Saturday, 16 October 2010

Show Case Maher Zain 15.10.2010

Assalamualaikum..
Berjumpa lagi kita pada kali ini, dan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya yang ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan semua.. Malah saya sendiri pun amat-amat menantikan event ini. Tak lain dan tak bukan, iaitu ;

SHOWCASE MAHER ZAIN
DI WISMA MBSA SHAH ALAM


Selepas solat jumaat hari itu, aku dan rakan aku yang akan bersama ke sana, Nadzrin, bersiap-siap untuk ke Shah Alam. Roomate kesayangan aku pun, Amir Ridzuan Johari akan ikut bersama ke Shah Alam. Beliau ingin menumpang aku untuk pulang ke rumah. Jadi, dalam pukul 2.30 petang, kami pun bertolak keluar dari MIAT. Aku, macam biasa lah. Guna perkhidmatan kawan baru aku, Encik GPS. Naik kancil, terus bla..

Dalam pukul 4 lebih, kami sampai ke Shah Alam, dan aku menghantar Amir di hadapan Kompleks PKNS, kerana di situ beliau akan naik bas untuk ke Klang. Aku dan Nadzrin, terus menuju ke arah Wisma MBSA. Thanks to Asma, aku jumpa tempat parking free (macam tak percaya aku cakap begini O.O)

Kemudian, kami naik ke tempat di mana konsert itu akan berlangsung.

Dewan Auditorium
Tingkat 3,
Wisma MBSA

Saja tengok-tengok.. Tengah sound check.. Krew-krew sibuk. Kami pun pergi ke surau, alang-alang dan asar. Lepas habis solat, nak pakai kasut, eh? Fadz lalu.. Haha.. Apa khabar Fadz!

Aku dan Nadzrin turun dulu jalan-jalan. Bosan la pula, sampai awal. Aduh... Kami pun (bersama Fadz) mengendap-ngendap di bahagian belakang pentas. HAHA. Lawak lah, macam stalker pula. Saja. Tengok-tengok struktur pentas. Kemudian, kami lepak di dalam Auditorium. Lepak-lepak di seat H, kanan pentas. Tengok-tengok krew RS. Beberapa minit lepas itu, ada manusia mesej aku, tanya aku ada kat mana. Musuh tradisi aku. Yang muka tua, umur pun tua. Ada lah, makcik belah isteri abang aku punya posmen. Dia muncul kat belakang aku, panggil 'Aiman!' (Salam pun tak bagi) Dia dah datang konsert semalam. Aku tanya dia, kenapa datang lagi? Menyibuk saja. Katanya, nak ambil barang daripada Kak Vivid. Yalah... Aku angguk saja.

Tak lama lepas itu, ada abang krew RS datang minta kami keluar. Sebab nak kunci pintu tepi itu. Hanya pintu utama yang akan di buka. Jadi, kami pun meng'halau' diri kami keluar, dan lepak di kawasan situ sahaja. Dalam ketika itu juga, Kak Rohana sampai. Ketika kami berborak-borak untuk bunuh masa (kill time), ada seorang budak perempuan tanya, mana tandas. Nadzrin dengan penuh bangganya memberitahu tandas perempuan yang mana (sebab tadi dia salah masuk, haha)

Sedang kami bersembang, budak perempuan tadi beritahu terima kasih. Nadzrin tanya dia, umur berapa. Terkejut besar kami apabila dapat tahu, 19 tahun! Kecil-kecil comel molek saja orangnya. Aku antara percaya tak percaya. Tapi bila lihat kad pelajarnya yang tergantung di leher, betul la rasanya. Tapi, tidak mengapa. Ciptaan Allah ^_^

Tapi yang amat-amat lagi aku terkejut, dia kenal aku.. Haa... Nak tahu kisahnya? Mari aku detailkan.. Nama beliau Najwa.. Pelajar di Sime Darby..

N : Eh, awak ada blog tak?
A : Ada, kenapa?
N : Awak ni, Aiman kan? Tuan punya blog yang cerita kisah dia dengan Maher Zain di TV9, Maju Junction dan dinner.
A : Gulp! (Terkelu dan gembira gila) Eh, awak baca? Wah! Saya tak sangka la pula ada strangers baca. Saya ingatkan kawan-kawan saya sahaja yang baca. Sangat-sangat terkejut!
N : Memang saya ada baca. Tapi tak ingat dari mana saya jumpa link. AWAK! Bestnya dapat peluang dengan Maher Zain macam awak dapat! Jelesnya..
A : Alhamdulillah.. Rezeki saya.. Tapi, wah! TAK SANGKA lah ada orang tahu blog saya selain daripada kawan saya!

(beliau bertudung merah)

BAYANGKANLAH. Aku excited gila, sebab aku terjumpa seseorang yang tahu blog aku, sedangkan dia strangers. Memang aku syukur gila-gila. Walaupun blog aku bukanlah boleh lawan SaifulIslam atau ILuvIslam atau sebagainya (Uza or else) tapi aku gembira sangat, dan amat-amat appreciate ada orang baca dan follow post-post aku.

Kemudian, rancak kami semua berborak dalam kawasan itu, tiba-tiba ada seorang abang krew RS datang dan minta kami keluar dari kawasan itu, sebab nak kunci juga. Kami faham, dan ketika aku nak keluar, SEJARAH BERULANG! ^_^

Abang itu tegur, "Eh, ini Aiman yang ada blog pasal dia ngan Maher Zain tu kan?" BAYANGKANLAH! Betapa terujanya aku waktu itu. Syukur sangat-sangat. Kalau ada peluang ketika itu, aku sujud syukur dah. Abang yang ditugaskan untuk 'halau' kami daripada situ, turns up to be my follower. Sukanya! Kami boleh bergelak tawa, walaupun sepatutnya abang itu halau kami keluar. Sebelum keluar, ayat abang itu "Untuk konsert malam ini, update blog ye?" Hehe. Insha allah, abang! Kalau peminat nak, saya buat! Huhu.. Dah macam artis pula aku (kalau benar, Maher Zain menjadi pilihan! HAHA)

Kemudian, kami pergi lepak di hadapan pintu utama. Sekadar bergambar bersama MZM-FC yang lain. Pertama kali aku jumpa Founder MZM-FC, Akhi Fairuz!


Abang botak! ^_^ Mujur tak berkilat. Kalau tak, dah jadi mangsa aku untuk aku bermekap. Jangan marah Akh! Gurau-gurau manja. Hehe. Ada seorang ini pula, aku pelik. Dia tak marah aku bila jumpa. Si Asma itu la. Dia jumpa aku macam tak ada apa-apa berlaku. Dia tak tahu ke yang aku kutuk dia sehabis-habisnya dalam post terbaru di blog aku? Tanya punya tanya, baru tahu. Dia masih belum berkesempatan untuk membacanya. PATUTLAH! Jadi, aku pun suruh dia baca sekarang. Dia online menggunakan handphone beliau. Jadi, aku pun memberinya ruang kepadanya.

Aku berborak-borak dengan rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba, pelipat kaki aku disepak. Aku pandang saja, HAHA. Asma baru habis baca post terbaru aku mengenai Dinner hari itu. Haha.. Padan ngan dia. Layan~ (Tak sakit pun sepak. Saja berlakon, buat-buat sakit)


Kami semua bergambar bersama, malah dengan banner yang dibuat oleh Kak Reena dan Abang Fauzee. Cantik. Ada siap dengan gambar KLCC. Kemudian, segelintir daripada kami bergambar pula dengan Kak Wardina. Sempat aku cakap kat dia, "Hari ini, kak Wardina muka dah tak macam Maher Zain dah" Gelak je dia aku cakap macam itu. "Semalam je, hari tak..", kata beliau (Konsert semalam, dia kena 'perli' dengan MC lain, yang muka dia macam Maher Zain. Yalah, ada rupa-rupa arab sedikit. (Sedikit la)


Kemudian, aku jumpa dengan Shairah (seorang perempuan yang aku jual tiket RM150 kepadanya. Dulu aku ada tempah lebih dua tiket) Pukul 7.40, baru nak bertolak keluar dari rumah. Haha. Mujurlah orang Shah Alam, dik!

Kemudian, sesi bergambar sahaja yang berlaku. Malas aku nak cerita panjang-panjang, sebab yang nak dihighlight ialah konsert Maher Zain. Bukan perihal Aiman Zain. Haha.

Tapi part yang best, apabila aku terkeluar ayat perancis time bercakap dengan Kak Mim. Kemudian, ayatku didengari oleh Si Najwa. Dia pun tanya aku. Rupa-rupanya, dia pernah belajar french di Alliance Francaise selama 3 bulan. Wah! Seronoknya boleh cakap French dengan orang! SERONOK. Lama juga aku bercakap dengan dia. Adalah ajar-ajar sikit. Dia pun masih beginner, tetapi baguslah minat dia mendalam. Huhu.. Dari nombor, greeting, ayat-ayat dan sebagainya kami sembang. Haha. Seronok aku dibuatnya. Last time aku cakap French, time kat Paris lah. Beberapa bulan yang lalu. Huhu..

Dalam lingkungan 8.20 malam, aku dan Nadzrin masuk dan menuju ke seat kami F34 & F35. Tidaklah terlalu istimewa seat tersebut tapi syukurlah. Dapat juga datang. Kan? ^_^ Kami masuk sahaja, duduk. Ketika itu Kak Wardina sebagai MC malam ini bersama dengan Kak Fara Adeebah (betul ke eja?). Mereka sedang bercakap-cakap dengan penonton. Seperti biasa, sambil Kak Wardina menyampaikan kata-kata dia, ada unsur-unsur dakwah yang diselitkan. Suka sangat! Tahniah ukhti!


Persembahan pertama, dimulakan dengan perembahan daripada In-Team. Layan. Suara sedap-sedap. Terasa nak dengar mereka bertaranum. Huhu.. Lagu-lagu yang disampaikan amat menginsafkan.

In Team

Artis kedua pada malam ini, tak lain dan tak bukan, Aisyah tempoh hari yang saya beritahu dalam post saya yang lepas mengenai Fund Raising Dinner Show (boleh klik jika belum baca lagi) Aisyah punya suara, fulamak! Ganas. Sedap gila. Nyaring habis. Dia tarik suara sampai aku rasa boleh pecah rasanya gelas kaca yang Ummi tengah basuh kat dapur sekarang di Sg Buloh. Rasanyalah. Sempat ambil gambar juga.

Aisyah

Setelah selesai kedua-dua artis tersebut, sampailah ke saat yang ditunggu-tunggu selama hampir sebulan lamanya. SHOWCASE MAHER ZAIN. Kak Wardina and her friend memang tak cakap lama. Kerana mereka tahu bahawa kami sudah tidak sabar-sabar lagi. Seolah-olah orang mengantuk dihamparkan tilam, mereka pun cakap pendek-pendek.

Cantik lighting pentas di sini

Muzik intro Allah hi yallah Kiya Karo mula berkumandang. Saat inilah aku tahu, bahawa mereka menggunakan Dinner sebelum ini lebih kurang macam latihan untuk Show Case sebenar kali ini. Haha. Sebiji cara kemunculan Maher Zain, malah susunan lagu pun! Tapi tidak mengapa. Lagu menuju Allah, mana pernah bosan dengan zikir-zikir yang ada dalam lagu tersebut. Sambung semula, Maher Zain muncul lambat-lambat. Dia keluar dari belakang pentas dan nyanyi terus. Huhu.. Aku turut menyanyi bersama beliau. Bukan aku sahaja, ramai lagi.

Pakaian beliau pada hari ini ialah, baju yang dipakainya ketika di Maju Junction tempoh hari. Huhu. Topi pula, jeng jeng jeng. Ketika di NLKO dahulu! Topi yang saya nak trade dengan dia. HAHA. Kak Reena on the spot mesej aku, beritahu pasal topi. Huhu. Tengah-tengah lagu tersebut, beliau memberi salam. Dan juga "Apa Khabar?" Hehe. Bila dah habis lagu, beliau bercakap sedikit.


"Thank you. Terima kasih. How are you doing? Selamat Petang
(dia tersilap, nak cakap selamat datang actually)
To our showcase. How long have you been waiting for this?
Loooong... Well, you know, yesterday we have a great time.
Can we have a GREATER time tonight?
Ok, for my next song insha allah will...
(Ketika ini, ramai yang menyangkakan beliau nak nyanyi Insha Allah. Haha. Tergelak beliau dibuatnya)
"No no.. Not insha allah song.
But, i mean, for my next song, insha allah, can it be Ya Nabi Salam Alayka?
We start today by praising him, ok?
Let us sing together?
Music!"

Kemudian, berkumandanglah lagu Ya Nabi Salam Alayka ketika ini. Beliau menggunakan stand. Aku tahu sangat, lagu ini, dia memang suka stand. Tengok dalam youtube. Sebab senang dia nak hayati. Aku ada ambil muka dia sedang hayati lagu. Dia ajak ramai-ramai hayati selawat kali ini.

Menghayati selawat Rasulullah..

"My next song is to all of us to remember,
when the time is hard, what?
As He promises to you, He'll Always Be There..
Ok? Let us say Allahu Akbar together"

Aku layan sahaja lagu Always Be There. Antara lagu favourite aku juga ini. Sangat-sangat best. Lagu ini mengenai ketika kita dalam masalah. Macam adik beradik lagu Insha Allah dah. Hampir menangis melayan lagu ini. Sangat menginsafkan. Habis, beliau minum air sebentar.

You wanna hear one more song?
YESS!!


Saat itu juga muzik dari piano keluar. Subhanallah! Lagu The Chosen One! Sangat-sangat teruja aku ketika itu. Antara favourite aku! Lagu mengenai kisah Rasulullah SAW. Our beloved Prophet tu, rakan-rakan! Silap haribulan, boleh menangis mendengarnya. Oh Muhammad, semoga engkau sentiasa gembira di sana. Aku yakin itu. Kerana engkaulah pelengkap hidup dunia ini. Sangat-sangat bertuah kalau dapat berjumpa dengan Baginda kelak, insha allah.. T_T Itulah rezeki yang tak terhingga kalau kita dapat peluang itu.

One more song?
Are you sure? Okay..

Bunyi lembut, ala-ala jiwang. Wah! Pegang tangan aku! (Hold My Hand) Aku melayan sahaja mendengar lagu ini. Mujurlah malam ini Maher Zain tak miming. 100% dia nyanyi mulut. Dan paling aku respect, muzik yang berturutan di belakang Maher. Wah! Hebat abang-abang percussion dan lain-lain. Muzik sangat-sangat sama macam lagu sebenar. Memang masuk. Pemuzik daripada TV9 itu hari la. Siapa lagi! ^_^

Penghujung lagu ini, berbunyi "Beautiful world I share with you.." Tetapi Akh Maher menyebut,

"Beautiful world I share with... Everyone here"


Beliau menceritakan sebuah lagu yang dia ilhamkan ketika sedang memandu malam-malam. (Aku mula ingatkan Insha Allah. Sebab ketika memandu juga. Cuma bukan malamlah) Beliau ternampak langit yang cerah. Sangat-sangat cantik. Pokok-pokok di tepi jalan, sangat indah ciptaanNya.

I was driving. I saw everything that is like a miracle.
And I was thinking.
"Isn't this prove enough for us?
Or are we so blind to push it all aside?
NO!

Ketika inilah muzik Open Your Eyes didendangkan.. Sangat-sangat layan lagu ini. Menceritakan kuasa Allah mencipta segala benda, yang sememangnya wujud nyata di hadapan mata kita. Masih tak cukup kah segala ini? Masih tidak yakin pada Allah?

Selepas habis lagu ini, sedang beliau bercakap dan bertanya kami. Ada salah seorang kami yang menjerit BARAKALLAH. Haha. Tergelak kami mendengar jeritan beliau. Namun, lagu seterusnya hampir-hampir tepat dengan jeritan beliau. Barakallah mengenai dua insan baru berkahwin. Lagu yang sedang didendangkan pula ialah lagu dua insan yang sudah berkahwin. tak lain dan tak bukan, For The Rest Of My Life. ^_^ Indah lagu ini. Muzik dah berkumandang, awal-awal Maher sebut.

"This song is special for my wife"

Hehe.. Kecewa wanita-wanita yang hadir bersama. Tetapi itu bukanlah tujuan utama kita datang sini kan? Lagu kali ini, layan dengan penuh perasaan kot. Huhu.. Nak tau sesuatu? Ketika lagu ini, di mana part "I know deep in my heart, now that you here, in front of me, I strongly feel LOVE. And I have no doubt, that I will love you eternally!"

Tetapi, beliau menyanyikan,
I know deep in my heart,
Now that you here,
I strongly feel SAYANG
And I have no doubt,
That I will love you eternally..
^_^

Lagu seterusnya, barulah jeritan lelaki tadi terbalas. Lagu Barakallahu Lakuma dinyanyikan. Tengah-tengah lagu ini, kami semua terkejut! Beliau ke tengah pentas, di situ ada dua speaker besar. Maher berdiri di atas dua speaker itu! Kaki kanan di sebelah speaker kanan, dan begitu juga dengan kaki kiri. WOW. Suka Maher kan.. Kali ini beliau berjalan-jalan di bawah pentas. Beliau turun dan berjalan di hadapan VIP. Mikrofon di hulurkan pada Encik Adzhar, tetapi tiada suara yang berbunyi. Encik Adzhar memang tak nak nyanyi. Beliau tahu jika beliau nyanyi, nanti orang akan minat dia pula tiba-tiba berbanding Maher Zain. Tak mahulah jadi pencuri peminat pula kan? (Ketika lagu ini, jelas nampak yang Maher Zain sangat-sangat penat. Suara tiba-tiba jadi tak semangat. Mendatar sahaja suara. Kasihan Maher)

Maher Zain buat macam inilah.
Tetapi tidak sempat untuk mengambil gambar.
yang Aiman Zain pun jadilah

Kemudian, habis lagu ini, Maher Zain terus berlalu meninggalkan pentas. Eh? Sudah habis kah? MC pun keluar, alaaa... Sudah habis persembahan dia rupanya. Ketika ini lah ramai-ramai melaungkan 'Maher Zain' berulang kali. Akhirnya beliau keluar semula dan menyambung semula lagu Barakallah tadi. Haha. Gimik rupanya.


Dia bertanya kepada kami,
What did you wait for?
The show is over.
Are you sure you want one more?
If yes, I'm gonna need one small boy and one small girl.

Ketika ini bising kami. WOW. Haha.. Nadzrin kat sebelah aku menjerit 'Aiman!' Haha. Kalau dapat peluang naik pentas, aku dah naik dah. Tetapi dia dah cakap awal-awal, SMALL. (Kenapalah aku besar sangat ek?)

Muncullah seorang budak lelaki kecil naik ke atas pentas. Tak lama lepas itu, seorang krew RS meluru ke pentas, untuk meng'hulur'kan seorang budak perempuan kecil, anak kepada salah seorang penonton. Ramai-ramai bertepuk tangan.

Dimulakan dengan budak lelaki. Maher minta dia nyanyi lagu Insha Allah.. Budak itu dengan comelnya nyanyi,

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost that you're so alone
All you see is night and darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side..

Maher Zain pun ambil mikrofon dan menyambung,

Masya Allah..
Masya Allah..
Masya Allah..
Such a beautiful boy..
^_^

Nak tahu apa yang Maher balas? Dia buat thumbs up, dan dia sebut,

Baguuuussss.....

Tergelak kami, Maher pandai cakap macam itu. ^_^ Kemudian, budak perempuan pula. Budak kecil itu malu dengan Brother Maher. Memang itu personalitinya, kata ayahnya. Ketika itu, Maher minta seorang menjerit, apa itu Insha Allah dalam melayu. Tapi semua senyap. Maher cuba bercakap dengan budak perempuan itu, untuk minta dia nyanyi Insha Allah. Budak itu senyap. Aku pun jerit kuat-kuat,

LET ME TRANSLATE!!

Haha.. Tergelak besar satu dewan auditorium ini. Aku pun tergelak. Nampak sangat nak naik pentas. Layan saja. Maher Zain pun gelak-gelak dengar aku cakap begitu. Lagu pun dimulakan dengan kanak-kanak itu masih berada di situ. Bila dah dengar muzik, barulah budak perempuan itu berani. Terus dia nyanyi part

"Insha Allah 3X You'll find your way~"

Berulang-ulang kami nyanyi part Insha Allah 3X You'll find your way~. Sangat-sangat sayu. Boleh mengalir air mata. Ada seorang penonton yang aku nampak, menangis mendengar lagu ini.. Sehingga lagu ini habis, kami hayati. Habis lagu ini, ketika kanak-kanak itu nak turun, Maher Zain bersalam dengan mereka, dan cium tangan. Kami gelak-gelak sahaja.

Terima kasih
Thank you very much
I love Malaysia
Saya sayang Malaysia!

Beliau pun berlalu ke belakang pentas. Ketika ini, MC keluar, Wardina and her partner keluar menyambung majlis. Wardina mula menceritakan sesuatu.

Dengan kedatangan Maher Zain ke Malaysia, satu kelab peminat telah ditubuhkan dan pengasasnya ada di sini. Di mana dia Fairuz? Fairuz? Mana awak? Betulkan nama awak Fairuz?

Tika inilah aku jerit kuat-kuat,
AKHI FAIRUZ!!

Wardina pun, Oh, Akhi Fairuz! Ya, itu dia (ketika ini, akh sedang naik tangga pentas dan berjalan ke tengah pentas)

W : Malam ini, dia akan memberikan T-Shirt, buatan khas daripada Fan Club MZ di Malaysia.
F : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama Mohamad Fairuz. Di Facebook nama Akhi Fairuz. Jadi yang pertama, saya nak tanya di sini siapa yang add atau LIKE page MZM-FC angkat tangan? Dan siapa yang pakai baju MZM-FC malam ini angkat tangan? Jadi, untuk gambar di belakang baju ini, saya akan pusing untuk anda tengok (Tika inilah Akh pusing belakang dan kamera pun fokus kepada design belakang baju beliau "Palestine Will Be Free")


W : Masya Allah, masya Allah. Ok sekarang nak tanya, malam ini apa yang projek akan berlaku?
F : Malam ini, kita dah melancarkan satu projek. Dan di Fan Page di Facebook, sebenarnya ada 3 admin termasuk saya. Yang pertama saya sendiri, yang kedua seorang sahabat kita di UIA. Dan ketiga saudari Firuz Akhtar yang kini sedang belajar di USA. Disebabkan dia tak dapat tolong kami di Malaysia, jadi dia telah membuat projek buku Khas, Voices of Heart for Maher Zain. Bermula dari pertengahan September hingga 4 Oktober 2010, kami telah mengumpulkan kata-kata dari peminat khas untuk Maher Zain dan dibukukan kesemuanya.
W : Okay, apa yang istimewanya mengenai Maher Zain ini?
F : Allah rabbi. Haha.. Hm, yang pertamanya ialah sebab dia botak, macam saya (semua ketawa) Yang kedua, sebab lagu-lagu dia banyak yang menginsafkan kita, yang membawa kita pulang ke jalan Tuhan. Pertama kali saya nampak nama dia, saya search dia di Wikipedia, dan saya dan kawan terfikir, apa kata kalau kita buat Fan Page dia di Facebook? Dan alhamdulillah, tertubuhnya Fan Page tersebut. Kami juga telah melancarkan projek 1 Juta fans Maher Zain di Facebook. Dan sekarang sudah mencapai hampir 800K (asalnya sebelum dia datang ke Malaysia, 400K) dan hampir separuh daripada semua itu, dari rakyat Malaysia sendiri. Jadi, berikan tepukan gemuruh kepada diri sendiri.
W : Sekarang dipersilakan, Maher Zain!

Ketika ini Maher Zain masuk pentas semula, datang salam dengan Akh dan terus peluk dia. Terharu~ Kemudian, beliau menerima buku tersebut dan menunjukkannya pada orang ramai. Maher Zain pun menceritakan, kenapa mereka nak target 1 juta fans. Tetapi aku tak berapa ingat sangat apa dia cakap.


Dia juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas segala sokongan dan dorongan yang semua orang berikan.

Thank you, thank you very much. Saya sayang Malaysia!

Kemudian Wardina meminta Maher Zain membaca satu daripada kata-kata dalam buku itu. Aku jerit kuat-kuat,

PAGE FOURTEEN!

(Inilah rupa muka surat 14, kata-kata daripada aku)

Sebab aku punya kat situ. Huhu. Wardina pun cakap, "Page fourteen, Maher" Tapi sayangnya Maher buka page lain. (Akh kata dia nak cari yang pendek-pendek sahaja) Sedih, tapi tidak mengapa. Sebab yang dibacanya ialah daripada Kak Rohana. Jadi tumpang gembira untuk dia! ^_^


Maher Zain bercerita mengenai lagu Thank You Allah yang menjadi sejarah hidupnya dahulu. Lagu ini lah yang menceritakan zaman gelapnya dahulu, zaman sebelum dia mula menyebarkan islam melalui lagu-lagunya. Dan dia berharap orang ramai boleh mengambil pengajaran daripadanya. Sesudah itu, kami menjerit ramai-ramai,

TERIMA KASIH!
dan dibalas,
SAMA-SAMA
^_^

(Banner yang dibuat oleh MZM-FC)

Selepas konsert ini berakhir, aku dan MZM-FC yang lain sibuk bergambar di dalam dewan ini. Kami sambung pula bergambar di luar. Ketika ini, rakan-rakan baru yang dikenali pun turut bergambar bersama kami. Sangat-sangat gembira dapat kawan-kawan baru. Ketika ini, Maher sudah pun pulang ke hotel kerana penatnya beliau.


Lepak-lepak di luar, sambil bergambar macam-macam. Ramai yang sudah mula pulang. Kami masih berada di luar, berborak-borak sedikit. Sambil berbincang mengenai send off Maher Zain esok di KLIA. Sama ada pergi atau tidak. Dan kalau pergi, bagaimana caranya. Sekarang sudah lewat malam.

YEAH!!

29 comments:

  1. salam, wah panjang tol story mory nya..patot ajak saya

    ReplyDelete
  2. huhu.. memang panjang..

    dah ajak, tapi x dtg pun..

    ReplyDelete
  3. wahahahahahaha..klakar gler that time...penig kita nk cari tmpt tidur....hahaha..good time bro..

    ReplyDelete
  4. nadzrin : haha.. tahu2.. rase2 cam nak tido concorde je ngan maher kan.. haha

    ReplyDelete
  5. bes bes bes. yang terbaek la aiman! :) bile lagik nk update mse g klia tu plak? :D

    ReplyDelete
  6. best! cara aiman cerita boleh buat kita feel mcm ade kt sana gak.. haha..

    ReplyDelete
  7. mr z : hehe,, thanks.. KLIA, maybe esok update, n siap lusa.. skrg nak study, esok ade exam hehe..

    kak nad : memang itu tujuannya.. nak kasi sape2 yg x dpt pergi, rasa mcm dtg skali.. ^_^

    (pengalaman buat novel n cerita kat majalah skolah dulu.. hehe)

    ReplyDelete
  8. tengkiu dik..sungguh terperinci skali citer ko ni..gigih akak baca malam2 ni..tetiba teringat kt maher zain yg dh smp swiden tu..btw gud luck 4 exam..jgn lupa update klia plak klu free..salam dr kak pah zain..:)

    ReplyDelete
  9. omak ai..ada adegan ganas..hehe
    nice blog..sangat detail..aiman memang kesah! :)
    oh aiman, by the way, co host kakdina tu adalah kak farra deeba...

    jangan lupa join fan club wardina ye..
    http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah

    ReplyDelete
  10. kak pah : u're welcome.. huhu.. insha allah.. thanks.. esok fizik. eh, klia tu maybe esok or lusa. tapi memang minggu ini juga. ^_^ (eh, maher zain belum di sweden lagi la.. tadi pukul 11, flight die dari KLIA ke Sweden.. tgh hari smalam, die ke brunei, dan dtg semula ke KLIA malam tadi... cume x berjalan lah. sekadar berhenti untuk transit.. then 11 tadi terus bla ke sweden. skrg dalam kapal terbang la tuh

    farwina : hehe.. thanks a lot! hm, host tu sy lupa nama die. tu pasal x tulis .takut salah. hehe.. thanks!

    insha allah, sy akan join club. weee~

    ReplyDelete
  11. Salam Admin, I must say that your review of the showcase is really good! I am the father of the lil girl that went on stage the other night :) Just wanna comment about your write up about my daughter.
    She is a very shy girl so when she went on stage she was nervous and speechless. When Bro MZ asked her, it is not that she didn't understand what was asked, instead that is her personality. To assume that she didn't understand BI is not correct :)
    I know that you don't know her, but kids nowadays knows English better than adults ;)

    Btw were you seated in row F?

    Keep up the good work :)

    ReplyDelete
  12. oh.. sorry about that. hehe.. i thought that she didn't understand because brother was speaking english veru fluently. perhaps i was wrong. and i am.. ^_^

    anyway, your daughter, Maryam, is veru cute! along with with her cute voice! huhu.. ^__^


    yes, i was in the F row seats

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum aiman,, besh bace cerite ni, memang syukur sangat ='//dan takkan lupe pengalaman tgok maher zain nyanyi,, sume lagu2 maher zain sdap2 dan merdu,,
    j'adore maher zain =)

    ReplyDelete
  14. najwa : waalaikummussalam.. hehe.. memang best.. tgk sape blogger nye. ^_^ maher zain memang best! tapi kita minat die, jgnlah melebih-lebih kan? ^_^
    die tetap manusia biasa..

    j'adore Maher Zain parce que Allah~

    ReplyDelete
  15. i LIKE.. !!! sayang nya Vivi tak da rezeki utk dptkan tiket ke showcase Maher Zain. Kalau le Vivi dapat 2 tiket lebih Aiman tu, sanggup beli dari Aiman je.. huhu InsyaAllah next time ;)

    ReplyDelete
  16. insha allah.. ade rezeki tahun depan..

    hah, tu la.. lain kali bagitau awal2.. boleh kasi tiket lebih tuh.. haha

    ReplyDelete
  17. awesome...u guys so lucky...
    insyaallah next year..sy akn jumpa brother MZ jugak heeeeeeeee..thumbs up brother(^_^)
    http://myracollectionlover.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. can somebody please tell me how was Maher past life? i xpat update la..thanks ;)

    ReplyDelete
  19. myra : thanks.. but everybody rezeki masing2 kan.. ^_^ insha allah, next year lebih grand! yeah! insha allah...

    nuranis : nanti ye? mengenai itu, akan sy update semula mengenai fakta2 maher zain yang perlu diketahui.. itu akan diupdate kemudian.. post akan datang..

    ReplyDelete
  20. Nur 'Adilah "ZAIN"22 October 2010 at 04:21

    cite yg sgt best ! em , sgt sedeyh c0z ta dpt jmpe MZ ta0n ny .. p , h0pe sgt2 ta0n dpn dpt jmpe dye ..
    tlg c0pkn satu tiket nty bley ? HAHA ..

    ReplyDelete
  21. adilah : thanks.. xpe. insha alah tahun depan leh jumpe lagi.. =)

    ReplyDelete
  22. Nur 'Adilah "ZAIN"22 October 2010 at 18:52

    ameen Ya Rabb ! ;)

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts