Friday, 12 November 2010

Projek 15 November

Assalamualaikum..

Anakku, lama ayah tak update dirimu wahai anakku, Aiman-kisah.. Sepi rasanya dunia maya ini, tanpa hadirnya manusia yang bergelar Aiman Amri, si blogger yang best *koff koff*

Okay-okay, geli lah dengar ayat itu. Apa-apa pun, saya nak minta maaf kepada semua peminat-peminat saya yang berlambak dan bertimbun kat luar sana. Yang setiap hari menanti saya untuk update post baru, namun hampa hati mereka apabila blog saya tetap sama, langsung tiada simptom-simptom akan di'update'

Kehidupan di MIAT yang semakin sibuk lagi tak lapang, seringkali mengunci jari daripada untuk selalu 'atas tarikh' atau nama sedap sikit, up date. Hehe.. Peperiksaan Midterm yang baru sahaja habis baru-baru ini, kini terasa sesaknya bila teringat bahawa Final pula bakal menjelma lebih kurang 2 minggu sahaja lagi..

Setakat ini, rasanya yang perlu kumpul markah banyak-banyak sekarang, ialah subjek : -
  • Material & Hardware
  • Electrical Fundamental
  • Physics & Aerodynamic
  • Technical Mathematics
  • Aviation English
  • Islamic Study
Ok, saya tahu saya tak pandai. Pendek cerita, senarai yang saya tulis tadi, itu ialah semua subjek yang saya ambil. Puas hati? =.='

Saya kini sedang bertungkus lumus, dan sedaya upaya untuk menceraikan sebentar dengan Akhi Muka Buku dan juga Akhi Bentuk Spring. Kedua-dua saudara saya ini amat saya sayangi, kerana melalui merekalah saya dapat menyampaikan risalah, ilmu, dakwah, bergelak tawa sendirian di hadapan laptop, sehingga mampu digelar gila oleh sesiapa sahaja yang menonton diri saya ketika itu. Rasanya boleh tonton saya sambil makan bertih jagung.



Ini ialah nama samaran mereka dalam dunia maya ini

Namun saya sedar, peperiksaan yang semakin menghampiri, itu lah yang patut saya tekankan sekarang, dan jangan risau. Memang sekarang saya sudah mula membaca, meniti dan menatap penuh penghayatan buku-buku yang ada. Walaupun saya boleh kata, kelemahan masuk U ini, apabila susah dan sukar untuk mendapatkan latihan yang boleh diguna pakai. Tetapi bak kata orang yang dah tak muda dah,

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Usaha tangga kejayaan
(atau mungkin dah boleh mula guna eskalator, dunia dah maju)

Ok, cukup. Kat MIAT tak belajar Bahasa Melayu, jadi, tak mengapalah. Bagi kali ini, saya ingin berkongsi sedikit perkara atau mungkin banyak? Perkara yang ingin saya utarakan kali ini (selatankan pun boleh) ialah mengenai....


Jeng Jeng Jeng..

*tambah muzik sedikit*



HARI JADI saya yang semakin menampakkan rupa bentuk badannya. Hehe. Mungkin ramai yang tidak tahu bila hari jadi saya, dan saya tak salahkan mereka. Kerana bukanlah kewajipan untuk ambil tahu hari jadi saya, walaupun saya ini ialah lelaki yang amatlah popular *huk huk*

Saya ini, jenis yang suka sangat malah terlalu lalu suka wish atau ucap hari jadi pada kawan-kawan saya.. Tetapi, bukan melalui Akhi Muka Buku.. Saya lebih suka kalau saya hantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit, atau surat, atau sebagainya. Bagi saya, saya nak jadi manusia yang istimewa ucap pada mereka, dan dengan harapan mereka akan berterima kasih dan mendoakan saya. Sekaligus, rakan-rakan saya akan berasa senang dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidup mereka. Di samping itu, kalau perempuan, mesti terpikat habis dengan Abang Aiman ni kan? Ngeh hehehe.

*Okay, berhenti. Kalau abah ummi baca ini, tak balik la saya cuti raya aidiladha nanti*

Kalau kawan saya itu ialah kawan saya yang sangat-sangat baik dengan saya, seperti yang sering membantu saya, menolong saya, membantu saya (eh? dah cakap eh?) menjadi tempat saya berseronok, tempat luahan hati dan lokasi untuk saya menyumbang air mata untuk disiram rumput-rumput di tanah dan sebagainya. Mereka inilah insan yang bertuah, kerana saya ialah kawan mereka (Aiman ini memang P.E.R.A.S.A.A.N. kan?) Kadang-kadang, saya akan belikan hadiah untuk mereka, atas segala jasa dan kenangan mereka pada saya, tidak kira lelaki atau perempuan, mahupun junior, senior atau seumur. Saya amat-amat menghargai rakan-rakan sebegini (yang semestinya bukan sebegitu)

Hadiah yang saya berikan pula, selalunya saya akan cari yang kena pada rasa saya.


Pertama
Benda tersebut mestilah yang tidak akan habis penggunaannya. Bermakna, kepada kaum kerabat makanan dan minuman memang saya lari awal-awal. Takkan saya beri hadiah sebegitu pada rakan-rakan saya. Kerana, benda yang saya beri, akan hilang juga akhirnya. jadi, kurang enaklah rasanya. Kurang minat begitu.

Kedua
Saya tak mahu beri barang atau benda atau apa sahajalah manusia panggil, yang hanya dijadikan perhiasan. Seperti bingkai gambar foto, batu-batu perhiasan yang diletak atas alamari, atau sebagainya. Macam tak seronok lah. Sebab, barang itu hanya dijadikan perhiasan. Siapa tahu, satu hari nanti akan berhabuk dan berbakteria atau kuman, siapa tahu kan? Dah la susah nak dapat barang daripada Aiman Amri, kemudian, hanya dijadikan tempat kumpul habuk, bukan begitu?

Namun, sesetengah perhiasan saya boleh terima, seperti gelang wanita, rantai leher wanita, cincin lelaki atau wanita, atau anak patung kanak-kanak yang masih tak matang, atau rakan seumur saya yang masih kebudak-budakan (berbeza dengan Aiman Amri, yang sangat matang, muka serius, jarang berlawak, jarang mengenakan orang, befikiran jauh berwawasan, senda gurau yang hanya perlu, lagi lagi lagi... Ala, ada lagi! Apa ek?)

Pendek kata, saya boleh terima jika perhiasan itu mereka akan selalu tengok dan lihat, malah pegang dan belek (jangan pula sehingga menjilat di saat ibu lambat masak nasi) Seperti barang kemas, berkemungkinan besar, mereka akan sering terpandang atau sengaja pandang alat kemas tersebut, dan secara gear automatiknya mereka akan ingat pada saya ,yang telah beri barang itu. Kalau mereka doakan? Wah, seronoknya saya. INGAT. Ini hanya pada wanita. Lelaki haram memakai barang kemas begitu, kecuali cincin selain emas.

Ketiga
Saya amatlah berminat sekiranya hadiah yang saya berikan, ialah barang yang mereka akan sering guna. Seperti buku yang akan selalu dibaca, atau dompet yang akan dipakai, tali pinggang, beg tangan, seluar, baju, topi, dan sebagainya yang sememangnya tak perlu kajian saintifik bahawa penggunaannya amat kerap dalam kehidupan ini.

Kesimpulannya, saya suka ucap, beri hadiah pada rakan-rakan saya, terutama rakan saya yang paling rapat dalam hidup saya, iaitu ibu bapa dan adik beradik saya, insha allah ^_^

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah hilangkan atau bahasa omputeh, HIDE tarikh hari jadi saya pada Akhi Muka Buku. Kerana apa? Anda serius mahu tanya saya kerana apa? Tolong jangan paksa saya untuk beritahu anda. Tidak! Jangan! Alamak! baiklah! Anda dah merayu sangat ingin tahu kenapa, terpaksalah saya..

Sebenarnya telah lama saya perhatikan, pada senarai 'Birthday' dalam Akhi Muka Buku, maka di situ orang ramai akan ucap, mungkin berpuluh-puluh atau beratus-ratus ucapan yang akan diterima. Pada pendapat saya, kuantiti banyak, tapi kualiti? Memanglah orang akan kata, lebih baik ada daripada tiada kan? Tetapi, saya bercakap jauh dari sudut hati saya yang amatlah suci ini (nak batuk? jangan)


Muntah anda melayan kerenah Aiman Amri

Saya nak orang ucapkan hari jadi saya, kerana mereka ingat dan tahu, bukannya kerana tengok pada Akhi Muka Buku mahupun curi-curi tengok dan jeling kad pengenalan saya. Ok, yang curi tengok tu diterima, kerana mereka semangat nak tahu. Cuma yang sedang saya tekankan sekarang, mengenai rakan-rakan yang hanya ucap kerana ternampak di Akhi Muka Buku? Aduh, macam tak ikhlas bunyinya. Tetapi apa-apapun, tetap terima kasih kepada mereka. Kerana masih ringankan jari untuk tekan-tekan dan picit-picit kekunci laptop atau desktop anda. Terima kasih. Bak kata Pak Arab, syukran jazilan.

Oleh sebab itulah saya sorok atau HIDE tarikh hari jadi saya di Akhi Muka Buku. Saya nak ucapan yang betul-betul ikhlas, insha allah.. Dan saya juga akan kunci dinding saya di sana, supaya kalau-kalau ada orang nak ucap sesuatu pada hari jadi nanti, mereka akan hantar melalui mesej. Dan kalau tak berkesempatan untuk atas wayar, boleh sahaja mesej ke telefon bimbit saya. Kan?

Tak ada apa-apa, sekadar hiasan

Kerana apa? Sudah! Sudah! Jangan buat muka macam kucing minta ikan! Tolong lah... Hmm. Baiklah, nak tahu juga, baik lah, saya menyerah kalah. Sebabnya, jika ada orang yang memang tahu birthday saya, mereka akan ucap di dinding saya. Nanti orang akan perasan atau ternampak (sengaja atau tak sengaja, ramai yang suka buka halaman Muka Buku saya, uwek) Nanti ada yang akan turut tumpang untuk ucap. Saya mahu yang betul-betul tahu, dan benar-benar niat nak ucap pada saya, jadi saya harap mereka ucap di peti masuk Muka buku saya.

Anda tak boleh salahkan saya sebab buat begini, ini hak saya. Nak kata saya tak bersyukur? Cakaplah, saya bukan dengar pun. Macam lah saya macam Kyle XY atau Superman yang boleh dengar jarak jauh. Katalah nak kata apa, tapi mengaku sajalah, yang idea ini menarik kan? Saat inilah untuk saya ketahui, siapa yang benar-benar mengetahui hari jadi saya. Haha..

Idea ini timbul ketika saya berbincang dengan roomate saya, yang tahun depan akan jadi blockmate (harap-harap tidak akan jadi cellmate, mahupun soulmate!) Lelaki comel chubby dan gebu rupanya. Buntat nama diberi, tetapi orang panggil Amir.

Oh ya, lupa nak beritahu..

Sempena hari jadi saya tahun ini, Maher Zain Malaysian Fan Club akan mengadakan gathering pertama mereka, sambil menyambut hari jadi peminat kesayangan Maher Zain di Malaysia. ngeh hehe.. (tolong jangan muntah)

Dan juga sempena hari jadi tahun saya tahun ini, persatuan Seni Silat Cekak Malaysia MIAT juga akan mengadakan jamuan akhir tahun mereka, tepat pada tarikh hari jadi saya, terima kasih. Ngeh hehehe (lagi sekali, jangan muntah ya?)

Saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua manusia di bumi ini yang

Ingat pada saya
Doakan saya
Sayangkan saya
Selaku teman yang setia
Cintai saya sepenuh hati yang ikhlas
Sering mentarbiyah diri saya untuk menjadi insan yang lebih mulia dari semalam

dan juga saya sangat-sangat mendoakan anda semua, terutama keluarga tersayang saya yang berada di

Berhampiran Hotel Blue Wave
Tepi The Store Sungai Buloh
Berhampiran Esso Bukit Jalil
Belakang Sogo Kuala Lumpur
Tepi kari Manipal India
MRSM di bandar (dulu tepi gunung lenggong)

dan khas teristimewa pada
yang
ada depan televisyen setiap masa selain waktu sekolah


Semoga anda semua dipanjangkan umur
Sihat sejahtera Diberkati Allah
Dan dirahmati Nya sentiasa

Insha allah..

Sekian, terima kasih.
Tolong jangan menangis teresak-esak kerana post saya sudah tamat.

Tahan kesedihan anda


10 comments:

  1. booooo aiman booo
    muntah darah ak bace.hahaaa
    :)

    ReplyDelete
  2. sila kesat kembali darah anda..
    haha

    ReplyDelete
  3. *cough* *cough* What the.. is this blood I'm coughing out right now? Oh God-

    ReplyDelete
  4. aiman tulisan kecik sgt. sakit mata baca.. huhu..

    keep up the good job anyway! ;)

    ReplyDelete
  5. karakoza : haha...gud2... in your will, remember to name me for your MP4. hehe

    gabbana : eh? sebab sy amik tulisan Luicida.. memang camtuh. ok, nanti sy edit..
    (atau mata gabbana yang dah lanjut usia? kan uncle? haha)

    ReplyDelete
  6. mak ayah bapak..panjang nya..ni entri balas dendam ka anak oi

    ReplyDelete
  7. sannah helwah =) Semoga panjang umur dan murah rezeki.Allah yubarik fik,inshaAllah =)

    ReplyDelete
  8. imanshah : haha.. panjang ke? biase je.. ilek sudah..

    amal : syukran! may Allah bles us always, insha allah =)

    ReplyDelete
  9. :)
    18 tahun 2 hari . sanah helwah , sekadar menjengah nak wish semoga terus giat dalam menjalankan amal ibadah dan menjadi insan yang soleh lagi musleh .^_^

    ReplyDelete
  10. aishaa : thanks.. syukran jazilan =)

    insha allah... that du'a goes to both of us, insha allah =)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts