Thursday, 14 October 2010

Fund Raising Dinner

Assalamualaikum.
We meet again, alhamdulillah..
All praises to Allah,
May He bless us always,
Insha allah..

Hari ini saya ingin bercerita lagi.. Tak lain tak bukan, mengenai hidup saya lah! Tak kan lah hidup anda pula. Dah nama blog pun "Since 15 November 1992" Itu kan birthday saya. Tetapi, bukanlah semua post ada sehingga kisah saya hisap susu dulu pun saya tulis. Itu hanya sekadar hiasan. Anyway, sebelum saya melencong jauh lagi, walaupun nak sangat-sangat melencong, saya akan terus proceed kepada aktiviti yang akan diceritakan sebentar lagi..


Bismillah...

Raudhatul Sakinah dengan kerjasama IIS (tak ingat dah nama penuh) telah menganjurkan satu Fund Raising Dinner bersama Maher Zain, In Team dan Aisyah. Jadi, saya dengan penuh lafaz tekad dan iltizam, telah join bersama makan malam ini.

Perancangan asal, nak pergi dengan Kak Reena. Janji jumpa kat KL Sentral. Tetapi, fikir-fikir semula, nanti mesti habis tengah malam. Susah pula nak pulang semula ke MIAT dari stesen KTM Bangi. Baik aku pulang ke rumah, kan? Alang-alang dah di Shah Alam. Jadi, keputusan dibuat, aku akan naik sendiri pergi ke sana. Lagipun, nenek Asmah sudah mengatakan bahawa jarak ke sana lagi dekat dari MIAT, berbanding dari KL Sentral. Aku pun, percaya sahajalah dengan minah itu. Gaya dia macam yakin dah. Kalau dia tipu, tidak mengapa. Paling teruk pun, dia akan kujadikan lauk dinner nanti. Asma masak merah, yummy! Sembelih terus.

Dinner itu di Shah Alam Convention Center (SACC) Mall di Shah Alam. Aku bertolak selepas kelas Material & Hardware. Kira-kira pukul 5.30 aku bertolak pergi. Dengan lafaz bismillah, aku menuju ke Shah Alam. Berpandukan teman baru saya, Mr. Global Positioning System. Sepanjang aku memandu itu, sudah banyak kali aku nampak signboard ke Shah Alam, exit sekarang. Aku pula memang buta arah bila masuk bab-bab jalan jauh-jauh ini. Tetapi, aku percaya sahajalah pada GPS ini. (terima kasih kepada Amir Ridzuan a.k.a. roomate terbaek~ yang memberitahu jalan ke highway ^_^)

Jalan sedikit sesak apabila aku mula tiba masuk ke bandar Shah Alam. Manusia baru balik kerja (terbayang pula, macam mana lah kalau zaman aku kerja nanti? ^_~) Perjalanan sedikit tergendala, dan aku tiba lewat sedikit dari perancangan. Kira-kira pukul 7.30 aku masuk ke kawasan parking SACC Mall.

Selepas parking, berpandukan mesej yang dihantar oleh Kak Reena mengenai table mana, aku pun naik lif, menuju ke Ground-Level. Awal-awal sudah nampak di merata-rata dinding,

Fund Raising Dinner with
Maher Zain
In Team
Aisyah

Kemudian, hampir sahaja aku ke dewan yang ditetapkan, ada seorang lelaki hampir botak memberi salam (waalaikummussalam.. ^_^) Beliau memberitahu di mana tempat untuk daftar masuk dan surau lelaki, kerana dapat mengagak aku masih belum solat maghrib. Jadi, bergegaslah aku ke surau di tingkat atas atas, untuk solat maghrib.

Di hadapan banner Maher Zain

Bacaan solat dan juga bilangan rakaat, tidak perlulah aku ceritakan ok? Rasanya semua sudah tahu. Insha allah. Setelah selesai, aku pun terus bergegas ke dewan dinner tersebut. Masuk sahaja, terus aku mencari table 30. Hmm.. Jumpa pun. Manusia pertama aku nampak, Kak Reena. Haiwan pertama aku nampak pula, ayam masak merah atas meja. Gulp!

Di meja 30

Majoriti MZM-FC malam ini pakai baju hitam dan kelabu. Mentang-mentang Maher Zain minat kelabu! Eleh.. Haha.. Aku pula siap berblazer hitam pada malam ini, huhu..

Asma sibuk bercerita yang Maher Zain masih ingat pada dia. Tadi Akh Maher datang dan jumpa dia, untuk beritahu yang gelang itu telah beliau berikan pada isteri dia.. Best juga pengalaman si Asma ini. Maher Zain yang datang pada dia. Tetapi, fikir-fikir kembali, eleh~ Itu Asma, wek. Pedulikan. HAHA. Ada juga artis-artis lain yang datang. Salah satunya, Dayang Nurfaizah dan Fara Fauzana. (Gambar aku dan Fara Fauzana aku tak masukkan di sini)

Aku menunggu penuh sabar permulaan majlis makan malam ini. Sempat juga aku bergambar di meja aku. Mestilah, hilangkan bosan. Aku juga turut menyiapkan poster yang nak ku berikan pada Maher Zain malam ini, insha allah jika berkesempatan.. ^_^

Master of Ceremony (MC) pun bersuara. Yang lelaki, tidak ku kenal. yang wanita, kenal sangat. Kak Wardina. Terdengar beliau bersuara tadi, mati-mati aku ingatkan kawan aku. Aku pandang, tengok, lihat dan perhati, banyak betul persamaan mereka. Tapi apa hah? Aku pun tak dapat nak zahirkan dengan kata-kata. Tapi, aku rasa, banyak persamaan. Hmm.. Apa-apa pun, aku respect kak Wardina, sebab beliau sering masukkan unsur-unsur dakwah dalam percakapan beliau. ^_^

Tahniah kak!

Adalah orang tu kan, siap lukis gambar Maher Zain untuk diberi kepada beliau.. Huhu. Kami dihidangkan dahulu dengan video-video dari pihak penganjur. Asal usul IIS dan kisah Raudhatul Sakinah. Kemudian, acara yang ditunggu-tunggu oleh aku!






MAKAN MALAM
akhirnya!

(anda ingat Maher Zain kah? Bukanlah..;)

Aku makan dengan lafaz bismillah, dan secara sopan santun. Bukan senang tau nak tengok Aiman Amri makan dengan sopan santun.. Tak percaya tanya ummi! Huhu.. Kat hotel sahaja macam ini. Lauk pun sedap. Layan...

Persembahan daripada In Team

Kemudian, dihidangkan pula buah-buahan. Sambil-sambil itu, In Team naik ke pentas untuk mendendangkan lagu-lagu sebagai santapan telinga kami (halwa telinga). Aku ambil gambar juga mereka di atas pentas. Sesudah mereka, Aisyah pula yang datang untuk menyanyikan lagunya. Suaranya sungguh sedap. Kalau tarannum, mesti syok! Tinggi pula tu, pitch beliau. Perempuan, al-maklumlah...

Aisyah

Kemudian, selesai sahaja lagu-lagu dari mereka, tibalah saat yang ditunggu-tunggu, Akh Maher! MC sempat mendebarkan kami, dengan memberi sedikit introduction. Mujurlah kak Wardina tidak kalut sebagaimana dalam Malaysia Hari Ini (MHI) sebelum ini.. Haha..

Come on, Maher..
RUN!
RUN!
RUN!

Huhu.. Marah kak Wardina aku tulis ini. Apa-apa pun, muzik sudah berkumandang. Ketika itu, suspens sangat-sangat! Dengan dewan yang gelap gelita, Sebuah spotlight sahaja yang menyala, dan sedang dihalakan ke pintu utama. Hmm.. Maher masuk ikut depan ni.. Aku pun sudah ready kamera. Walaupun tak gempak mana, tapi janji ada!

Muzik, Allah hi Ya Allah Kiya Karo. Pintu pun terbuka, Maher masuk dengan berblazer kelabu dan berbaju hitam di dalam. Sebiji macam ketika dalam rancangan NLKO di TV9 baru-baru ini.. Cuma kasut sahaja yang lain. Topi? Alaa.. Nak tukar! ;P Anyway, beliau berjalan terus ke pentas di atas, dan terus mengambil mikrofon dan menyanyikan lagu tersebut. Huhu. Sedap sedap.


Beliau menyanyi secara live, dan aku pula sedang merakamnya. Huhu.. Dah la dekat sangat-sangat dengan pentas. Kalau aku melangkah 10 langkah, sudah terhantuk kepala aku pada lutut Maher Zain. Aku layan sahaja lagu Allah hiya Allah kiya Karo. Walaupun bahasa Urdu, tetap layan. Sebab aku sudah tahu maksud bait-bait lagu itu.. ^_^

Habis sahaja, beliau berucap sedikit, kemudian berdendangan pula muzik Ya Nabi Salam Alayka. Apa lagi, lagu yang berselawat kepada Muhammad S.A.W. Ramai-ramai kami nyanyi. Tetapi mula-mula bagi Akh Maher nyanyi dulu lah. Bila dia hulur mikrofon ke arah orang ramai, barulah kami nyanyi.


Lagu ketiga, Always Be There.. Huhu.. Introduction lagu itu kan, ada suara latar menyebut-nyebut "Allahu Akbar" berulang kali kan? Itu pun Akh Maher suruh kami sebut beramai-ramai. Aku rakam sahaja semua lagu. Malam dinner kali ini, aku tak ambil banyak sangat gambar Maher Zain. Lebih kepada rakam lagu-lagu yang dia nyanyi. Huhu.. Penat tangan menongkat D90 yang seberat batu setinggi kepala untuk 6 lagu dari Maher Zain. Haha..

Keempat, lagu yang sering dinyanyikan oleh beliau di hadapan khalayak ramai, dan sememangnya orang suka lagu ini. Barakallahu Lakuma! Enjoy~ Seperti biasa, aku rakam sahaja banyak. Tangkap gambar, sedikit sangat. Malam ini lebih kepada rakam-rakam. Sebab dia nyanyi kan. Rakam lagi best daripada tangkap gambar. Apa-apapun, Maher selalu ajak kami nyanyi bersama. Mujurlah dia tak tarik aku naik sekali nyanyi. HAHA.

Lagu kelima, selepas habis tadi, dia minum air mineral sebentar.

"Kering tekak den"
(beliau sebut berkata begitu malam itu)
^_^


Lagu kelima ialah....... Tak lain dan tak bukan,.
  • Lagu yang paling famous dalam album beliau
  • Lagu pertama aku dengar dan jatuh cinta pada liriknya
  • Lagu yang mampu mengalirkan air mataku di kala kesedihan
  • Lagu pertama yang dibuat video klip nya
  • Lagu yang diilhamkan dari Maher Zain sendiri ketika sedang memandu kereta,
iaitu...

INSHA ALLAH! Sangat-sangat best lagu ini. Terharu aku mendengar dia menyanyi malam itu. Sayu pilu, dan lembut sahaja masuk telinga.. Sangat menginsafkan kita! Ketika inilah, aku mengambil kad kecil aku yang tersimpan dalam plastik, dan bergegas ke hadapan pentas. Ketika itu, memang ramai yang duduk bersila di hadapan pentas. Terutama kanak-kanak comel. Siap menyanyi sekali ^_^ Comel.

Aku yang sedang duduk bersila sekali, Maher Zain sedang berjalan-jalan di atas pentas, apabila hampir ke depan aku, aku sempat senyum padanya, dan pegang topi aku. Reaksi beliau ketika itu, sangat-sangat BEST. Gaya dia macam dia cakap

"Oh, it's you"

Susah nak cakap dalam bentuk perkataan. Tetapi, rasanya anda boleh bayangkan. Seseorang itu ditegur oleh seseorang yang dia kenal, dia tunjuk jari telunjuk dia kepada si penegur itu. Macam seolah-olah dia cakap, "Oh, awak.."

Begitulah reaksinya. Huhu..
Seronok seronok seronok..
d^_^b

Ketika lagu insha allah hampir habis, ketika muzik semakin fading out, aku naik ke tangga depan pentas (macam atas pentas dah, cuma tidak la berjalan ke tengah pentas) aku hulurkan kad tersebut kepada beliau. Sangat-sangat seronok. Sempat pula aku tonjolkan pada kamera aku (yang sedang dipegang oleh Kak Reena) kad aku itu. Aku yang berpakaian sebiji macam beliau, cuma bterbalik warna baju (beliau blazer kelabu, dalam hitam. Aku blazer hitam, dalam kelabu)


Ramai yang pandang aku ketika itu, biarlah orang nak kata apa. Yang untungnya aku, bukan mereka. Harap-harap mereka tak baca post aku ini. Sebab berkemungkinan besar mereka ada penyakit 'jealous' yang melampau. Huhu..

Ketika ini, Kak Reena masih lagi merakam, kerana tak tahu macam mana nak stop recording. So, dia terus sahaja rakam. Bertuah juga, sebab dapat rakam saat ketika hadirin ramai-ramai minta lagi satu lagu daripada beliau. Sedangkan malam ini, 5 lagu sahaja, dan Insha Allah sebagai penutup majlis ini. Jadi, oleh sebab ramai yang meminta (sedang dirakam oleh kamera aku) beliau pun bersetuju..

Maher Zain : Thank you.. We'll always find our way, insha allah
Ramai-ramai : One more! Maher!
Maher Zain : One more? (Kaki sudah separuh turun tangga pentas)
Ramai-ramai : YES. We want ONE MORE!
Maher Zain : No.. Hmm.. You know what? You wanna have one more?
Ramai-ramai : Yeah...
Maher Zain : Why?
................
Okay, we'll do one more. You know what happen to you today? You'll have one more song. Just because you want more.. And err, For The Rest Of My Life
Ramai-ramai : YAAYY~

Beliau pun menyanyikan lagu tersebut dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Ingat isteri ke? Hehe.. Seperti biasa, ada certain part dia ajak kami nyanyi bersama. Biasalah tu. Sesudah habis, permintaan "One More" kami dibalas oleh beliau, "This is not a concert" Haha.. Ye lah bro!

Maher Zain berjalan ke belakang pentas, sambil dikerumuni peminat. Hanya beberapa yang betuah sahaja yang dapat autograf beliau dan bergambar sebelum dihalang oleh bodyguard beliau. Tidak mengapa..

Gaduh-gaduh, dan takkan berdamai sampai bila-bila

Kemudian, majlis pun tamat.. Ramai yang sudah mula meninggalkan dewan untuk pulang. Aku pula bersama geng-geng MZM-FC yang lain, bergambar-gambar dengan artis-artis yang ada. Aku bergambar dengan Kak Wardina dan suami beliau. Kak Wardina cakap,

"Ni ha Maher Zain Malaysia"
^_^

Sempat juga aku bergambar bersama In Team, dan mereka pun ulang ayat yang sama. Maher Zain Malaysia. HAHA. Nak tergelak aku mendengarnya.. Kemudian, sempat juga kami bergambar bersama-sama MZM-FC semua. Aku pula sempat bermain-main kamera. Huhu.. Kami lepak agak lama, kerana berbual-bual sedikit dan bergambar bersama.

Abang In Team
Bersama Maher Zain Malaysia

Maher Zain Malaysian - Fan Club

Kemudian, tiba masa untuk kami balik.. (Asma beberapa kali cakap nak balik, nak balik. Dah bersalam semua dah. Tapi lepak lagi kat sini, bergambar bersembang. Tak faham aku. Bla laa.. Haha)

Jangan tertipu dengan tangisan itu.
Dah salam-salam, nangis-nangis,
lepas setengah jam,
tetapi masih tak pergi-pergi lagi
=.='

Nak tahu tak? Maher Zain masih ada di sini. Kereta nya masih ada di hadapan SACC Mall.. Bila kami mengintai dari pintu luar dewan, nampak Maher Zain sedang bergambar dengan Pengarah Raudhatul Sakinah. Siap berautografi CD yang diberi. Hmm.. Kami nak masuk, bodyguard jaga, tak bagi kami masuk. Cis.. (sedikit je yang tinggal kat luar dewan itu. Dalam beberapa belas sahaja. Jadi, tidak terlalu sesak)

Mr Wassim. Manager Maher Zain
Kalau manager dia masih di sini, Maher pun mestilah masih di sini kan?

Maher Zain pun berjalan keluar dewan, dikelilingi oleh bodyguard beliau yang ganas-ganas belaka rupa mereka. Hanya yang bertuah sahaja yang dapat bergambar dengannya. Amalina Peter punya adik lelaki, Muaz (bacalah kisah mereka di sini. Sangat menarik)

Bersama 'kepala' yang menjayakan kemasukan Maher Zain ke Malaysia,
Encik Adzhar, sporting~

Selepas keluar dari dewan, nak balik dah

Bodyguards pun segera menghalang orang ramai, dan menarik Maher Zain masuk ke dalam kereta. Yang amat-amat aku respect dengan Akh Maher ini, beliau menepis tangan bodyguard nya dan berpusing belakang semula, hanya untuk mengucapkan salam kepada kami semua.. (Waalaikummussalam.. Tahniah Akh =)

PR : Meh la balik.. Bini hang dah penat menunggu hang kat hotel nuh..

Assalamualaikum..
(Tahniah Akh)
First time jumpa artis begini

Kemudian, beliau pun berlalulah pulang ke hotelnya. Sempat lagi aku bergambar dengan abang Raihan..


Sementara aku dan MZM-FC lain bersurai untuk pulang ke destinasi masing-masing. Aku pula, pulang ke rumah di Sg Buloh...

Hasil hari ini
^__^

17 comments:

  1. very nice story...detail and relax...Go Maher Zain Malaysia!!

    ReplyDelete
  2. zikran : huhu.. alhamdulillah... ^__^ syukur

    anonymous : thank you... huhu,,, GO GO GO!!

    ReplyDelete
  3. haha penatnye bace.. tpi best,rse mcm ade kt situ je..thank you :)

    ReplyDelete
  4. bertuah ko dik..tp statement MZ malaysia tu x bley blah betui..:)gmbo kt MBSA td mana?

    ~akak pah

    ReplyDelete
  5. woah trase kebestannye tengok entry neyyyy x saba nk g esokkkkkkk! haha

    ReplyDelete
  6. Salaam,
    Adik Aiman aka "MZ Malaysia":
    Gambar Wassim tu sebenarnya gambar Amir Aznan Razelan ... bukan Wassim.
    Amir (org Pahang tinggal di California, USA) adalah org kuat (belakang tabir) yg link-kan MZ ke team RS untuk tour kali ni dan insyaAllah Feb'11 akan datang :)

    ReplyDelete
  7. camne la hang tak kenal MC lelaki tu...ni sure selalu bangun lambat, tak tengok MHI TV3 pagi-pagi. Nama MC tu, Ahmad Fedtri Yahya....hang kena add friend dgn dia dalam FB.

    ReplyDelete
  8. heheheheh besttttttt

    ReplyDelete
  9. Vivi : insha allah.... Always..
    Aida : same2... :)
    kak pah : haha.. Sy gi mbsa 15 hb laa... Baru nk gi mlm ni

    ReplyDelete
  10. atuk : haha.. sama lah kita.. x saba gak...

    encik adzhar : oh ye ke?? la, saya kene tipu ngan kak reena la nih.. ceh..

    anonymous : aiya.... kawe duduk U, mane la ade TV dey... lagipun, kelas la pagi2...

    kuniy : ^_^

    ReplyDelete
  11. Banyak yg kurang tepat citer psl Asma'@Asmahusna 2..especially part Maher Zain jumpe asma'..(to all readers:Maher Zain just dtg depan saya tapi,he doesnt personally jumpe saye..)ade tokok tambah la wahai aiman..n readers read with their own perception..so let me correct some here before org start making up stories n make them complicated.. ^_^ n ha'ah,psl en Amir Aznan 2 silap 2..

    ReplyDelete
  12. asma : eh, diam la.. haha...

    anyway, dah memang hang x citer penuh time dinner arituh.. aku pun tulis apa yang aku paham jela.. time konsert semalam baru ko citer full..
    aku pun malas la nak edit dah post nih.. baik aku wat post baru..

    yg pasal en amir, itu mr adzhar sudah tegur ^_^

    ReplyDelete
  13. Nur 'Adilah "ZAIN"22 October 2010 at 04:43

    sdah jd peminat setia bl0g nyh !! (@_@)
    haha ...

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts