Monday, 11 October 2010

Sunday with Maher Zain (10,10,10)

Assalamualaikum..
(Maaf lambat)

Saya di sini ingin berkongsi pengalaman saya ahad lepas (10 Oktober 2010) Tarikh ini memang popular sungguh. Ada yang kata tarikh keramat, no ekor, peristiwa pelik, akan ada perkara ghaib dan macam-macam lagi. TETAPI saya tidak mahu mengulas pasal ini. Lagipun percaya benda-benda macam itu, SYIRIK. Sebab seseorang itu percaya bahawa ada kuasa lagi besar dari Allah, iaitu tarikh tersebut. Nauzubillah min zalik. Moga-moga kita dijauhkan dari perkara tersebut.

Insha allah perkara mengenai tarikh ini akan saya ulaskan dalam blog dakwah saya dalam masa yang terdekat..

Anyway, saya kat sini hanya ingin berkongsi pengalaman yang amat sangat terpaling menarik yang aku alami semalam. It was one of the happiest day in my life! Seharian aku tersenyum sejak peristiwa tersebut. Tetapi, sebelum anda membaca post saya kali ini, berjaga-jagalah. Anda dinasihatkan untuk memegang dada anda sepanjang membaca post ini, kerana mungkin mampu mendegupkan jantung anda 3 kali ganda dari yang biasa.

Anda dinasihatkan pergi meninggalkan post ini jikalau anda :
  1. Mempunyai masalah jantung
  2. Ada darah tinggi
  3. Berpenyakit 'jealous' yang melampau
Jika anda yakin anda mampu menangani kisah yang saya mahu share ini, sila teruskan pembacaan anda. Anggaplah anda sudah menandatangani surat 'Aku Janji' untuk tidak menyalahkan saya jika berlaku apa-apa kepada anda, dengan meneruskan pembacaan anda.

LET'S BEGIN!

* * * * * * * * * * * * * * *

Hari ini 10/10/10 Maher Zain akan bersama TV9 secara live dalam rancangan Nasi Lemak dan Kopi O. Aku bersama rakan-rakan aku dari Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) akan turut serta dalam rancangan tersebut. Tetapi masuk TV atau tidak, itu belum pasti. Hehe..

Pukul 7.00 aku berjanji dengan kak Reena untuk berjumpa di Bandar Tasik Selatan. Malam sebelumnya aku tidur agak lambat, tetapi tidaklah terlalu lambat. Kerana aku tahu, esok ada hal, nanti tidak pasal-pasal penat pula. Alarm aku pukul 5.00 hingga 6.00. Aku terjaga pagi itu pada pukul 5.20. Lambat atau awal, susah pula aku nak judge. Aku terus mencapai tuala biru aku dan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Pakai smart-smart. Wangi, bertopi kelabu dan bersleeveless jumper yang angah belikan di UK dahulu. Topi pun dari UK. Huhu. Sedang bersiap, ada seorang hamba manusia yang bernama Fadz, message kepada aku,

"Sila bangun wahai MZM-FC Maher Zain tunggu hehe :: Fadzul"

Ini mesti dia 'send to many'. SAH! Aku pun call Akmal kawan aku, selaku driver aku untuk ke KTM Bangi pagi ini. Kemudian kami pun bertolak ke KTM Bangi. Sampai sahaja, aku naik KTM terus bergerak ke KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) Aku solat subuh di stesen KTM Bangi. Sampai sahaja di BTS, Kak Reena masih belum sampai. Ketika itu 6.45 rasanya. Aku pun ambil kesempatan ini untuk merehatkan badan dan melapangkan dada aku (tidur)

Sampai sahaja Kembara Kak Reena, aku masuk dan barulah aku perasan. Ada seseorang (dua actually) 'penumpang' yang turut serta rupa-rupanya sedang menunggu di BTS juga. Seat sebelah-sebelah sahaja. Tak perasan pula. Haha. Kami pun bertolak ke Sri Pentas Utama, untuk ke program Nasi Lemak dan Kopi O tersebut.

Sampai sahaja, Fadz dan rakan-rakan lain sudah berada di sana. Sedang bergambar. Sempat juga aku curi-curi masuk. Al-maklumlah, photogenic ^_^

Akhi Firuz tiada..
T_T

Kemudian, kami pun masuk ke dalam studio Nasi Lemak dan Kopi O (NLKO) Kami duduk dalam studio. Rancangan sedang berjalan live, jadi kami senyap sahajalah. Ada la sedikit-sedikit aku ambil gambar. Gambar suasana studio. Kemudian, sedang kami menunggu, aku pun tidak sedar, rakan-rakan yang lain sebut-sebut bisik-bisik,

"Maher Zain dah sampai! Maher Zain dah sampai!"

Aku paling sahaja muka, WOW. Maher Zain? For real? It's hard to believe what I saw. I'm speechless for a moment. Excited juga aku. Ucapan alhamdulillah laju sahaja mengalir keluar dari mulut seksi ku ini. Aku ambil lah gambar sikit-sikit dari jauh. Dia pandang kami, senyum sahaja. Memang manis. Huhu. Sekarang dalam NLKO belum tiba masanya lagi untuk part bersama Maher Zain. Jadi beliau hanya lepak-lepak dengan Managernya di tepi situ. Sempat juga aku senyum-senyum padanya. Dia berpakaian baju hitam, blazer KELABU dan seluar jeans hitam. Dan TOPI KELABU. Huhu.. Aku sempat juga pergi ke arahnya dan meminta izin untuk bergambar bersamanya. Tapi tidak sempat untuk bercakap-cakap.

Ini ketika aku masih takut-takut untuk tegurnya.
Lagipun mereka sedang berbincang sesuatu.

Inilah antara saat yang paling mahal
^_^

Ramai-ramai rakanku juga turut serta dalam penggambaran ringkas tersebut.

Kemudian, apabila tiba masa Maher Zain untuk naik ke studio rakaman, beliau pun pergi ke atas pentas tersebut. Dipakaikan mikrofon dan sebagainya, sementara menunggu rancangan ke udara selepas iklan. Dalam waktu menunggu itu, beliau pandang ke arahku, dan aku pun menunjukkan topi aku berwarna kelabu yang jenis Flat Top macam topi beliau. Perkataan pertama yang aku dengar darinya ketika itu,

"Nice"

Huhu.. Senyum aku ketika itu. Alhamdulillah. Kemudian sepanjang wawancara beliau bersama NLKO, aku sempat juga mengambil beberapa puluh gambar beliau, malah sekali dengan rakaman video beliau menyanyi Insha Allah secara live. Antara gambar-gambar beliau yang menarik yang berjaya saya tangkap :


Kak Reena ada buat sesuatu hadiah untuk Maher Zain. Frame gambar ini diberi kepada Maher Zain sebelum sesi bersama Maher Zain bermula di NLKO. Jadi, apa lagi. Sempat lagi saya bergambar dengannya sebelum ianya diberi kepada Maher Zain.


Kami turut mendengar rancangan tersebut, namun butir-butir wawancara tersebut saya tidaklah ingat sangat, kerana ada perkara yang jauh lebih GRAND yang saya ingat ketika itu. Tetapi, itu akan saya ceritakan sekejap lagi. Berbalik pada tadi, kami diberitahu, mungkin ada segmen untuk kami juga untuk masuk TV (mungkin) Sedang aku busy buat apa aku tak ingat, sedar-sedar Maher Zain dah datang ke arah kami, dan duduk di tengah-tengah kami (terima kasih kepada Kak Rossiza Zaini kerana berkorban kerusi. Terima kasih sangat-sangat:)

Tengoklah rupa aku yang speechless bila beliau muncul depan mata
O.O

Maher Zain duduk di sebelah aku, dan bergambar bersama kami, ramai-ramai.. Banyak kamera yang 'tangkap' kami ketika itu. Tidak lupa juga kepada kamera aku, hehe. Mujurlah aku sempat beri hak milik sementara kepada seorang wanita, anak Ummi untuk tolong tangkap gambar seberapa banyak yang boleh. Dan memang benar, betul-betul banyak dia ambil. Tetapi aku tak kisah. Sebab gambar-gambar itu jadi macam movie. Setiap detik daripada Maher Zain datang sampai beliau pergi, berjaya ditangkap. Alhamdulillah..


Nak tahu tak? Perkara yang amat menarik berlaku ketika ini. Maher Zain duduk di sebelah aku bergambar sekali. Aku pun terfikir, takkanlah aku tak nak cakap apa-apa? Dia dah ada kat sebelah aku dah sekarang. Lalu, sambil bergambar, aku keluarkan mulut aku sedikit. Aku mulakan perbualan, sambil gambar kami diambil..

A : Alhamdulillah, I'm really proud to have a muslim artist in this world, to help us spread the Islam
M : Yeah, alhamdulillah.. Thanks to Allah
A : I thought that Islam in the west is not so much. I'm really grateful to meet you, one of the artist who help spread the Islam around the world.
M : Alhamdulillah.. Hm, nice hat you have. Where did you get it?
A : Oh, this? i bought in UK. I went there last month.
(dalam hati, wow! dia tanya topi aku!)
M : UK? United Kingdom?
A : Yeah, United Kingdom. Why?
M : London? So I must go there to get it. Right?
(kami dua-dua gelak)

Sedang bersembang mengenai topi
^_^

Ada seorang lelaki, tak pasti pula siapa. Dia kat luar kamera. Dia cakap kat Maher Zain,
"Both of you wear the same hat" Maher gelak-gelak je. Kemudian lelaki itu balas "Brothers" Aku terus cakap kat Maher "I'm not bald" Sama-sama gelak..

Indah gila kenangan itu!
^_^

I'm not bald..
^_^

Kemudian, selesailah bergambar dengan Maher Zain. Beliau pun pergi keluar studio dengan pasukannya. Aku ketika itu, WOW! Aku sembang dengan Maher Zain? For REAL? Huhu.. Alhamdulillah.. Syukur gila lah. Rakan-rakan aku yang lain jadi saksi bahawa Maher Zain dan aku bercakap tadi. Seronok!

Selepas dia keluar, baru aku faham yang dia berminat sangat-sangat dengan topi aku. Rakan-rakan yang lain pun cakap begitu. Mereka pula baru nak beritahu aku, bahawa Maher Zain sangat-sangat banyak kali tengok-tengok dan jeling-jeling topi aku. ARGH! Kalau lah aku tahu, dah lama aku minta trade dengan beliau. Aduyai.. Tiada rezeki nampaknya..

Kemudian kami pun bergambar dengan krew-krew NLKO. Kak Reena dan aku diwawancara oleh pengacara NLKO, tetapi bukan secara official. Nak masukkan dalam TV, tetapi masa terhad. Rancangan dah nak habis. Tetapi, wawancara berjalan seperti biasa. Huhu.. Aku pula digelar oleh abang itu, adik Maher Zain sebab katanya dari segi pakaian dan rupa (biar betul rupa? Haha)

Selesai sahaja semua ini, kami pun keluar, dan kebetulan Maher Zain sedang bergambar dengan kawan-kawan Encik Azhar. Aku pun tumpang tangkap gambar. Huhu..

Cameraman sebenar ada kat depan aku, bercangkung.
Sebab itu semua tengok bawah

Kemudian, semua pun berlalu membuat hal masing-masing. Bagi MZM-FC, kami terus ke Maju Junction untuk program Maher Zain Meet The Fans at Music Valley.

Walaupun masih awal, tetapi kami lepak di KFC sebelah Music Valley sambil makan-makan dan transfer gambar-gambar yang baru diambil (terima kasih banyak-banyak kepada Datin Nuriz kerana membelanja saya Snack Plate dan Lemon Ice Tea=) Ketika ini, kami berkenalan dengan dua orang wanita yang telah menge'like' MZM-FC dalam Facebook.

Seseorang yang ganjil dalam kalangan ini,
dan beliaulah yang tercomel antara semua
^_^

Banyak juga topik yang dibincangkan dan ketika masuk waktu Zuhur, kami pergi solat dahulu ikut giliran. Untuk jaga tempat di KFC dan beg-beg yang ada. Selesai solat, datang semula KFC. ketika itu orang ramai sudah mula beratur di hadapan Music Valley. Kami pun turut serta untuk beratur. Sambil beratur itu juga, sempat kami bergambar dan macam-macam gelagat yang berjaya ditangkap. Termasuklah bergambar bersama kepala yang menjayakan kemasukan Maher Zain ke Malaysia. Tak lain dan tak bukan, Encik Azhar. Ketika kami beratur situ, kami berborak-borak juga, untuk bunuh masa (to kill time)

Tanpa kami sangka, rupa-rupanya salah seorang rakan yang baru dikenali tadi, namanya Asma Husna, menyediakan baju melayu lengkap bersongket, berwarna silver (perak) Sungguh dasyat. Siap berbutang mahal dan gelang tangan untuk diberi kepada isterinya nanti. Sungguh bertuah Maher Zain itu. Sudah tentu berita panas.

'Puan' Asma bersama hadiahnya

Jadi, tanpa membuang masa, aku bergambar sambil memegang baju itu, siapa tahu kalau-kalau dia pakai baju itu nanti, aku ada lah gambar sedang pegang baju itu sebelum beliau menyentuhnya lagi. HAHA


Sambil menunggu juga, aku dan Kak Reena sempat menemubual seorang lelaki berbaju merah mengenai Maher Zain. =) Sekejap sahaja. Pendek dan ringkas. Kemudian, sempat juga kami bergambar antara semua yang datang sebagai kenang-kenangan.

YARGH!

Kemudian, apabila ketibaan Maher Zain dari eskalator atas turun ke bawah. Aku terus ke sana untuk mengambil gambarnya. Kurang jelas. Tetapi gelap-gelap itu, nampak lah juga Encik Azhar dan Encik Maher sedang turun. Encik Azhar pula sedang menuding jari ke arah kami beratur, untuk memberitahu geng-geng yang bersamanya pagi tadi, ada di sana, iaitu di tempat kami berdiri.

Do you remember your fan club? There they are..

Kemudian, acara pun bermula. Autograf Maher Zain mula dikumpul oleh orang ramai yang datang berkunjung. Ada juga yang datang bergambar sahaja.

Aku orang pertama dalam kalangan MZM-FC yang masuk ke depan Maher Zain untuk ambil autografnya. Sayangnya terlalu pantas dan tidak sempat untuk berkata apa-apa pada Maher (padahal aku dah ready nak tukar topi dengan beliau. Aku sudah tulis nama dan email dah kat dalam topi aku)

Kerana ketidakpuashatian aku itu, aku patah balik ke line di belakang. Aku tengok, sungguh-sunguh ramai! Dalam ramai-ramai itu, aku ternampak lelaki yang ditemubual tadi, aku terfikir idea baik. Aku terus ke arahnya dan meminta untuk masuk di hadapan nya. Haha. (aku jahat, memotong) Alhamdulillah dia beri. Aku bagi kamera aku pada dia untuk ambilk gambar aku di meja Maher Zain. Sampai part aku untuk ke meja Maher Zain (lagi), aku beri tiket dan kulit CD aku kepada Maher Zain. Dia sign di kulit CD itu. Sebab takut dia tak perasan tiket aku, aku pun hulur tiket aku, dan cakap "On my ticket too"

Nak tahu tak? Sebuah pengalaman yang amat-amat aku sukai dan tidak akan lupa sampai bila. (Sayang betul aku suruh lelaki belakang aku ambil gambar. Kalau suruh dia rakam, mesti aku suka gila dah) Perkara tersebut ialah :

A : On my ticket too..
M : Eh? It's you!
A : (Aku dah terkejut gila dah, dia ingat aku! ^_^)
Do you remember me?
M : Of course! You're my brother!
A : Gulp! (Sungguh-sungguh tidak kusangka)

Hey, it's you!

Kes baju selalu sama, topi selalu sama, ini jadinya bila aku tiru dia?

Aku tak expect langsung itu yang jadinya. Dah lah dia ingat aku. Dia cakap aku brother dia pula tu! Selama ini aku sahaja yang selalu poyo dan perasan kat orang, yang Maher Zain dan aku ialah adik-beradik. Langsung tak sangka dia sendiri cakap macam itu! Alhamdulillah..

Seronok seronok seronok!
^__^

Aku keluar sahaja kawasan itu, terus aku lari-lari cari MZM-FC untuk ceritakan pengalaman manis aku yang baru sahaja berlaku. Masih panas dan berbau harum lagi! Huhu.. Sepatah-sepatah aku cerita pada rakan-rakan yang lain, apa yang berlaku. Malah tidak jemu untuk ulang balik cerita sama, walaupun pada orang sama. Seronok sangat ketika itu. Alhamdulillah syukur.. ^__^

Kemudian, apabila barisan dah habis, Maher Zain bercakap di mikrofon. Dan dia juga menyanyi LIVE lagu Barakallah dan Ya Nabi Salam Alayka beramai-ramai dengan penduduk Malaysia di Maju Junction ketika itu. Sempat juga aku rakam =) Kemudian, setelah beliau selesai dan mahu balik bersama bodyguards yang ganas-ganas itu, Fadz pergi rakam detik pemergiannya pulang.. Aku dan lain-lain hanya lepak di KFC, berbincang-bincang dengan rakan-rakan yang lain. sambil menunggu Asar. (Perbincangan kali ini aku tidak turut serta sangat, sebab aku masih terngiang-ngiang ayat "You're my brother!" kat telinga aku. Seronok nya perasaan itu.. ^^

Nak ambil gambar Asma bagi baju kat Maher Zain, tak berkesempatan..
Gambar bagi pada Aiman Zain pun cukuplah..
^_^

Masuk waktu asar, aku ke surau bersama Fadz, dan setelah kami selesai, ramai dah yang sudah balik. Dan kami pun tak lepak lama dah. Semua pun balik ikut haluan masing-masing. Aku, fadz dan Kak Reena pulang naik Kembara tadi. Kak Reena hantar aku pulang ke BTS, di tempat yang betul-betul sama seperti pagi tadi. Setelah mengucapkan terima kasih dan tidak membayar tambang kereta, aku terus cepat-cepat naik ke stesen sebab takut Kak Reena panggil balik suruh bayar tambang. Haha..

Hasil aku untuk hari ini
Siap berautograf
^_^

53 comments:

  1. dangggg!!!!!!!!!!!!!
    great, alhmdulillah, ur rezeki dek (:

    ReplyDelete
  2. two thumbs up aiman d(^_^)b

    ReplyDelete
  3. dik..sepatut nya ko x-change je topi tu buat kenang2an..but provided tak kepam ler topi tu :)
    ~akak pah~

    ReplyDelete
  4. asma : hehe.. thanks..
    kak pah : memang nak trade pun.. topi tu masih baru.. wangi lagi.. cume langsung2 tak teringat nak tukar ngan die. tak terpikir langsung.. adoyai...

    ReplyDelete
  5. nice one!! have my story also, but yours a better. =)

    amalina-peter.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. chup,baju melayu,butang baju sume sgt2 murah okayh..huhu..almaklumla raye da lepas..sume harge jatuh da..xmampu le mahal2..sebek FAMA yg suggest..hehe..
    ohye,xde pon 'puan' asma kt cni?cik la..

    ReplyDelete
  7. ina allen : insha allah... =) thanks..

    asma (lagi?) : murah2 pun, nilai yang mahal tuu... MZ kan xde dpt baju melayu langsung! you're the only one tau!

    eh, aku tulis puan la..

    ReplyDelete
  8. Sedang jeles. Terime kasih. =P

    ReplyDelete
  9. MAN: haha. patut la ko suruh kitorang bace. haha
    naseb bek aku takde penyakit jealous melampau.

    Mungkin sbb aku perempuan so aku tau aku mmg xdpt peluang camtu. Limited.

    HAHA.happy for you MAn. YOu deserve it. AKu kenal maher zain pon sbb kau. remember? and WE (the SKYPEE) keep talking about him for hours. haha.

    Alhamdulillah, ko dpt peluang jumpe dia sedekat tu. Tp ingt, mcm yg ko ckp..

    'MAHER ZAIN BUKAN TUHAN' :)

    Wallahua'lam.

    Salam,
    SYA :)

    ReplyDelete
  10. nabilah : hehe... sori ye.. hehe.. xberniat nak kasi jeles..

    sya : thanks.. insha allah, we will always bless by allah.. =) lagu2 die pun byk menyedarkan kita..
    kata2 yg aku bagi kat die time kat atas pentas smalam,

    Songs that bring me tears,
    and also drove my heart.
    ^_^

    insha allah...

    ReplyDelete
  11. kuniy : huhu... alhamdulillah....

    sya (again?) : haha.. penyakit LIKE Fb masuk ke sini sekali...

    ReplyDelete
  12. kalo u biasa tinggal di oversea, perkataan BROTHER & SISTER tu biasa shj sbb ia bermaksud saudara se-Islam... :)

    p/s: belum lagi org panggil u "LOVE" hahaha... it's common at there...

    ReplyDelete
  13. anonymous : aduh.. saya tahu semua itu... bukannya xtau.. panggil LOVE, MATE, itu biasa.. malah saya sendiri panggil camtuh time gi UK dulu.. jgn ingat saya tak tahu ya? tapi, mengenai MZ panggil camtuh, saya tahu dia maksudkan yg saya ni adik. ade cerita nya lagi.. (kat atas tuh x lengkap. xmau citer sebab takut dianggap poyo.. ) apa2 pun, memang saya yakin, insha allah.. amksud sebenar die nak ckp..

    termasuk lagi manager die punya ayat, encik adzhar ckp, malah in team n raihan (dinner MZ selasa lepas) mereka pun ade kate sesuatu pada saya. ^_^ time tuh pun ade peristiwa yang berlaku antara saya dan MZ (lagi)

    azmi : thanks..!!

    ReplyDelete
  14. wahh!!! saya mempunyai tahap kejelesan yg teramat tinggi!!!!!!

    hepi 4 u nyways. :)

    ReplyDelete
  15. haha.. thank you,,,
    ko x bca lagi post2 yg lain tuh... haha

    ReplyDelete
  16. OMG! U were there too? How come I couldn't see u. I was there with my family. But we were at Kenny Rogers (just beside KFC) while waiting for the 'surprise' from MZ. :)

    ReplyDelete
  17. oh yes.. i was there... ^_^
    (kfc tu tempat kami lepak dari awal dtg sampai bla, sementara nunggu maher zain dtg)

    what do you mean by 'suprise' from mZ?

    ReplyDelete
  18. Aiman!! alhamdulillah!! seronoknye!! nanti next time bwk i skali k?hehehe

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah... ^_^ syukur.... next time susah skit kot.. sebab untuk kedatangan die lain kali, die xmau attend ape2 media conference lagi.. die dtg untuk konsert je.. sebab penat sgt2.. xpe, ade rezeki, insha allah.. ^_^

    ReplyDelete
  20. Nur 'Adilah "ZAIN"22 October 2010 at 03:41

    subhanallah ... ! sgt jeles .. !
    btw , slm p'knln .. tgh b'jinak2 dgn MZM-FC ..
    na j0in k0rg ea ? cam best je ! huhu ..
    LIKE Maher Zain juga ! sgt2 ! hehe !

    ReplyDelete
  21. adilah : insha allah.. kalau ade rezeki, ade peluang mcm tu juga.. =)

    ReplyDelete
  22. haha aiman,aku baru ada kesempatan nak bc blog ko,& bestnye pglmn ko! haha nasib baik ada rezeki ko an? :D aku jeles jgk nih tp jgn riso,masih boleh dikawal hahah! :D

    ReplyDelete
  23. nisa : thanks sudi bace.. anyway, rezeki masing2 kan.. alhamdulillah aku terpilih untuk lalui semua tu..


    aduh, kejelesan ko terkawal? cis! x syok la gini.. haha

    ReplyDelete
  24. ada pegi konsert maher zain yg raudhatus sakinah x? macam ada nmpk sorg nie pakai topi baju scarf macam maher zain..tapi xde sapa serbu ..hampir tertipu di situ haha.. tgk dari atas je la..

    ReplyDelete
  25. btw..anonymous...jeles much? :P

    ReplyDelete
  26. cik S : mesti la pergi.. hehe... sila baca di

    http://aiman-kisah.blogspot.com/2010/10/show-case-maher-zain-15102010.html

    ReplyDelete
  27. beruntung awak yer...saya x dapt larh jumpa dya...ari tue dya buat persembahan kat Kuala Lumpur..saya tinggal kat Sabah..huhuhu..jauh tue..saya harap saya dpt jumpa juga Maher Zain nnty...

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah... rezeki saya ^_^

    ReplyDelete
  29. untungg...klaw bleh..saya pun ingin jumpa dya jugak..huhuhu....sedihnya.. :'(..sya pun mnt jugak ngan dya tue...huu

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah... rezeki ^_^

    insha allah, kalau ada rezeki, dapat lah. yang penting kena usaha ^_^

    ReplyDelete
  31. mcm mana nak usaha..jauh tueee....Sabah Pegi KL..ehehehh...x pe larh..saya nie masi remaja..blum 18 tahun ke atas..umur sya bru 15 tahunn..ermmm...apa bleh buat...heheh

    ReplyDelete
  32. insha allah.. umur muda lagi. sape tahu, satu hari nanti ada rezeki, kan?

    ReplyDelete
  33. InsyaAllah...doakan ya???amin....thanx ya support..napa x bleh add awk kat fb??

    ReplyDelete
  34. lagu baru Maher Zain tue best kan...Freedom!!

    ReplyDelete
  35. memang terbaik lagu tu! n dia tak sebut Allah pun dalam tu,,, just sebut GOD.. so sume orang berlainan agam leh nyanyi.. kat mesir pun ade orang kristian gak kan =)

    add fb? nama fb ape?

    ReplyDelete
  36. hemmm..Hazie LoveMzverymuch RockAlimz..email: nestommilopink@yahoo.com..heheh..

    ya..mmg best larh tue lagu...saya maw upload tue pegi hp..hehe

    ReplyDelete
  37. email: nestommilopink@yahoo.com
    nama fb:Hazie LoveMzverymuch RockAlimz..

    ReplyDelete
  38. okey..eheheh..dah add pun...eheh

    ReplyDelete
  39. ermm..yupzz..akhir nya setel jugak...heheeheh

    ReplyDelete
  40. aiman...baru sya sdr..tadi sya check balik gmbr awak ngan Maher Zain..ada 1 gmbr yg awak tulis kat bawa gmbr tue Inilah antara saat yang paling mahal..gigi awak putih larh kat dlm gmbr tue..heheh.. ;)

    ReplyDelete
  41. ye karh..hhahaha...follow back yer...

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts