Tuesday, 23 November 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows, Part 1 (Novel vs Filem)

Assalamualaikum semua!

Berjumpa lagi kita kali ini dalam blog ini yang sedang mengutip populariti seperti kanak-kanak yang sedang mengutip kerang-kerang di tepi laut. Namun, bukanlah populariti yang ku kejar, tak lain dan tak bukan ialah perkongsian ilmu dengan anda semua.. Yang cool, kacak dan bergaya belaka ! Bagi yang perempuan, yang comel comel lotte kesemuanya, insha allah :)

Okay, sebelum saya mula melalut ke arah jalan yang lain, seperti papan tanda LENCONGAN di tepi jalan yang anda selalu nampak, kali ini, saya ingin memberi sedikit feedback, atau sedikit komen (banyak kot?) mengenai aktiviti saya pada baru-baru ini di Midvalley tepat jam 11.30 pagi bertarikh 18 November 2010, 3 hari selepas saya berumur 18 tahun. Hehe.. Aktiviti tersebut ialah,

Harry Potter and The Deathly Hallows
^_^

Pertama sekali, terima kasih kepada Inche Akmal a.k.a. Angah yang membelanja saya ke wayang ini, sebagai hadiah hari jadi saya baru-baru ini. Siapa kata dia kedekut, langkah mayat saya dahulu. Saya saksi dia pemurah, heh

Mengenai filem ini, saya ingin membuat laporan bertulis lengkap mengenai pendapat saya untuk filem ini. Filem ini ditunggu-tunggu oleh berjuta-juta pembaca dan peminat setia Harry Potter, hasil karya Akak Rowling.

Dalam filem ini, ada beberapa bahagian atau babak yang saya perasan, sedikit berlainan seperti yang ada dalam novel asalnya. Namun, ia bukanlah masalah besar, kerana adegan atau bahagian tersebut hanyalah memainkan peranan yang kecil dalam cerita tersebut. Tetapi saya tetap tak puas hati (in a good way) Nak cakap juga kat sini apa yang lain. Heh. Inilah Aiman Amri

PERTAMA
Okay, bagi peminat Harry Potter, semua sudah sedia maklum, wizards and witches under 17 tahun tidak boleh menggunakan sihir mereka ketika luar waktu sekolah, atau lebih mudah, ketika mereka melepak di rumah menghabiskan roti mak ayah (saya tak pasti yang Non-Muggle makan apa. Tetapi saya yakin, yang Muggles makan roti, pizza, spageti dan lain-lain. Tak mungkin mereka makan thosai) (Muggle : Orang biasa, bukan golongan sihir)

Pada beberapa malam sebelum hari jadi Harry (ada persamaan dengan saya kan?:) Kingsley Shicklebolt, Tonks, Remus Lupin (Moony), Mad-Eyed Moody dan segala kaum kerabat yang ada sekali ketika itu (pendek kata, geng-geng Auror yang sertai The Order of Phoenix) (Auror : Golongan Ahli Sihir hebat yang seperti askar atau pejuang ahli sihir untuk melawan kejahatan) datang berkunjung ke rumah Harry Potter sebelum tarikh buka sekolah.

Dalam novel
Rumah nombor 14 di Privet Drive itu dikunjungi oleh mereka, dan keluarga Dursley masih ada di rumah tersebut. Malah, Uncle Vernon bising-bising dan agak menyampah dengan kedatangan mereka. Namun untuk keselamatan keluarga dia juga, dia diam sahaja. Ketika ini juga, dia diterangkan oleh The Order of Phoenix (TOOP) mengenai kekuasaan Voldermort yang semakin mempunyai sifat Directly Proportional, dan akan mengancam keselamatan keluarga Dursley. Jadi mereka dimaklumkan mereka perlu berpindah, dan tidak sesekali akan berjumpa dengan Harry Potter selepas ini. Pendek kata, Harry perlu menganggap keluarga dan rumah itu bukan lagi rumahnya untuk menghilangkan Charm tertentu (sihir pengesan kalau-kalau Harry ada menggunakan sihir ketika summer) (Charm : Sihir)

The Order Of The Phoenix's members

Ketika inilah pembaca dapat 'melihat' Dudley yang agak sedih dengan pemergian Harry (haha, sebab pernah selamatkan dia dahulu, dan juga sebab hilang teman nak buli) Bahagian ini agak sedih kerana menggambarkan keluarga yang tidak gemar dengan The Boy Who Lived ini, namun pada saat akhir ada sedikit perasaan kasih sayang antara satu sama lain :)

Dursley family

Dalam filem
Apabila kamera menunjukkan suasana Number 14 Privet Drive sebelum kedatangan TOOP, penonton ditunjukkan bahawa Dursley family sudah bersiap berkemas untuk berpindah daripada rumah itu, meninggalkan Harry keseorangan melayan blue (sedih) di rumah itu. Malah, apabila geng-geng TOOP sampai, mereka semua langsung tidak berjumpa dengan Dursley family. Sepatutnya, bahagian ini perlu ditunjukkan, kerana ketika inilah juga, Harry akan diterangkan cara-cara untuk menghilangkan sihir pengesan pada nya, agar nanti tidak kantoi untuk menggunakan sihir. Penonton boleh naik pelik apabila melihat Harry selamba katak menggunakan sihir-sihir untuk melawan Death Eaters (pengikut setia Voldermort) sepanjang perjalanan perpindahan tersebut.

Harry Potter

KEDUA
Ketika Polyjuice Potion (Jus yang membolehkan manusia bertukar rupa sebijik seperti tuan/puan punya bahan-bahan DNA, seperti rambut, kuku, kulit dan sebagainya) yang mengandungi rambut Harry (semua nak menyamar), 6 orang yang akan menyamar itu akan meneguk air tersebut sebelum proses penukaran rupa badan tersebut.

Dalam novel
6 orang tersebut akan meneguk jus tersebut dari gelas sendiri. Malah saya masih ingat Ron berkata,

"Wow, your juice looks tastier and more delicious than Gobbe and Doyle's"

Ronald Weasley

sebab jus Harry berwarna pekat keemasan, tidak seperti Gobbe and Doyle yang berbau hanyir, berwarna seperti lumpur yang anda kena ketika bermain bola waktu hujan.

Dalam filem
Bahagian ini dipotong, dan jus tersebut dipamerkan sedang dikandung oleh bekas keemasan (tak nampak dalam)

KETIGA
Ketika proses perpindahan tersebut, Harry-Harry dikejar oleh Death Eater, di mana sekor-sekor ingin menangkap Harry.

Dalam novel
Salah seorang Death Eater yang sedang melawan Harry, Harry ada menggunakan satu sihir untuk mencabut tongkat sihir dari tangan lawannya, iaitu Expelliarmus (Sihir untuk buat tongkat pengguna tercabut dari tangannya). Dengan inilah, Death Eater tersebut mengetahui bahawa Harry yang di hadapannya ketika ini, ialah Harry yang sebenar, dan Voldermort terus datang ke arahnya setelah diberitahu dan Apparate (teleportasi muncul) ke kawasan berhampiran. Kerana Harry jenis yang berhati suci dan mulia yang jenis tidak sanggup mencederakan orang lain, jadi menggunakan Expelliarmus

Dalam filem,
Adegan ini dipotong, diubahsuai dengan penerbangan Hedwig (burung Harry) ke arah Harry, untuk menyelamatkan nyawa Harry. Namun, adegan sebegitu tetap tidak membuatkan mana-mana Death Eater menjadikan itu sebagai sebab bahawa itu ialah Harry yang sebenar. Atau, apa yang ingin saya sampaikan, slot mengenai Death Eater dapat tahu mana Harry yang sebenar sehingga menyebabkan Voldermort terus datang ke Harry yang sebenar, tidak ditunjukkan *sigh*


KEEMPAT
Dalam dunia sihir, tiada sihir yang mampu membuatkan manusia itu mengapungkan dirinya tanpa bantuan tongkat sesiapa, malah tongkat sendiri sekalipun. Lebih kurang, bagi mereka, manusia memang tak boleh terbang.

Dalam novel
Tetapi, dalam novel tersebut, Voldermort dipaparkan mampu terbang, ketika dia datang untuk mengejar Harry yang sebenar. Atas dasar itulah menyebabkan semua TOOP terkejut besar dengan kuasa Voldermort yang mampu membuat sesuatu yang mustahil. Dia terbang! Ni ha, Akak Rowling nak tunjuk yang Voldermort ini manusia yang hebat gila, melampau-lampau hebatnya. Para Death Eater pula ketika ini semuanya menggunakan penyapu terbang masing-masing untuk mengejar Harry-Harry sekalian.

Dalam filem
Mak aih! Semua Death Eater terbang ketika mengejar Harry Potter. Malah, Voldermort yang Apparate untuk sertai dengan Harry yang sebenar pun, nampak seperti seorang yang sama pangkat dengan Death Eater yang lain. Tak nampak hebatlah bro! Dalam filem Harry Potter sebelum-sebelum ini pun sama. Semua berebut-rebut nak terbang depan kamera.

KELIMA
Charles Weasley akan berkahwin dengan gadis pilihannya (saya tak pasti Charlie atau Bill) Ketika ini ada majlis tari-menari (ball) dan dihadiri oleh macam-macam orang, termasuk orang tua perempuan kawan kepada Rita Skeeters, bercerita mengenai keterukan dan kepoyooan Albus Dumbledore yang sebenar.

Dalam novel
Ketika majlis perkahwinan tersebut, Harry meneguk sejumlah besar Polyjuice Portion dengan menyamar sebagai seorang muggle yang berambut merah, dan mengaku sebagai saudara jauh bau-bau bacang Weasley family. Yalah, mana tahu ada Death Eaters yang ada sekali dalam majlis tersebut. Untuk keselamatan~

Dalam filem
Wah wah wah! Sempoi sahaja Harry datang masuk ke majlis tersebut. Dengan berpakaian yang sempoi, muka yang toya, berjalan dengan selamba, duduk bersama orang tua tersebut. Berani la kamu, Harry!

KEENAM
Harry, Hermoine dan Ron apparate bersama ke rumah nombor 13, iaitu rumah Black family dahulu, diwariskan oleh Sirius kepada anak angkatnya, Harry. Mereka hidup di rumah tersebut untuk masa yang agak lama, terpaksa memakan yang kurang menyenangkan daripada Kreacher, dan dengan lukisan yang bising-bising di ruang tamu. Ketika inilah mereka mengetahui siapa RAB yang sebenar, dan mula mencari loket tersebut di rumah itu, sebelum mendapat tahu bahawa Mundungus yang curi loket tersebut daripada Kreacher.

Hermoine Granger

Dalam novel
Ketika disoal siasat, Mundungus menceritakan yang loketnya diambil oleh Dolores Umbridge. Dia tidak mengetahui siapa nama wanita tersebut, jadi dia menerangkan dengan menceritakan kegemukan wanita tersebut. Dan dari situlah Harry teringat kepada Umbrige. Kemudian, Kreacher diberikan loket tersebut oleh Harry (tak mengapa, yang palsu) dan hidup-hidup mereka selepas itu di rumah itu menjadi lebih mudah, dengan Kreacher jadi rajin gila, masak sedap dan sebagainya, kerana mendapat loket tuannya dahulu. Oh ya, lupa pula. Loket yang dimaksudkan itu sangat cantik, bulat keemasan, dengan lambang 'S' ular berwarna permata hijau.

Salazar Slytherin's Locket

Dalam filem
Mundungus ternampak wajah Umbridge pada satu muka surat khabar yang berterbangan di rumah tersebut, dan menunjukkannya pada Harry, dan dari situ Harry tahu bahawa wanita yang dimaksudkan ialah Dolores Umbridge (mungkin Umbridge dalam filem tak cukup gemuk kot, sebab itu mereka ubah sedikit penceritaan bahagian ini) Dan bahagian di mana Kreacher mula berubah dan menyukai tuan barunya, dipotong. (tak best lah, nanti penonton akan pelik ketika klimaks, kenapa Kreacher sangat menyokong Harry ketika perang di Hogwarts, di mana dia mengetuai serangan pihak House-elf terhadap Death Eater yang ada di Hogwarts)

KETUJUH
Harry dan Hermoine Apparate ke Godric's Hollow, di mana mereka singgah ke perkuburan yang tertanamnya tubuh Lily Evans dan James Potter, serta pengguna pertama Elder Wand, Ignotus Peverell.

Dalam novel
Harry dan Hermoine tiba ke perkampungan tersebut, dan di situ mereka ada ternampak bekas-bekas perlawanan Potter family dengan Voldermort satu masa dahulu. Ada bekas-bekas letupan rumahnya, tidak dibaiki, malah ada yang menconteng nama-nama mereka serta sedikit ayat motivasi untuk Harry, yang tertulis pada sebuah tugu peringatan (seorang lelaki berkaca mata dan wanita, bediri memegang seorang bayi lelaki kecil tinggi di atas tangannya). Benda-benda inilah yang mengharukan Harry dan mengkobarkan semangatnya untuk melawan segala kesedihan dan kejahatan. Kemudian, mereka didatangi oleh Bathilda Bagshot yang membuat Harry mengikutnya pulang ke rumahnya. Ketika di tingkat atas rumah tersebut, Harry diserang oleh Nagini (ular kesayangan Voldermort) yang menyamar menjadi Bagshot tersebut. Selama berjumpa dengan Harry tadi, dia berparseltongue (berbahasa ular) dengan Harry, tanpa disedari Harry sendiri.

Dalam filem
Tugu itu tidak ditunjukkan, kesan perang itu pun tidak ditunjukkan. Malah, tulisan-tulisan yang memotivasikan Harry untuk tidak mengalah juga tiada dalam babak ini :( Juga, tidak dinyatakan bagaimana mereka berdua mengetahui rupanya Nagini menyamar menjadi wanita tua tersebut. Tidak disebut rupanya Harry berparseltongue, dan mengapa Hermoine langsung tidak faham apa yang dikatakan wanita tersebut.

KELAPAN
Harry pernah mengutip serpihan cermin kecil, yang membolehkan Harry melihat ke tempat lain, sebagai contoh ke Dumbledore's office. Cermin itulah yang ditayangkan sebiji mata biru milik Aberforth Dumbledore (abang Albus) , yang disalahsangkakan oleh Harry sebagai mata Albus. Ini berlaku ketika Harry meminta tolong kepada mata tersebut, ketika dia dan Ron, bersama tawanan yang lain (Ollivander, Luna Lovegood) di cellar (bilik bawah tanah) rumah Malfoy.

Dalam novel
Harry pernah memegang cermin tersebut ketika mereka melarikan diri jauh daripada majlis perkahwinan sebelum ini. Harry menatap cermin tersebut penuh mengharap dan penuh kesayuan dan kerinduannya kepada Albus.

Dalam filem
Dia tetap ada memegang cermin tersebut, menatap dan sebagainya, cuma tidak dinyatakan itu cermin apa. Seolah-olah, penonton sudah diberitahu dulu itu cermin apa. Aiyak, David Yates? (pengarah filem ini) Care to speak? Heh.

KESEMBILAN
Harry, Hermoine dan Ron berkunjung ke rumah Lovegood family, mencari Xenophilius Lovegood untuk bertanya mengenai rantai yang dipakainya ketika di majlis perkahwinan tersebut, yang mempunyai simbol The Deathly Hallows. Ketika ini, Harry dan rakan-rakannya didatangi oleh Death Eaters, atas 'pelawaan' Xeno sendiri, kerana anaknya Luna diculik oleh Death Eaters.

The Deathly Hallows symbol

Dalam novel
Mereka berada di tingkat atas. Dan Xeno di bawah sedang merayu kepada Death Eaters bahawa dia tidak menipu, dan Harry Potter benar-benar berada di atas. Dan Hermoine pula sengaja belum Dissaparates kerana menunggu masa yang sesuai untuk berbuat begitu. Harry dan Ron pula marah-marah suruh cepat. Dan akhirnya, Hermoine meletupkan lantai mereka berada, dan ketika itulah Death Eaters memandang ke arah mereka di udara yang sedang jatuh ke bawah sehingga Death Eaters itu telah nampak Harry, dan terus Dissaparate (teleportasi hilang) sebelum mereka jatuh mencecah ke lantai. Ini bagi membuat supaya Death Eaters itu percaya Xeno bahawa Harry memang berada di dalam rumah itu ketika itu. Dengan kata lain, Hermoine telah selamatkan nyawa Xeno agar tidak dibunuh kerana menipu bahawa Harry di situ (kalau Death Eater naik dan tengok, Harry dan rakan-rakan dah tiada)

Dalam filem
Babak ini tidak ditunjukkan dan kedatangan Death Eater hanyalah berterbangan (sekali lagi, mereka boleh terbang *sigh*) di kawasan udara rumah Lovegood family dan bermain mercun letup-letupkan rumah Lovegood. Mereka tak masuk pun lagi, Harry and the gang dah Dissaparate. Jadi, apa nasib Xenophilius?

KESEPULUH
Apabila berada di rumah Malfoy, Bellatrix Lestrange ternampak pedang Godric Gryffindoor bertatah delima merah itu, dalam tangan salah seorang Snatchers itu. Ketika ini, dia memekik-mekik marah, bagaimana pedang itu boleh berada di situ sedangkan pedang itu telah disimpan rapi dalam vault nya di Gringrotts Bank (bank ahli sihir).

Godric Gryffindoor's Sword

Dalam novel
Bella menyeksa Hermoine, apa lagi barang yang diambil daripada vault nya (tanpa mengetahui bahawa pedang dalam vault itu palsu, dan berada di situ adalah yang original) Hermoine menjerit-jerit memberitahu bahawa yang di hadapanya ketika itu ialah yang palsu. Harry dan Ron dikurung bersama tawanan lain (Ollivander, Luna) dalam bilik bawah tanah rumah tersebut. Bersama juga seorang goblin yang bernama saya-tak-ingat. Dan ketika ini, dari serpihan cermin tersebut, Harry ternampak mata biru Aberforth (abang Albus Dumbledore) yang disalah sangka sebagai mata Albus, yang telah menghantar Dobby untuk membantu mereka. Bella meminta dipanggil goblin tersebut kerana hanya mereka yang boleh mengenal pasti mana yang original dan palsu. Harry meminta tolong goblin itu untuk menipu Bella bahawa pedang itu memang palsu. Dan syukur alhamdulillah :P goblin itu bekerjasama menipu Bella. Dan barulah Bella lega kerana menyangka pedang yang original masih berada di dalam vault nya.

Dalam filem
Bahagian Hermoine diseksa ada, tetapi tidak diberitahu bahawa penyeksaan dengan Cruciotus Charm (Sihir menyeksa lawan) sebaliknya hanya torehan di pergelangan tangan Hermoine. Dan, goblin itu tetap dipanggil, cuma tiada babak di mana Harry memintanya supaya menipu mengenai pedang tersebut. Kemudian, tujuan dipanggil pun lain. Goblin itu dipanggil hanya kerana Bella ingin tahu sama ada ada berlaku pecah atau rompakkah di Gringrotts Bank dan adakah barangnya yang lain dicuri keluar dari vault nya.

KESEBELAS
Setelah itu, goblin itu dibenarkan balik ke bilik bawah tanah tersebut, dan ketika inilah Dobby Apparate untuk datang menyelamatkan Harry dan rakan-rakan. Dan Harry meminta Dobby membawa lari Dissaparate bersama Luna, Ollivander. Kerana Dissaparate mengeluarkan bunyi KRAK, ini menimbulkan syak wasangka oleh Malfoy family. Jadi, Wormtail (Peter Pettigrew) ditugaskan untuk check keadaan semasa.

Dalam novel
Ketika Wormtail menuruni tangga tersebut, Harry dan Ron bersembunyi di tepi pintu, dan setelah Wormtail masuk, mereka terus menyambar tongkat tersebut dan bergocoh bergomo dengan Wormtail agar dia tidak bising. Kemudian, apabila situasi Wormtail hampir menguasai keadaan, kerana ketidaksampai hati dia untuk membunuh Harry, tangan peraknya yang dikurniakan oleh Voldermort kerana membantu menghidupkannya semula dahulu, telah mengkhianati tuannya sendiri dan terus mencekik leher Wormtail sehingga kehilangan nyawanya. (Wormtail tak lah jahat sangat kan?)

Dalam filem
Ketika Wormtail menuruni tangga tersebut, Harry dan Ron tetap menyorok di tepi pintu, (mana tahu ubahsuai, mereka menyorok di depan pintu pula kan? Heh) Apabila wormtail hampir habis menuruni tangga tersebut, Dobby mengenakan sihir saya-tak-tahu-sihir-apa-sebab-houseelf-kebanyakannya-guna-sihir-tanpa-menyebut-ayatnya terhadap Wormtail sehingga dia pengsan. tetapi tak mati? Aduh, baik pula David Yates kita ini.

Dobby, the House-Elf

KESEBELAS
Setelah Harry menyambar 3 tongkat sakti (wand) dan Ron mendapatkan Hermoine dalam perlawanan di rumah Malfoy family itu juga, Dobby Apparate kembali semula ke situ untuk menyelamatkan Harry dan rakan-rakan. Kemudian, dia Dissaparate semula membawa bersama Harry, Ron, Hermoine dan goblin tadi, dan juga bersama pisau yang dibaling oleh Bella.

Dalam novel
Mereka terus Apparate ke suatu kawasan berdekatan dengan rumah Bill (tak silap saya lah. Atau Charlie, saya tak pasti. Selalu tertukar mereka berdua) di Shell-apa-entah. Sedar sedar, rupanya sebilah pisau tertusuk di dada Dobby, yang akhirnya mati di atas pangkuan Harry. Bill/Charlie datang untuk membantu mereka setelah mereka Apparate tadi. Kemudian, Harry memberitahu dia mahu menggali kubur Dobby tanpa menggunakan sihir, dan setiap peluh yang menitis itu sebagai untuk membayar Dobby kerana telah menyelamatkan mereka semua tadi. Perlakuannya diperhatikan oleh goblin tadi dari tingkap rumah Bill/Charlie. Kemudian, perlahan-lahan setelah jenazah itu dimasukkan ke liang lahad, Bill/Charlie menggunakan sihir untuk mengalihkan semua tanah menimbus lubang tersebut. Setelah bacaan talkin dan sedikit doa (hehe), Harry mengambil sebiji batu sebagai batu nisan dan mengukir sesuatu di atas batu tersebut.

Here Lies Dobby
tak-ingat-ayat-kedua

Dalam filem
Dobby tetap mati, tertusuk pisau di dadanya, namun tempat mereka Apparate tadi, bukanlah berdekatan rumah Bill/Charlie, tetapi in the middle of nowhere. Tetapi masih lagi di tepi laut. Namun kedatangan Bill/Charlie dan isterinya ke arah mereka untuk membantu tawanan berehat di dalam rumah mereka, tiada dalam babak kali ini. Malah, pengukiran Harry ke atas batu tersebut juga tiada.. Sedih Akak Rowling nanti..


Itu sahajalah yang dapat saya tangkap sepanjang filem ini berlangsung, dan juga sepanjang saya membaca novel tersebut pada satu masa dahulu. Maaf kalau ada tersilap, sengaja mahupun tak sengaja. Maaf panjang sangat :P Insha allah, kita bertemu lagi untuk post yang lain pula. Doakan saya Final Examination minggu hadapan. Assalamualaikum..



p/s :
Oh ya, saya dah ingat nama Goblin itu.
Namanya Griphook. Tetapi saya malas
nak tukar semula di atas. Banyak sangat
kena tukar, jadi anda faham ye?
Terima kasih..

14 comments:

  1. best..best..dan best (^_^)thanx aiman...da rase mcm duk dlm dunia harry potter da bile bace entry aiman kali nie hehe.....'tak saba nk tgk harry potter'aishhh.......

    ReplyDelete
  2. hehe.. harry potter memang best :)

    yang pengkomen pun best :)

    ReplyDelete
  3. Wehhh , kau suka buat aku rasa terkilan sebab tak dapat tengok citer ni :'((

    ReplyDelete
  4. haha... sapa suh ko pi baca blog aku?? hehe

    ReplyDelete
  5. saya tak tengok harry porter, saya tengok upin dan ipin je

    ReplyDelete
  6. dah tgok dah last week...
    best tp ade part 2 yg lemah tuu..
    adeyyyy...
    tunggu next year lorghhh...

    ReplyDelete
  7. best kan harry potter? =)

    eh, ape plak.. ade 2 part la yg best gile..
    die xdenye nak potong2 banyak2, mcm movie2 sebelum nih ;)

    barulah diorang leh buat gile2 punya..
    tgk la part 1.. dah lebih separuh buku dah.
    so part 2 nanti akan detail gile la kan ;)

    ReplyDelete
  8. MAN; taun dpan ak balek.sile sponsor tiket PART 2 oke? hahahhaa

    ReplyDelete
  9. haha... sila sponsor sendiri ye, jika anda benar2 balik ketika JULY 2011 :)


    aku boleh je sponsor..
    ko pi bilik ko, amik dompet, bukak, kuarkan rm10 (tu kira aku tolong ko bagi idea nak cari duit

    ReplyDelete
  10. cuti after final bulan 6-8
    so oke la,
    ko sponser kan?

    alhamdulillah.haha

    ReplyDelete
  11. haha..............

    (insha allah)
    tapi aku tak ikut skali ah :)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts