Thursday, 21 October 2010

See You Later Maher Zain !

Aku dan Nadzrin tidur kat Bangi. Sebab waktu sekarang ini, MIAT dah tak boleh masuk dengan kereta. Lepas pukul 12. Nak masuk boleh, tetapi kena jalan kaki. Kereta aku nak letak mana? So, aku dan Nadzrin pakat, tidur kat Bangi, rumah ustaz. Bersama kami ialah Fadz dan Akhi sendiri.

Aku bangun tidur, dan solat subuh seperti biasa. Kemudian, bersiap-siap untuk bertolak ke KLIA. Hari ini hari Maher Zain akan 'lari' dari Malaysia. Aku pakai baju MZM-FC hari ini. Pinjam daripada Akhi Fairuz. Baju aku ada kat MIAT.

Setelah ucap terima kasih pada ustaz, kami keluar dan bergerak menuju ke arah KLIA. Guna GPS, macam biasa. Aku kan buta arah bila masuk bab-bab jalan ini. Sambil perjalanan, singgah di satu kedai mamak kat Bangi, sebelah Masjid As-Solihin (kamu semua tak bayar hutang lagi kan?)

Kemudian, sambung semula perjalanan ke KLIA. Geng-geng perempuan kata, mereka dah sampai. Kat KLIA. Ketika aku menuju ke bangunan parking kereta, Fadz tanya mereka (call) mereka parking di Blok B. Aku dengar macam D. So aku terus la pandu ke depan. (Susunan blok, mula dengan A, B, C dan D). So lalu depan Blok A, B, C untuk ke D. Kemudian, tanya betul-betul, cis! Blok B rupanya. Ketika itu kerja gila terjadi. Aku pusing kereta, nyalakan lampu kecemasan, dan terus jalan melawan arus. Tetapi tiada kereta langsung di jalan ketika itu. Awal pagi lagi kan. Sebagai langkah jaga-jaga sahaja nyalakan lampu itu. Patah balik ke depan Blok B, dan terus masuk, naik dan parking dekat-dekat dengan lif. Kami pun terus ke naik lif dan ke tingkat 5(Departure)

Janji jumpa di McDonalds. Sampai di situ, nampak lah mereka semua. Ketika itulah pertama kali dalam hidup aku, aku tengok, pegang dan main iPad. Haha. 'Daghak' bak kata orang kelantan. Nak buat macam mana. Aku bukannya kaya nak beli benda-benda begitu. Kak Nuriz lain la. Itu iPad dia. So, equation baru kita pada hari ini ialah,

Ada iPad dan iPhone = Kaya
Kak Nuriz = Ada iPad dan iPhone

Hence,
Kak Nuriz = Kaya
^_^

Ketika itu, Nadzrin dan Akhi juga berebut nak guna iPad. Jadi, aku jadi lah macam abang kepada mereka. Aku pun mengalah. Biarlah mereka guna. Nanti ada lah rezeki aku ^_^ Kami bergambar sebentar, saja untuk kenangan bersama (dan juga untuk blog, hehe) Ada lah beberapa gambar aku tangkap untuk koleksi, dan juga untuk paparan anda semua.

Gunalah iPad itu wahai Nadzrin kawanku...

Setia menunggu

Siapa kata Admin MZM-FC kita ini sudah matured?
Masih bergelak tawa bermain troli KLIA
Sempat juga aku panning ^_^

Sementara itu, aku pinjam laptop Akhi dan online sekejap di McDonalds. Bukalah sebentar Facebook, untuk check notification. Dan juga check mana tahu ada komen di blog ini (dan alhamdulillah.. Ada, hehe) Sedang aku syok online dan melihat-lihat dunia maya ini, Akhi datang dan memberitahu bahawa Maher Zain sedang dalam perjalanan ke KLIA. Aku pun terus tutup laptop dan pulangkan balik pada Akhi.


Kemudian terus bergegas ke kaunter untuk 'check in'. Kak Nuriz memberitahu kepada kami bahawa Maher Zain punya flight pukul 11.55, Royal Brunei dan beliau masih belum check in. Namun, kisah yang berlaku ketika proses Kak Nuriz untuk check mengenai Maher Zain, sangatlah lawak dan melucukan, serta menggelikan hati, jantung dan limpa. Nak tahu kisahnya? Sila baca dialog di bawah.

Kak Nuriz : Salam. Adik. Boleh tolong check tak seorang penumpang bernama Maher Zain? Flight tengah hari ini.
Kaunter : Ok, jap.. Hmm.. Macam mana eja nama dia?
Kak Nuriz : M-A-H-E-R Z-A-I-N.
Kaunter : Oh. Ada. Nama penuh dia di sini, Maher Al'Zain. Flight dia pukul 11.55. Awak tolong bagitau kawan awak tu, dia kena check in sebelum pukul 11 pagi.
Kak Nuriz : Owh, okay. Terima kasih ye? (sambil tersenyum)
Kaunter : Sama-sama

Nampak tak? Tergelak besar aku mendengar kisahnya. Pertama, dia tak kenal Maher Zain. Itu masih boleh terima. Sebab bukannya wajib untuk kenal Maher Zain kan? Tetapi, ayat dia selepas itu sangatlah melucukan. Maybe tak lucu bagi dia, tetapi kami mendengarnya berasa lucu.

"Tolong bagitau kawan awak tu, dia kena check in sebelum pukul 11 pagi"
HAHA. Tetapi, tak mengapalah. Bukan salah pun, kan?
(But admit it, it IS funny, right?)
^_^

Namun perkara yang aku dapat belajar di sini ialah, rupanya nama penuh Maher Zain ialah Maher Al'zain. Huhu. Tak sangka. Kami lepak-lepak sebentar, adalah beberapa kali ambil gambar. Sekadar untuk mengisi masa lapang. Sempat juga kami mengambil gambar bersama banner MZM-FC. Ketika kami bergambar, ada lah seorang bapa, nak suruh anak dia masuk sekali bergambar. Tetapi budak itu takut. Hehe. Aku tak leh jadi ayah lagi ni =P

Maher Zain Malaysian Fan Club

Alalala, comelnya~

Banyak kali juga aku berlakon seolah-olah Maher Zain dah sampai. Ramai juga yang percaya. Haha. Kemudian, sedang kami duduk-duduk, baring-baring (baring?), tiba-tiba Nadzrin bersuara,

"Eh, Maher Zain!"

Kami pun terus pandang ke arah yang ditunjukkan. Eh, betul lah! Beliau berpakai jeans, t-shirt putih dan topi putih beliau seperti yang dipakai ketika di Maju Junction tempoh hari. Terus kami bangun dan bergegas menuju ke arah beliau (ke'excited' Kak Rohana menyebabkan beliau tertumbuk pipi aku, haha) Aku terus ready kamera, dan ketika itu, aku cuba berada di hadapannya yang sedang berjalan. Aku bertanya kepadanya,

Do you still remember me?
(sambil menunjukkan topi kelabu aku)

Of course!
^_^

Berilah dia peluang untuk setelkan check in dulu

Tetapi aku tak mahu kacaunya buat masa sekarang. Tengah sibuk nak check in. Kami memberi ruang kepadanya dahulu untuk selesaikan check in itu. Timbang luggage, check tiket dan passport dan sebagainya. Kami setia menunggu di sebelah. Kemudian, tanpa disangka-sangka, kakak yang jaga kaunter itu pun minta kebenaran nak bergambar dengan Maher Zain. Dia panjat tempat timbang luggage itu dan terus berdiri di sebelah Maher Zain dan menghulurkan handphonenya kepada kawan. Kemudian, giliran seorang pilot yang kebetulan berada di situ juga. Tidak mengapa. Berilah mereka peluang. Lucky juga mereka sebab kebetulan berada di situ. Alhamdulillah syukur..

Ketika dalam pemprosesan check in beliau, aku keluarkan poster yang aku buat untuknya. Poster ini dah lama aku cuba sedaya upaya untuk beri kepadanya. Malah ketika Encik Adzhar kumpul barang-barang untuk diberi kepada Maher, ketika itu aku terlupa untuk beri poster tersebut kepada Encik Adzhar. Alhamdulillah, berkesempatan untuk aku berikannya kepada Maher face-to-face. Poster aku itu beliau sambut dengan senyuman.

Sebelum aku memberikan poster kepada Maher
(tepi sikit, Encik Haji Kamal!)

"Brother Maher, this is something I did it myself, just for you"

"Remember when you talk to me about my hat? This is the picture"

Sedang melihat-lihat posterku
(di belakangnya, ada sedikit catatan untuk Maher)

"Thank you, brother"

Inilah poster yang aku buat untuknya
(buruk sikit, sebab last minute gila buat)

Sempat juga aku menunjukkan gambar kepada beliau, dan bercerita mengenai peristiwa NLKO. Mengenai masa ketika dia puji topi aku dulu. Aku pun teringat satu benda.

A : Brother, do you remember me when you said something about my hat?
M : Yes. Of course I remember. Why do you ask?
A : Well. If you like it, I wanna give it to you (sambil menunjukkan topi aku)
M : No no no. It's yours. Keep it. It's nice.
A : No. I want to give it to you. Special for you.
M : Really? Are you sure?
A : Yes, I'm sure. Come on, take it (sambil buka topi dan hulur kepadanya)
M : Well, thank you very much. Thank you.

"Are you sure?"

"Thank you very much"

Nadzrin pun tumpang berdiri di sebelah, untuk bergambar
(cover aku terus, nak diri sebelah Maher, haha)

Aku beli topi aku itu di United Kingdom. Tetapi, tak mengapalah. Bukannya selalu boleh bagi barang kepada Maher. Nanti aku cuba lah minta sesiapa belikan semula topi itu di United Kingdom. Lagipun aku sudah ada warna hitam dan putih kosong. Topi yang sama. Sedikit saja berbeza design nya. Maher mengambil topi tersebut dan memegangnya (hand luggage barangkali?) Beliau pun selesai urusan check in nya. Jadi kami pun turut mengikutnya beredar dari kaunter tersebut. Sebuah lagi kenangan yang menyeronokkan aku, berlaku. Hehe.. Sambil berjalan ke arah eskalator, dari kaunter tadi, sepanjang-panjang itulah aku berjalan di sebelah Maher Zain dan berbual-bual dengannya. Huhu. Seronok gila.

Lihatlah apa yang dipegangnya

Kami bergelak tawa sambil berjalan
(lihatlah tangannya, hehe)

(sambil berjalan)
A : You know, I just wanna say thank you for coming to Malaysia. Thanks a lot.
M : No, it should be me to say that. Thank you to all Malaysian., including you. (nasib baik dia tak cakap'especially', haha)
A : Well, you know what? You give people inspiration. It's good to have a muslim artist in this world
M : No, you also give people inspiration (gulp! Aku dah terkedu). You show people, if they want to get something, they have to chase it. And you showed it to all of your people. I always see you around.
A : Really? Thank you! And one more thing, I'm really looking forward to buy your next album!
M : Oh, alhamdulillah. Thank you
A : And even I don't have enough money, I'll work to gain some money to buy it. Hehe
M : Haha.. Good good. Insha allah..
A : And please, make sure that you come to Malaysia February next year.
M : Haha.. Insha allah, insha allah. And when I come next year, I'll try to find you, insha allah.
A : ...........(Speechless) ^_^

Kalau ditolak muka Fadz, akan terserlahlah mukaku di sebelah Maher
(Sila lihat lagi tangan Maher, hehe)

Sayangnya tidak dirakam saat ini. Perbualan kami berlanjutan sehinggalah tiba di hadapan eskalator untuk turun ke kabin. Di situ, kami berhenti, dan ketika itu. Sedikit ucapan daripada beliau. Ada beberapa orang yang bergambar dengannya. Ada yang bersalam dengannya. Kebetulan aku berada di hadapannya, beliau hulur tangan nak salam. Kemudian, tanpa aku expect, beliau tarik badan aku dan peluk. Hehe. Dah la tough. Style orang arab kan peluk kan? ^_^

Amy Search pun ada

Maher Zain sedang bercakap sesuatu pada ku
(ada aku tulis di perenggan bawah)

Ayat terakhir Maher Zain sebelum beliau meninggalkan kami, apabila ada yang cakap Good Bye kepadanya,

Please, never say good bye..

dan aku balas terus,
See you later, Brother Maher!

YES! That's what I'm talking about. See you later!

Nadzrin baru teringat mengenai CD nya yang masih belum ditandatangani. Aku pun paksa dia, minta saja.. Bila lagi nak minta? Kemudian, Nadzrin minta autograf pada Maher Zain di CDnya. PR Maher beritahu, "No. We're late," Maher pun cakap juga begitu.

Tanpa disangka-sangka, Nadzrin separuh menjerit,

PLEASE!

"Nah sign hang, jerit-jerit pulak mamat nih"
getus hati kecilnya =P

Maher terus berpusing belakang, pandang Nadzrin semula, kemudian tanpa bersuara beliau mengambil marker di tangan Nadzrin dan tag Save The Soul itu ditandatangani. Boleh la tu.. Tak dapat kat CD pun, dapat kat tag. Kan Nadzrin? Syukur alhamdulillah.. Kemudian, sebelum beliau pergi meninggalkan kami untuk ke VIP Waiting Room, aku melaungkan salam kepadanya.. Sempat beliau pusing ke belakang dan menjawab salam. ^_^(syukur)

See you again, brother Maher

MZM-FC bersama RS
(baguusss...)

Kelibat beliau semakin menghilang dan akhirnya beliau masuk ke VIP Waiting Room. Kami pun bergambar sebentar dengan rakan-rakan dari Raudhatul Sakinah, bersama dengan banner kami. Kemudian, tibalah perpisahan antara kami pula.

*Gambar sampingan*

Cukup satu 'family'

Me, Nadz and the 'Twin Tower'

Baguuuussss......
(lagi?)

Cameraman of the Year, hehe
(tapi still tak dapat lawan Abang Fauzee)

Setelah mengucapkan selamat tinggal dan salam, kami mula berpisah dan menuju ke hala tuju kami sendiri. Ada yang pulang ke rumah, balik ke universiti dan sebagainya. Aku, Nadzrin, Akh dan adik-beradiknya, keluar makan di Dengkil. Di sana, aku ternampak bas sekolah aku. Haha.. Tetapi pegawai yang pinjam bas itu. Bukannya student pun. Driver STAR ada lah. Tetapi bukan Pak Abu. Akhirnya, kami berpisah dan....

MZM-FC!
Assalamualaikum semua....
(semoga ukhuwah kita terus utuh bersama, insha allah)

31 comments:

  1. mmg lawakkk aaa check-in staff tue...bleh ckp mcm nie..."Tolong bagitau kawan awak tu, dia kena check in sebelum pukul 11 pagi"....
    guling222 aku baca weiiii..

    WELL DONE AIMAN!!!

    ReplyDelete
  2. Mr Z : thanks. ^_^

    kak reena : haha.. nasib baik kak nuriz yg tanye time tuh.. kalau sy yg tanye die time tuh, maybe die ckp,

    "Bagitau abang awak tu, die kene check in sebelum pukul 11"

    haha

    ReplyDelete
  3. wow! can i say juz wow! (kate2 mz di rancangan NLKO @ TV9).. -SIS TWIN TOWER-
    BAGUSSSSSSSS..

    ReplyDelete
  4. sis twin tower : haha segala komen ape2 jenis pun, diterima kasih oleh saya.. hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha entry kali ni guling2 akak baca...terasa lawak giler nak jer tgk muka akak staff klia mesti klakar habis

    ReplyDelete
  6. anonymous : haha.. guling2 la.. nanti sakit belakang baru tau.. (jgn salahkan staff tu. die x kenal pun maher zain. bukan wajib pun kenal maher zain)

    ReplyDelete
  7. GREAT JOB AIMAN... & CONGRATZ ya...!! TQ 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. fauzee : thaanks.. and u're welcome.. ^_^

    wahai abang kameraman.. hehe

    ReplyDelete
  9. dah balik ke?? dah tak sempat nak amik otograf??

    ReplyDelete
  10. imanshah : sudah balik.... hehe.. (sy ade autograf die.. nak potostat?)

    ReplyDelete
  11. waaaa terus terang sy bca bca blog Aiman rasa Geram giler why asyik muka u ol??? why??..sy nk join tp terasa malu mcm nk nyorok bawah kerusi...lain kali sy nak join boleh ke???

    ReplyDelete
  12. anonymous : hehe.. dah muka lain xde.. muka saya je lah yg maher asyik nampak.. haha... ala, lain kali join je.. insha allah ade peluang..

    anyway, jgnlah asyik maher zain je.. ingat2 la alquran dan allah skali ye.. dgr maher zain setiap hari boleh, dgn benda camtuh pun mesti boleh kan?

    insha allah....

    ReplyDelete
  13. Nur 'Adilah "ZAIN"22 October 2010 at 05:06

    wuwuwuwu !;'(
    sdey plak bce p0st ny ... huhu
    btw , MZ sgt2 bgus n tawaddhu' ..
    i like him .. :))
    u'r lucky br0 aiman ! ;)

    ReplyDelete
  14. Jelesss ok..aiman kena tulis in english then share gan maher zein kat fb dia

    ReplyDelete
  15. adilah : thanks.. and yes. maher zain betul2 menjaga agamanya.. =)

    neroecha : haha.. tak larat plak rasenye nak translate.. tapi kalau dpt, pergh.. boleh famouskan blog ni kat page die.. ramai dari negara lain boleh bace jugak.. huhu

    ReplyDelete
  16. Adoiii...cemburu pulak, aiman cam da kwn lama dgn bro mz yerr..wahhh syokknya kan ;D
    Kalaulah sy dpt peluang cam ko aiman..hurmmmm
    samalah kita ni kan tp agak2nya sy lebih sikit kot...ngeeeehhhh ;P (by : facebook.com/jai adam)

    ReplyDelete
  17. wow wowww wowwwww,...really?..adakah ini benar terjadi ahhhh sy xnk percaya. tp gmbr2 itu kata benar. oh nooo sy hanya mampu berkata aiman awk mmg sgt bertuah. dn satu pesanan pck hope akan dtg Aiman rajin2 tolong mak kat rumah bg chance plak kat kami yg x berpeluang ni.. wslm

    ReplyDelete
  18. anonymous atas : hehe.. jgnlah cemburu.. insha allah kalau ade rezeki, dpt nye.. kena usaha lah.. sy pun bukannya dpt tanpa usaha.. jadikan ini pengajaran.. (MZ pun ckp, sy ni inspiration.. haha)
    oh ye ke.. lebih ek? citer la jugak pengalaman! ^_^

    anonymous bawah : time kasih.. insha allah, rezeki adenye untuk pakcik.. (camne nak balik umah, kalau kat U je... kalau cuti kan best!)

    ReplyDelete
  19. hehe..lawak la aiman nie..terasa jeles plak ngan aiman ni..mz n aiman cam isi ngan kuku plak..

    ReplyDelete
  20. haha.. jangan macam tu.. syukurlah itu rezeki saya.. =)

    anyway, peribahasa kurang tepat.. sepatutnye,

    Air dicincang takkan putus.

    HAHA~

    ReplyDelete
  21. jealous.clear enough? haha =.='

    ReplyDelete
  22. imanshah : boleh je.. nanti akan dijual lagi.. nanti bile ade, sy inform balik

    ReplyDelete
  23. dimana mana ada akhi fairuz.. thanks bro..

    ReplyDelete
  24. di mana ada akhi, di situ ada saya, dan di situ juga ada Maher Zain =P

    ReplyDelete
  25. cikgu imanshah : busy la.. haha.. lagipun bukannya semangat sangat selalunya..

    ReplyDelete
  26. best!!!klaw ada berita pasal Maher Zain lagik..post larh kat wall ko nie..hahaah..bleh aku baca...

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts