ini, namanya pun 'Bantuan Kewangan dan Geran Akademik'. Agak-agak kalau dompet anda sudah obesiti, anda layak tak untuk mendapat 'bantuan' kewangan? ^^''

Kenderaan James Bond 007
(saya yakin beliau tak kan dapat bantuan kewangan)
=P

4. Hanya peringkat Diploma atau Ijazah Pertama

Atau nama manja Ijazah ialah 'Degree'. Bagi pelajar persediaan seperti Matrikulasi ataupun Asasi, anda tetap layak untuk menerima anugerah ini. Cuma wang nya hanya akan mula masuk selepas anda memasuki era ijazah ya, bapak? Ibuk? Jadi bawa bersabar kepada rakan-rakan yang mendapat bantuan ini, tetapi masih berada di peringkat hingusan iaitu persediaan (no offense:). Anda tetap layak untuk menerimanya, cuma wang nya akan diberi selepas pendaftaran ke Ijazah Pertama ya?

Sekarang, saya ingin bercerita mengenai nilai pula. Nilai yang dimaksudkan ialah berapa banyak JPA nak belanja anda semua yang terpilih, tidak kira betapa pandainya anda dalam setiap peperiksaan. Semuanya sama sahaja jumlah yang diberikan. Harus tahu bahawa wang yang diberikan, ialah dalam bentuk cek Am Bank. Saya tidak percaya JPA akan datang rumah hantar seguni duit berjumlah beribu-ribu? :P

Bukan seperti ini, tetapi cek yang dipos nanti

Setiap peringkat pengajian anda, akan menerima jumlah wang yang berbeza. Pendek kata, cek yang diterima nanti akan tertulis dengan ayat yang berbeza-beza nanti. Semuanya mengikut jurusan dan peringkat pengajian anda. Malah kategori universiti juga mempengaruhi :)

Peringkat Persediaan (Asasi atau Matrikulasi)
Anda tidak akan menerima sebarang jenis cek atau wang kertas mahupun duit syiling. Apa yang anda akan dapat, ialah sekeping sampul surat bersaiz 3R (rasanya lah) bertulis 1MDB di hadapannya. Dan di dalamnya pula ada sehelai sijil yang mengesahkan anda selaku penerima bantuan kewangan ini. Hanya apabila anda melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah pertama, atau diploma, barulah anda akan mula menerima cek.

Peringkat Diploma
Mereka yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma sekarang, seperti saya, sudah mula menerima cek. Malah, jika terpilih awal, iaitu anda fresh daripada SPM, anda berpeluang untuk naik ke pentas menerima sendiri daripada Perdana Menteri kita. Namun jika anda mengambil diploma selepas persediaan, anda hanya akan menerima cek melalui pos, dan tiada majlis apa-apa kerana majlis sudah berlalu untuk batch anda. Bagi yang naik atas pentas, mereka akan menerima sijil pengesahan bantuan kewangan ini dalam sampul surat bersaiz A4.

Jumlah wang untuk pelajar diploma, ialah lebih kurang RM5,000 setahun. Anda akan menerima cek bernilai RM5,000 dahulu untuk tahun pertama, kemudian apabila anda memasuki tahun kedua, anda perlu mengepos dahulu slip peperiksaan anda kepada JPA dan barulah anda akan diberi cek anda untuk semesta seterusnya. Tetapi, anda hanya akan mendapat RM2,500 kerana bermula tahun kedua, anda menerima cek mengikut semesta dan bukannya mengikut tahun lagi seperti tahun pertama anda dahulu. Kemudian, berterusan proses ini sehingga anda tamat pengajian tahun ketiga. Kesimpulannya, jumlah yang diterima ialah :

RM5,000 + RM2,500 + RM2,500 +RM2,500 +RM2,500
= RM15,000
(Untuk 3 tahun pengajian)

Peringkat Ijazah Pertama (Degree)
Mereka yang sedang menjalani pengajian peringkat Degree, menerima bantuan kewangan lebih banyak. Tidak kira anda memasuki Degree melalui peringkat persediaan dahulu atau diploma. Asalkan anda sekarang di peringkat Degree, anda layak menerima cek yang berjumlah mengikut kadar pelajar Ijazah Pertama.

Cek bernilai RM10,000 akan diberikan kepada pelajar-pelajar Degree ini pada tahun pertama mereka. Kemudian, apabila memasuki tahun kedua, prosesnya sama seperti diploma tadi, melainkan nilai cek sahaja yang berbeza, iaitu untuk setiap semesta, RM5,000. Jadi, setahun ada dua semesta, nilainya RM10,000 lah setahun. Anda faham bukan?

RM10,000 + RM5,000 + RM5,000 +RM5,000 +RM5,000 +RM5,000 +RM5,000
= RM40,000
(Contoh bagi 4 tahun pengajian)

Tetapi, sedikit berbeza bagi mereka yang mengambil jurusan-jurusan kritikal. Hm, baiklah, bukan 'sedikit' berbeza. BANYAK. Kursus kritikal yang dimaksudkan ialah 4 golongan tersebut, iaitu Perubatan (Medic), Pergigian (Dentistry), Veterinar dan juga Farmasi. Jumlah bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar ini pula ialah sebanyak RM15,000 setahun. Apabila memasuki tahun kedua, prosesnya tetap sama, dan setiap semesta diberikan RM7,500.

RM15,000 + RM7,500 + RM7,500 + RM7,500 +RM7,500 + RM7,500 + RM7,500
= RM60,000
(contoh bagi 4 tahun pengajian, kursus kritikal)

Untuk pengetahuan anda, bagi mereka yang menerima bantuan kewangan ini, semua bantuan ini berfungsi selagi mana mereka masih dalam peringkat pelajaran. Sehingga lah mereka tamat pengajian Ijazah Pertama. Jika selepas diploma mereka menyambung Ijazah, maka cek yang diterima pun akan terus bersambung dari diploma dahulu, akan mendapat untuk ijazah pula apabila mereka memulakan pengajian di ijazah.

Dan informasi terakhir, semua wang yang diberikan ini, berbentuk bantuan. Bukan pinjaman atau biasiswa. Bermakna wang ini diberi secara murah hati oleh kerajaan Malaysia, tanpa ada kontrak apa-apa, syarat bekerja atau pembayaran semula. Terima sahaja, ikhlas daripada mereka ^_^

Akhir kata,
Diharapkan kepada semua pelajar yang menerima bantuan kewangan ini, agar tidak membazirkan wang yang diberikan kepada anda. Gunakanlah ia sebaiknya untuk keperluan pendidikan dan pembelajaran anda. Kalau rasa nak pergi makan mahal-mahal, tak perlulah. Tetapi kalau nak pergi juga, ajaklah dan belanja lah saya sekali ^_^

Ok, cheerio~

99 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya adalah salah seorang pelajar Diploma Farmasi yang menerima bantuan ni, saya nak tanya, kalau saya menerima cek sebanyak RM3750, bermakna :

    RM3,750 + RM1,875 + RM1,875 +RM1,875 +RM1,875
    = RM11,250
    (Untuk 3 tahun pengajian)?

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam..

    hari tu naik pentas kan?
    dan time daftar dapat cek bernilai RM3750...

    bermakna, untuk tahun kedua nanti, akan dpt RM1875 untuk satu sem,

    dan YES, benar apa saudari kata itu :)


    nanti kalau saudari sambung degree, akan dpt rm7500 untuk satu sem

    ReplyDelete
  3. bile JPA nk kasik elaun ni ;(

    ReplyDelete
  4. kan dah cakap, JPA dah delete data korang
    =D

    ReplyDelete
  5. salam AIman

    Wah bagus Aiman, bagi informasi untuk kawan2..tengok dah ada org tanya..hehe

    ReplyDelete
  6. saya salah seorang penerima geran akademik tapi saya dapat cek 15 ribu sekali gus...dan mengikut maklumat yg diberikan saya akan diberi 15000 setiap tahun selagi melepasi syarat pointer yg di tetapkan..saya juga penerima Biasiswa JPA

    ReplyDelete
  7. salam. anonymous :)

    alhamdulillah, rezeki dapat kan? =)
    syukurlah.. apa kos ko sekarang? n diploma or degree?

    15,000 tu, maksudnya sekaligus, ko akan dapat rm15,000 setahun.. diorang bagi ikut tahun. macam aku, dpt rm5000 je. ko dpt lagi byk, n duit yang sebanyak tu, setahu aku cuma untuk kos kritikal sahaja. macam medic, farmasi, vet n dental..

    n ko dapat biasiswa JPA jugak? wow.. hebat.. untung alhamdulillah rezeki ko =) ko dapat PILN or PIDN ? sekarang blaja kat ne

    ReplyDelete
  8. hai saya bekas pelajar asasi yg akan buat degree ujung tahun ni. n sy pn dapat bantuan kewangan tu. tp mcam mana nk inform jpa bile sy da dpat buat degree nanti? pliss..

    ReplyDelete
  9. oh senang je.. anda boleh hubungi mereka.. call melalui hp, atau kalau rajin, boleh ke putrajaya dan jumpa sendiri mereka untuk inform benda nih.. tapi make sure ada la bukti nya, macam surat tawaran untuk masuk ke degree u tertentu.. baru la ada bukti yang ko betul2 masuk degree =)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    nak tanyer, bantuan ni diberikan jugak ker kalaw kite nk buat degree kat IPTS?? or bantuan ni cume untuk IPTA je yer ? ;)

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam.. bantuan ni diberikan kepada sesiapa yang terpilih. Dan, selagi mana dia masih belajar (degree or diploma) selagi tu bantuan kewangan ni akan diberikan.. tak kira belajar IPTA or IPTS..

    nak bukti? sy sekarang belajar IPTS. tapi dapat je RM5,000 setahun :)

    ReplyDelete
  12. wahh bagoslaa,congrats..;) tapi kan kalau yuran kat IPTS kite tu smpai RM200,00 ,bantuan kewangan ni cume tanggong sampai RM60,000 jer? yang laen kene gune duet kite sendiri yerrr..?

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.. thanks :)

    yes. mereka support, tak kira brape yuran kita.. mereka bagi nilai yang fixed.. yuran kita, pandai2 la setel lagi lebih2 tuh, kalau duit JPA bagi tak cukup :)

    ReplyDelete
  14. Ohh oke ok
    sy da dpat ofter letter untuk degree.
    cmne nak anta kat jpa ye? xde alamat pon.ke kene faks? n kene anta ape2 lg x,mcm no akaun bank ke? plish plishhhhh

    ReplyDelete
  15. hmm.. cube emel kepada orang yang jaga 1MDB nih.
    nama dia Nurul Idashafura, idashafura.hatta@jpa.gov.my

    rasanya kene scan offer latter tuh, then emel la pada dia.
    tanya je sume pada dia. tanpa segan silu dia akan tolong jawab.
    dia yang jaga kita =)

    ReplyDelete
  16. salam...

    you're good you know.

    saya yang dapat bantuan ni pun tak tau.

    but they say, they gonna give us RM7500 for one year.

    i really don't mind how much they gonna give. how much it'll be it still will help us a lot, especially for me.

    but my question is, how i'm gonna inform the JPA that i've got the call from the U if they keep passing over the call from one to another when i call them? it's not me exactly, but my father. not even one of them ask my name. it been two days, and they're doing the same thing with the same words, "oh, yang dana 1mdb tu ye. sekejap ye saya cari maklumat". we've called a day before. do i have to go to putrajaya to settle this?

    i'm not angry. i should not be. i'm grateful they will provide us some money for my studies but i'm dissapointed with ways of work.

    ReplyDelete
  17. salam, aiman.
    saya cuma nak tanya balik je..
    sebab ada orang cakap untuk critical course, satu tahun adalah RM7,500.. dan bukan satu sem 7,500...
    err...
    mana yang betul eh??
    and dia kata kalau dapat JPA PIDN, kita tak layak terima bantuan kewangan 1MDB lagi..

    ReplyDelete
  18. rara : wassalam =)

    alhamdulillah, dpt tau ni pun pasal pergi majlis die aritu. die citer panjang lebar. balik terus sy update kat sini, senang nak share ngan orang =)

    ok camni. susah sgt, terus berurusan dengan orang yang jaga bahagian student2 yang dpt 1mdb nih. boleh emel pada beliau,
    idashafura.hatta@jpa.gov.my

    boleh cerita kat dia apa masalah, insha allah die leh tolong
    selama ni sy berurusan dengan die, melalui emel je.
    untuk update tempat blajar, result untuk semester, dan sebagainya.

    try. kalau x dpt jugak, contact sy balik kat sini. insha allah sy try fikir cara lain. atau sy tolong tanyakan ke.. =)


    (xperlu ke putrajya lagi. setel melalui tenet dulu)

    ReplyDelete
  19. azri aliah : wassalam =)
    hmm.. cuba pastikan dengan dorang. sebab time majlis aritu dorang sendiri cakap rm7,500 se semester. means rm15k setahun. xtau la kalau tukar ke.. cuba konfemkan dengan dorang balik =)

    n pasal PIDN tu, memang la. sebab dah dpt bantuan jpa yang lain, xkan bantuan lagi satu dpat jugak kan? mesti lah satu je. =)

    ReplyDelete
  20. salam... is there any possibilities to get scholarship jpa n bantuan ni at the same time???

    ReplyDelete
  21. wassalam.. nope, there's not. because the person who were selected to receive this bantuan kewangan are the person who got rejected from receving the jpa scholarship. in other words, if you went to the interview, and you were rejected, then you are qualified to receive this bantuan kewangan.. (but, after you're being selected)

    ReplyDelete
  22. but the most incredibly, i never apply for jpa... i got rejected from MARA. but alhmdulillah, my pray to god has been approved..

    ReplyDelete
  23. wow seriously? this is my first time of hearing this. Alhamdulillah ^___^

    i never thought someone from MARA would be able to get this bantuan kewangan too.. Congrats! ^__^

    ReplyDelete
  24. but i guess it is for excellent students around the country..

    ReplyDelete
  25. i think so. if it is true, alhamdulillah..
    cause I don't think I'm a great student =)

    ReplyDelete
  26. saye dpt bantuan geran ni utk spm 2010...tapi sye x dtg majlis penyampaian tu..dioarg kte surt tawaran 2 akn diposkn ke rumah..tapi sampai skrang x de lg..taun lepas cmne?brape lame? seminggu?sebulan? bile ye?

    ReplyDelete
  27. Bila surat tawaran Geran Akademik 1 Malaysia akan diposkan ke rumah bagi mereka yang tidak hadir pada majlis penyampaian 4 Oktober lalu?

    ReplyDelete
  28. anonymous (both) : cuba call JPA, bahagian ini. Tanya mereka. Rasanya mesti mereka akan bagi jawapan nya =)

    boleh ambil no dorang daripada laman web JPA tuh sendiri.

    ReplyDelete
  29. emm ade kmungkinan x yg bukan ambik 10 sbjek dlm Spm tuk dpt geran akademik ni? n then yg dpt surat smpai ke rumah tu kene isi borang lg..means x cnfirm dpt lgla erk?

    ReplyDelete
  30. anonymous :

    hm. x pasti la. rasanya nak 10A jugak. xtau la tahun ni berubah ke. kalau yang tahun aku dulu, die nak 10A gak. tiap2 tahun tukar (tahun ni baru ke 2)

    oh surat mintak info diri tu eh? dah konfem dpt la tu rasanya. sebab time aku gi majlis kat PICC aritu pun, die suh tulis info2 pasal diri dalam satu borang, untuk rekod dorang.

    surat tawaran kalau dah dpt (time tahun aku, die letak dalam envelope putih kulit keras, kat depan tulis besar2 1MDB)

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum.. ^_^

    nk tnye, bg yg asasi yg dpt bntuan ni,
    plu x kte isi borg tue bl msuk degree nnti?
    ke kte plu isi skrg?
    sbb surat tue bru sampai..:)

    ReplyDelete
  32. Waalaikumussalam

    oh perlu2... kena isi cepat. ;)
    secepat yang boleh..

    time sy majlis haritu pun, sebelum masuk dewan die suh isi dulu borang tuh, penting tu senang nak contact n dorang nak follow up kite punye pendidikan

    ReplyDelete
  33. wow, byk jgk bantuan 1MDB ni.
    tahniah kpd sesiapa yg dpt bantuan ni.. :D

    nak tnya, bantuan ni kira biasiswa ke?
    & brp CGPA yg dperlukan utk kekal dpt bantuan 1MDB ni setiap tahun?

    ReplyDelete
  34. Anonymous : Alhamdulillah.. banyak juga. rezeki ;)

    kalau biasiswa, ada kontrak, kena kerja dgn JPA ke, ape ke. tapi ini bantuan kewangan semata-mata. memang dia bagi duit free-free, tak perlu bayar, tanpa kontrak apa-apa.

    dan pasal CGPA tu saya tak pasti. Rasanya takde kot minimum. Atau atas syarat dia ke. Saya tak pasti pasal ini. Maaf ;(

    ReplyDelete
  35. owh..bg free2 je..Alhamdulillah, rezeki kan.. :)

    kalo xde kot minimum bgus jgk..sbb risau JPA nk 3.5 or above..hehe..
    thanks a lot for the information.. :)

    ReplyDelete
  36. helo Mohammad Aiman, senario sya pon sama ngan Anonymous tu, sbb x dpt hadir majlis penyampaian tu krn hadir kelas kat college. Lps tu, sya dpt surat 1MDB tu dan borang info pelajar. Soalan sya, borang info pelajar tu kena kirim blk kpd pihak jpa? Lewat x jika kirim skr?? Reply saudara/saudari amat dihargai.

    ReplyDelete
  37. adakah borang info pelajar tu mesti kirim balik kpd alamat rasmi ni? Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya

    ReplyDelete
  38. Anonymous yang tanya pasal minimum CGPA dan duit :

    alhamdulillah,, rezeki Allah bagi. syukur lah. duit agak penting time belajar ni. so hargai betul-betul la. belajar elok-elok =)

    ReplyDelete
  39. Anonymous yang tanya pasal hantar surat lambat :

    lewat, memang lewat dah. saudara/i batch 1mdb mana satu eh? meaning, saudara/i ni terima tawaran 1mdb ni, time tahun 2010 atau 2011?

    sama ada mereka terima atau tidak, saudara/i cuba tanya direct pada pihak mereka. nah saya bagi email, try tanya secepat mungkin. OK?

    NURUL IDASHAFURA BINTI MOHD HATTA


    email dia, tanya. sebab dia antara yang bertanggunjawab untuk uruskan pelajar yang dapat 1mdb ini.

    insha allah, semoga membantu ;)

    ReplyDelete
  40. anonymous yang tanya pasal alamat untuk dikirim.

    Sila confirm kan dengan Nurul Idashafura itu ya?
    Saya dah bagi email beliau kat komen atas.
    Terima kasih..

    Semoga membantu, insha allah..

    ReplyDelete
  41. ku penerima 1mdb tahun 2011.

    ReplyDelete
  42. ku penerima 1mdb 2011

    ReplyDelete
  43. Anonymous :

    Wah. tahniah ;)
    Batch kedua rupanya.. ^_^

    ReplyDelete
  44. lewat ke x kirim info pelajar, ssb ku 1mdb batch kedua?
    mcm mane ku tau dorang dah terima suratku??

    ReplyDelete
  45. bantuan 1mdb ni tak termasuk yuran2 pengajian kan?
    sebab Nurul Idashafura ade bg tau yg ni cuma bantuan utk support perbelanjaan shja.

    & kadar setahun utk ipta & ipts brbeza..
    utk ipta kdar setahun dy ckp RM 7500(utk kritikal & bkn kritikal)

    lg 1, dy ade bg tau kadar setahun utk diploma & ijazah sama je, xde beza..betul ke?

    ReplyDelete
  46. anonymous : tak tau la pula pasal tuh. tak cakap pun yang dorang terima dah surat ko. try la call, tanya dorang :)

    fireice : a'ah x termasuk yuran pengajian. diorang bagi duit, pastu pandai2 kita manage sendiri nak bagi camne duit tuh. guna untuk apa.

    oh tak tau pula ada beza. saya kat miat dapat rm5000 setahun (IPTS)
    kawan sy ada sorang belajar kat mesir untuk degree, die dapat rm8000 setahun. alhamdulillah.

    eh ye ke? time introduction 1MDB kat putrajya dulu, die ada cakap degree dan diploma lain harga. macam kiteorang die bagitau aritu (bukan nurul idashafura) JPA cakap yang kalau macam saya, diploma sekarang rm5k setahun, bila masuk degree nanti rm10k setahun.

    wallahualam, tak tau la pula takut2 berubah ke polisi sume nih.

    ReplyDelete
  47. ahhhh... ku matilah kali ni... nurul idashafura x balas e-mel ku ni!! mcm mane nak buat? call terus ke? atau terus tunggu??!

    ReplyDelete
  48. @Mohammad Aiman, nak tanya ni..
    kalo kita nk extend 1 or 2 semester time degree..kita akan dpt or tak bntuan kewangan ni masa sem tambahan 2?

    lg 1, kalo dh dpt Bantuan Kewangan ni, leh x kita apply Biasiswa JPA?
    & after we get the Biasiswa JPA, bntuan kewangan ni kita still lg dpt or dy reject bntuan kewangan ni?

    ReplyDelete
  49. Anonymous 1 :

    Tak balas? Hmm. Try je lah call, atau emel lagi sekali. Dia tu busy tuh hahah.. takut tak perasan ada email

    ReplyDelete
  50. Anonymous 2 :

    Hmm.. Untuk extend semester itu, tak silap saya TAK. dorang cuma bayar ikut tempoh pembelajaran yang macam dalam surat tawaran. sebab itu mereka nak surat tawaran.

    Yang kedua, itu saya tak pasti. Perlu rujuk pada mereka la rasanya..
    tapi tak silap saya, (saya tak pasti ni)
    biasiswa lain, bantuan kewangan ini untuk mereka yang tak dpt biasiswa tuh..

    means, time kite apply untuk biasiswa luar negara, then tak dapat.. maka melayakkan kita untuk dipilih masuk ke list bantuan kewangan ini..

    kirenya bantuan kewangan ini ialah untuk mereka yang jadi mangsa reject biasiswa, mcm saya. lebih kruang camtu la.

    tak silap saya lah. jangan percaya bulat2, rujuk kembali pada mereka ;)

    Taktau lah tahun ini punya rules camne. lain ke, sama ke..

    ReplyDelete
  51. Nk tanya...kalau dapat bantuan ni, blh x saya apply JPA PIDN bila nk masuk U nti. currently i'm a matriculation student...

    ReplyDelete
  52. Anonymous : Salam..
    Hm.. Maaf saya tak tau sangat. Ini perlu tanya pada mereka..

    ReplyDelete
  53. yang ni mmh konfirm dpt ker asl je dpt msuk U gtu eh?

    ReplyDelete
  54. Missi Yna :

    JPA akan pilih dulu, berdasarkan keputusan SPM pelajar.

    ReplyDelete
  55. tak, maksud saya .. saya mmg pnerima utk spm 2010. yg kmusykila nya skrg, kalau kita msuk U, duit tu akn dterima laa?

    ReplyDelete
  56. JPA asked me to open an account at Bank Islam...but the article says students will receive cek AmBank? *confused*

    ReplyDelete
  57. Missy Yna :

    Oh. Itu maksudnya. A'ah. Kalau kita dah diplih awal-awal time penerimaan tu, maksudnya mereka dah menunggu kita masuk U je, untuk bagi duit tuh :)

    Ada dipilih kan?

    ReplyDelete
  58. Vee :

    Really? As far as I know, memang pakai Bank Islam. Tapi student will receive cek AmBank, tak pernah dengar pula. Format baru kot?

    Macam saya sekarang, saya dapat CASH direct Bank In daripada JPA ke akaun BANK ISLAM saya.

    ReplyDelete
  59. Aiman Amri:

    Thank you for the info.That solved my doubt.
    I sent my BANK ISLAM account info to JPA. :)

    ReplyDelete
  60. Vanitha :

    Good! :)
    Now i think you should just wait for their response ;)

    ReplyDelete
  61. assalammualaikum, adakah kita tidak perlu mengambil bantuan ptptn sekiranya sudah dapat bantuan kewangan ini???/

    ReplyDelete
  62. Can i get this 1MDB and PTPTN loan at the same time?

    ReplyDelete
  63. Anonoymous :

    Waalaikumussalam... Bergantung la. Kalau nak ambil juga PTPTN, ambil lah. tiada larangan..

    ReplyDelete
  64. Waalaikumussalam, Anonymous PTPTN :

    Rasanya boleh. Sebab PTPTN tu sebagai loan sahaja. Sedangkan 1BDM ini lebih kepada bantuan kewangan dan tak perlu bayar kembali..

    ReplyDelete
  65. assalammualaikum, bagi anda, adakah bantuan kewangan ini cukup untuk menampung pembelajaran ijazah selama 4 tahun sekiranya tidak mengambil ptptn?.....
    kalau boleh, x nak la berhutang...
    maaf saya tanya kalau2 anda tahu

    ReplyDelete
  66. boleh bertanya, macam mana kita nak hantar dokumen yg diminta melalui emel, seperti slip kptsn spm, salinan kad pengenalan, and etc????
    sebab dia kata x boleh hantar melalui pos laju?

    ReplyDelete
  67. Syaref :

    Waalaikumussalam.. Hmm. Dapat course apa? Bagi saya, macam cukup je.. Untuk sara hidup la. Kalau untuk bayar yuran rasanya tak cukup. Try la tengok berapa bayaran yuran untuk satu tahun, kemudian tengok berapa banyak 1MDB untuk satu tahun. Kalau dapat cover, alhamdulillah :)

    p/s :
    Saya pun tak suka berhutang :)
    bagi saya, kalau boleh elakkan PTPTN. Kerana ada unsur riba'..
    Tetapi dengarnya, ada sistem baru ni, syariah compliance, jadi saya tak tau la untuk sistem baru ni, diterima Islam atau tidak..

    ReplyDelete
  68. Anonymous Dokumen :

    Salam.. Scan je :)
    Tak susah pun. Kemudian atatch semua dalam satu folder, email la :)

    ReplyDelete
  69. salam...mksd ny kt akn rm 7500 untuk setahun (2sem) klu dh msok degree eh? stu lg, kt akn dpt duit tu a few months bfore msok degree ke cmner? :)

    ReplyDelete
  70. Qeela :

    Wasalam. Yes. Dapat setahun sekali.. Masuk degree dulu baru akan dapat duit tu..

    ReplyDelete
  71. Salam, Aiman Amri.

    Saya dh dpt bntuan ni utk 1 sem...
    so, mcm mane prosedur utk sem akn dtg??
    kita kena inform kt JPA ape2 tak??

    ReplyDelete
  72. Wasalam :

    Hmm tak perlu. Nanti mereka akan contact kita ;)
    Selepas cukup setahun, means tahun depan, duit akan diberi automatik. saya, dia suruh buat bank islam, kemudian nanti duit JPA automatik masuk setiap tahun :)

    ReplyDelete
  73. hello. nak tanya adakah geran ini minta maintain result x? klau ada, berape pointer?

    ReplyDelete
  74. hello. nak tanya 1 mdb ni ada minta kena maintain pointer berape x? tq =)

    ReplyDelete
  75. Sinroy93 :

    Hello. Setahu saya, tiada :)
    Tapi better bagi cemerlang lah. Tak 4 flat pun takpe, janji cemerlang, lingkungan 3.0-4.0 juga la ye :)

    ReplyDelete
  76. oh. lebih lega la sikit. haha. tq! =)

    ReplyDelete
  77. sinroy93 :

    Orait no hal.. welcome :)

    ReplyDelete
  78. tym sy pegi pnympaian 1mdb dlu,dy ade ckp yg cgpa pny qualificati0n sme ngn student yg dpt biasswa jpa..wallahuaalam ;)

    ReplyDelete
  79. Eh? Wow. Bunyi nya macam susah.. :P

    ReplyDelete
  80. macam mana kalau saya belajar di swasta, dan kos pengajian melebihi RM10000. 1MDB akan tetap bagi 10000 sahaja ke setiap tahun?

    ReplyDelete
  81. Anonymous :

    Yes.. Sama sahaja wang diberikan, tak kira yuran harga berapa pun..

    ReplyDelete
  82. Berapa lama lepas kita email dokumen yang diperlukan baru akan kita mendapat bayaran tersebut?

    ReplyDelete
  83. Berapa lama lepas kita email dokumen yang diperlukan baru akan kita mendapat bayaran tersebut?

    ReplyDelete
  84. Isaac :

    Hmm itu saya tidak pasti. Selalunya setiap bulan 10 dapat duit. Tak ingat pula waktu awal mula-mula dapat dulu macam mana.. Minta maaf :(

    ReplyDelete
  85. saya sem 3 skunk,,,tp tuk sem tiga bantuan x masuk lagi,,da puas tunggu,,seakan2 malas nk pikir,,ble lar nk masuk nie,slalunyer ok jer masuk

    ReplyDelete
  86. Sem tiga? Setahu saya bukan dapat ikut sem. tetapi iku tahun. Sebab bantuan ini tahunan. Bukannya sem-nan

    apa-apa pun better saudara update dengan mereka. call mereka. tak guna bagitau saya, sebab saya bukannya kerja JPA haha

    ReplyDelete
  87. halow,
    sy skrg amik degree 1st yr sem 1,sy dpt tawaran 1 mdb tu & dah terima rm3750,then,sy mdpt kelulusan biasiswa Jpa untuk sem 2,klu sy terima biasiswa Jpa tu maknanya sy kena reject 1mdb tu & pulangkan duit rm3750 tu ke?ataupun just go on with both of em?..tq

    ReplyDelete
  88. Liyah :

    Salam. Eh tak.. Kalau dapat JPA, ambil sahaja lah. Yang 1MDB ini memang hadiah wang daripada JPA, melalui 1MDB

    Maksudnya. ambil sahaja dua2 ;)
    Satu ialah biasiswa. Satu lagi ialah hadiah wang :)

    Alhamdulillah saudari dapat rezeki luas ;)

    ReplyDelete
  89. Hi Just to share, statements from email of the incharge of 1MDB :

    1. "Jika pelajar menerima biasiswa penuh dari mana-mana agensi kerajaan /swasta, bantuan kewangan 1MDB akan terbatal dan jika pelajar telah mendapat bayaran semester 1 bantuan kewangan 1MDB, pelajar tidak perlu memulangkan kembali wang tersebut."

    2. "Bagi pelajar yang telah mendapat biasiswa penuh dari mana-mana agensi/biasiswa JPA ,sila maklumkan kepada saya dengan membuat surat rasmi penolakan bantuan kewangan 1MDB. Ini kerana pelajar tidak dibenarkan mendapat lebih dari satu tajaan.


    So I think those who got 2 offers know what to do.

    ReplyDelete
  90. See? now there's a good answer ;)

    thanks jasmine ^_^

    ReplyDelete
  91. salam,,imdb tu mmg akan masuk setiap taun secara otomatik ke?
    ta perlu anta ape2 dokumen ke kt diorang setiap abes sem o taun?

    ReplyDelete
  92. Junkyboy : Wasalam..

    Dia ada suruh buat Bank Islam tak ?
    Kalau ada, nanti duit terus transfer masuk situ je.

    Kalau x ada, perlu contact mereka, macam mana proses kemasukan duit nanti. Kalau time first2 dapat duit, mereka bagi cek. lepas2 tu baru ikut bank

    ReplyDelete
  93. hi, nak tanya sikit. kalau saya ni lepasan stpm masih blh dapat bantuan ni untuk degree i kan??..i dpt leter masa tgh buat lower six..so i decided to go on with it and use it later for my degree..tp bila tgk u stated asasi,diploma n matriks je, i rasa cemas..

    ReplyDelete
  94. hi, nak tanya sikit. kalau saya ni lepasan stpm masih blh dapat bantuan ni untuk degree i kan??..i dpt leter masa tgh buat lower six..so i decided to go on with it and use it later for my degree..tp bila tgk u stated asasi,diploma n matriks je, i rasa cemas..

    ReplyDelete
  95. Hi.. Saya kurang pasti pasal ini. Dah try contact mereka ?

    ReplyDelete
  96. assalam. sy dah try call num kat atas tu. tapi tak dapat2. ada num lain ke? thanks

    ReplyDelete
  97. assalam. saya dah try call num yg diberi kat atas, tapi tak dapat2. ada num contact lain tak? thanks

    ReplyDelete
  98. The Seeker :

    Oh saya tak tahu nombor lain. Sorry.
    Cuba call no official JPA, dan mintak disambungkan pada pihak 1MDB itu

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts