Tuesday, 16 November 2010

Sekitar 15 November 2010 (Part 1 - Birthday Eve)

Tick! Tock!
Tick! Tock!

Bunyi detikan jam jelas kedengaran di dalam bilik 02-02-02 blok Putera 2 di Hostel MIAT. Walaupun jam saya jenis digital, saja nak tulis juga detikan, nak bagi suspens sedikit, haha.. Berbalik pada kisah tadi, dalam 'detikan' tersebut, saya menanti penuh mengharap..

Allahu akbar! Allahu akbar!

Tamat sudahlah waktu solat Asar untuk hari ini.. Maghrib kini menjenguk jendela. Serta-merta saya mengucapkan alhamdulillah, syukur. Masih hidup dan kini telah meninggalkan nombor 17 dalam biodata mengenai umur saya. Hello 18 tahun! (dah tua dah saya rupanya, walaupun rupa masih muda bergaya *koff* ) Selepas selesai solat maghrib, saya melayan perasaan sebentar di atas katil, mengimbas kembali kenangan-kenangan lama.. Rindu benar dengan rakan-rakan dan guru-guru di sekolah bintang. Hmm.. Kemudian, sedar tak sedar, pejam celik pejam celik (walaupun saya cuma kelip-kelip mata tadi) sudah isyak rupanya.. Solat lah pula isyak seperti biasa..

Tepat jam 9.16 malam, seorang rakanku menghantar pesanan ringkas, masuk ke peti masuk telefon bimbit saya. Dengan ucapan selamat hari jadi, bersama kiriman doa-doa untuk saya selama hidup di dunia dan akhirat.

Semoga sentiasa dihujani kasih sayang Allah
Semoga sentiasa diberi ketabahan hati dalam menghadapi ujian Allah
Semoga terus dipanjangkan umur untuk terus menyampaikan dan menyebarkan

Semoga Semoga semangat jihad dalam diri tak pernah padam

Aiman Amri sudah semakin tua


T_T Terharunya..
Lelaki popular memang begini eh?
Menerima ucapan dari seluruh dunia pula nanti, wah!
=P

Kemudian, seorang pula rakanku, Hana D menghantar mesej melalui Muka Buku, memberi pautan ke blog beliau. Apabila sahaja saya buka, WAH! Spesial post untuk saya. Terharu sungguh. Mahu melihatnya? Klik sini

Syukran Hana, for the post

Rakan sebilikku pula menghantar mesej melalui Muka Buku juga, walaupun ketika itu dia berada di sebelah katilku. Selepas sahaja saya membaca mesej tersebut, kulihat rakanku itu, dia sudah mula solat Isyak. Wahaha.. Pemalu sungguh Anas ini.
.
Hepi Besday,
smoga pnjng umur,murah rezkki dan...
dpat apa yg dihajti. x snggup ucap trus.
(saya pemalu orgnya) hehe...jgn tngok aku.hahaha

Eleh-eleh malu-malu kucing pula =P

10.05 malam. Saya mendapat mesej dari Maher Zie di Muka Buku,

Ouh man~ ak tak sggup nk tggu k0l 12. x)
sbb, nk tdow. penat. sok mawu bgun awal. ade projek nk kne siap kan.
haih! papepon, SELAMAT HARI LAHIR yg ke-18. kan?
ak maen tibai je. kalo ko abes SPM tahun lepas (17), so taon ni 18 la kan?
hee~ smoga pnjg umor dan di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. AMIN! :) InshaALLAH. :)

Thanks Zie (iklan Colgate)

Saya melayan kisah Naruto sebentar malam itu. Kira-kira pukul 10 lebih, Hani menelefon saya, menyuruh saya menyiapkan esainmen Electrical Fundamental. Dia, dan rakan-rakan lain berada di bilik lukisan MIAT. Saya mengambil barang-barang dan membawa bersama komputer riba percuma dari Streamyx, menuju ke arah bilik tersebut. Malam itu, sambil saya menyiapkan kerja tersebut, 10.22 malam, Adikna pula menghantar pesanan ringkas.

Kalo ikut islam, lepas maghrib dah masuk hari baru.
So, 'Hepi Befday Ir Aiman!'


Thank you sayang~

Dalam kira-kira 11.52 malam pula, Aisyah kanak-kanak SEMASHUR menghantar pesanan ringkas Maxis

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu Allah
selamatkan AIMAN AMRI
Allah selamatkan kamu
Happy bday and semoga panjang umur dan murah rezeki.
Goodluck in everything. Sory awal sangat sebab telalu semangat :D

Dey! Good luck SPM 2011

11.59 malam pula, Syakira pula masuk melangkah,

Happy birthday AIMAN AMRI :)
May you will be blessed with abundance of happiness, love and wealth.
Just want you to know that I seriously treasure our friendship and hoping that it would last
:) Zatil Syakira

Thanks Sya! Really appreciate it

Pada minit yang sama, 'kembar'ku Aisyah dari KUIS menghantar sesuatu,

*BeeP* *BeeP*
1 Message received

Opening...

Happy Birthday!

Kembar saya, pasal birthday sama

11.59 malam juga, sebuah pesanan ringkas masuk lagi, amatlah kelakar.

RM0.00 Taylor's University College would like to wish you Happy Birthday
*wahahaha*


Berkemungkinan besar, jam saya rupanya yang lambat satu minit.

Tepat jam 12.00 malam pula, tiba-tibaku terdengar alunan yang amat menyentuh hati.
.
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,

Happy birthday to Aiman Amri,
Happy birthday to you !

Wah ! Merci beacoup,
Hani, KK, Yana, Ira, Amar !
*pipi kaler sirap*

Mereka nyanyi ramai-ramai rupanya dalam kelas itu, hihi.
Lelaki popular la katakan..
(bak kata Inche Gabanna, *sila muntah hijau*)

Hani, KK, Yana, Ira

Amar, kawe daghi Kelate

12.00 malam juga, Angah pula menghantar sesuatu,

Selamat hari jadi ye? Tiket Harry Potter tu kira hadiah hari jadi la ye.
Hehe.. Esok angah nk pg KYUEM lepas waktu kerja
sbb ada ceramah ustaz Hasrizal. Nak ikut?

Terima kasih tiket wayang free!

12.03 malam, Amar menghantar pesanan ringkas (walaupun dalam satu kelas ketika itu. Pemalu dia ni)

Happy bufday:-)

12.13 malam pula, 'kakak' saya, Yana Bakri (kakak kepada Fadhil) mesej ke Maxis saya.

Happy birthday! May Allah bless will always be with u ;P

12.17 malam, Saffuan rakan sekelasku pula menghantar pesanan ringkas,

Ketiak masam
Kakipun masam
Walaupun kao masam, kita akan tetap jadi kawan sampai bile2=>

HAPPY BIRTHDAY AIMAN!
Moga pnjg umo mura rezki n dberkati slalu :-)

Alololo.. Comelnya

12.21 malam, Aman pula mengetuk peti masuk Muka Buku.

Man , Happy Birthdayy
May Allah Always Be With Youu
Dan kau happy2 Laa Selalu !
Kau dh
officially Matang ! hahaha

Man ucapkan terima kasih pada Man!

Seronoknya malam ini.. Saya telefon pada Yana Bakri sebentar, hanya bertanyakan khabar (free). Sembang-sembang. Kemudian minta dia kirim salam pada Ayah dan Ibu dan Fadhil *sigh*

Kemudian, saya dan rakan-rakan dalam kelas tadi bersurai, menuju ke kedai Pak Hassan kat depan MIAT, untuk makan malam.. Saya ikut sahaja, nak minum air (ehem, dahaga. Tekak kering. Banyak sangat ucap terima kasih. Aiman kan budak baik *uhuk*)

Saya pesan limau ais, sambil itu aku telefon pada Aisyah kanak-kanak SEMASHUR. Saja bertanya khabar, sekadar mengkey cap. Kawan lama lah katakan.. Sempat juga berbual-bual mengenai pelajaran, FIZIK, dan SPM yang bakal dia hadapi tahun depan.

"Good luck eh, kau boleh nye potong aku"

KK menawarkan diri untuk belanja saya makan. WAH! Seronok nya! (Ketika ini, diri bagai nak tercabut kepala sebab darah menyirap naik ke otak *hyperbola*) Saya apa lagi ! Pesan makanan yang paling mahal kat dunia ini. Wohoho..

Iaitu.......

*Drum roll please*



NASI GORENG BIASA
(minus the egg and the vege)

Fikirkanlah. Aiman Amri yang baik gila ini *uhuk* , nak menghabiskan duit kawan? Takkanlah. Pesan nasi yang paling murah cukuplah. Seganlah nak minta yang paling tak murah. Jadi, makanan berharga RM3.00 sudah cukup. Apa-apa pun, terima kasih KK ;)

Setelah habis makan, apabila tiba masa untuk pulang masuk semula ke MIAT, apabila saya nak membayar air limau ais tadi, seorang hamba Allah ini berkata bahawa dia dah tolong bayar. BELANJA? Wah! Terima kasih banyak-banyak Yana! ^^

Sekadar hiasan :)

Kami pun berjalan pulang. Hani masih di sana, kerana menunggu sekali dengan rakannya. Dalam perjalanan pulang itu juga, baru saya perasan. Ada pesanan ringkas dari Hani, jam 12 lebih-lebih.

Fr hes a jolly gud fella !
Hepy bday man. Cheers~

Maaf Hani. Saya tak perasan. Patutlah ketika di kedai tadi, dia macam ada benda nak cakap. Sorry.. Apa-apapun, terima kasih atas ingatan ikhlas =)Suka betul dengan lagu yang dia buat itu dulu kala.

Fr hes a jolly gud fella
^_^

Saya pulang ke bilik saya sendiri, dan menghantar mesej maaf kepada Hani. Yalah, tadi dia ada sekali untuk buat esainmen, dia yang ingatkan saya untuk siapkan esainmen yang saya buat-buat lupa, dan bila saya dapat sahaja telefon percuma? Saya terus tinggalkan kerja-kerja yang patut dibuat =.='

Apa-apapun, malam ini seronok!
Terima kasih banyak-banyak, rakan-rakan
Thank you very much, pals
Syukran jazilan
Merci beacoup, tout le monde
Really appreciate it,
uhibbukum fillah!
^_^


9 comments:

  1. sweet 18 aiman :)
    Hope all your dreams come true
    and luck may not leave you !

    ReplyDelete
  2. Thanks kuniy!

    Insha allah!
    Same goes to you~

    Meaning of Aiman = The lucky One =)

    ReplyDelete
  3. selamat menambah umuq, jgan pula umuq bertambah, amal makin berkurang

    ReplyDelete
  4. imanshah : terima kasih.. insha allah tak.. =)
    semoga amal naik cam umur naik.. xkan turun, insha allah..

    sama2 la kita ya?

    ReplyDelete
  5. besar betul gambar aku kau letak tu ha. haha

    ReplyDelete
  6. Wahhhhhhh siap letak gambar lagi HAHA .
    Thanks for the encouragement about facing the 'beloved' SPM next year and jangan disebut subjek P*****S tu XD

    Thanks anyway and may Allah bless you always . Amin

    ReplyDelete
  7. hana : haha.. xde la besar sgt =)

    aisyah : biase la tu.. huhu..
    and really good luck for the spm..

    may Allah bless us always =)
    insha allah

    ReplyDelete
  8. ak nye msg xletak?
    mahal tu msg dari mesir tuh
    hahahaa

    ReplyDelete
  9. sabar deh?
    ko nye wish tu, muncul time hari jadi aku..
    post yang ni, bday EVE.. menjelang hari jadi aku..
    the grand event x masuk lagi tuh.. =)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts